"Bro, apa ni? Lepaslah!" ujar Luth sambil bergelut dengan seorang lelaki berbadan sasa.
"Baik kau ikut aku." arah lelaki berbadan sasa tersebut. Tangan Luth dipegang kuat lalu diikat.
"Kau siapa nak arah-arah aku?!" marah Luth. Giginya diketap. Tak pasal-pasal kena culik.
"Kau diam boleh tak? Lepas bos aku jumpa kau, baru aku boleh lepaskan kau." ujar lelaki berbadan sasa tersebut lalu mencampak Luth ke seat belakang.
"Hrmm!" rengus Luth. Kalau tangan kena ikat, tak apalah juga. Ni tak! Dengan mulut aku sekali dia sumbat guna kain!
Kakinya digerakkan namun terbatas.
Aduh, semak betullah bendul ni!
Dia melihat seorang lagi lelaki berbadan sasa bertopeng gelap menutupi mukanya.
"Bos nak buat apa dengan suami Lisha ni?" soal lelaki bendul.
Li.. Lis... Lisha? Macam mana dia boleh tahu isteri aku?! Siapa bos dia?!
Kakinya menendang-nendang bahagian kiri badan lelaki bendul.
"Woi! Kau duduk diam-diam boleh tak?!" marah lelaki bendul tersebut.
Luth hanya beriak selamba lalu menendang lagi tetapi kali ini lebih kuat.
DUSH!
Luth terkulai lemah apabila kepalanya dihentak oleh lelaki bendul tersebut.
"Aku cakap tak nak dengar! Padan muka kau!" ujar lelaki bendul tersebut sambil menunjal-nunjal dahi Luth.
******
Pandangan yang indah, dipandang sepi. Tubir matanya kembali berair.
"Angah.." sapa Ariff setelah lama membiarkan adiknya menenangkan diri.
Keluhan halus terbit dibibir Ariff. Sudah merata dia dan Lisha mencari Luth di sekitar kawasan syarikat Luth's Holding. Namun, tidak membuahkan hasil.
"Abang, macam mana kalau bayi ni lahir tanpa ayah? Abang, angah takut. Angah takut kalau angah tak sempat nak minta maaf dekat Luth." ujar Lisha. Air matanya kembali mengalir.
"Angah, inshaAllah Luth selamat. Lagipun, abang dah suruh orang-orang abang tolong carikan Luth. Sabar ya, angah." ujar Ariff lalu membawa Lisha kedakapannya.
Lisha menyembamkan kepalanya ke dalam dakapan. Dia cuba mencari kekuatan, namun sumber kekuatannya tiada disisinya iaitu Luth.
"Shh, angah jangan lemah sangat. Ingat pesan doktor, bayi dalam kandungan angah tu masih lemah. Angah kena kuat." nasihat Ariff sambil mengusap lembut belakang adiknya untuk meredakan tangisan.
"Abang, angah takut." ujar Lisha lalu merenggangkan pelukan.
"Abang..."
"Ya? "
"Angah nak minta tolong boleh?" soal Lisha.
"Nak abang tolong apa?"
"Abang boleh tak, teman angah dekat rumah?"
"Boleh. Berapa hari?"
"Sampai kita jumpa Luth balik. Please. " ujar Lisha.
"Boleh.." ujar Ariff dengan pandangan kasih sayang.
'Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan pencarian Luth. Sungguh aku tak sanggup melihat adikku kembali terseksa. Bantu kami Ya Allah.' doa Ariff sambil melihat adiknya yang termenung memandang kolam renang.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...