Hatinya terasa lega sedikit selepas menceritakan perkara-perkara yang berlaku dalam rumah tangganya dan Lisha. Namun hatinya kembali kuatir akan keadaan Lisha.
Bagaimana dia perlu berhadapan dengan Lisha dalam keadaan begini? Mampukah dia mengharungi segala halangan pada sebentar lagi? Mampukah dia menawan kembali hati Lisha?
Lisha yang penyayang, lembut dan sopan sudah bertukar 360°.
Luth meraup wajahnya bersama keluhan berat.
"Bismillah...." pintu wad di pulas oleh Luth perlahan.
Pandangan dialihkan ke kanan, terlihat sekujur tubuh lena dalam posisi mengiring.
'Dah tidur rupanya.' bisik hati Luth.
Perlahan-lahan dia menarik kerusi supaya tidak didengari oleh Lisha, bolehlah dia menatap sepuas-puasnya ciptaan-Nya yang indah itu namun apakan daya, kerusi yang ditariknya itu berjaya menarik perhatian Lisha.
Laju Lisha bergerak ke belakang dalam keadaan baring.
Luth mengeluh perlahan apabila menerima respon dari Lisha. Matanya kembali tacap pada tubuh Lisha yang bergerak laju sehingga ke tepi katil. Laju tangannya menangkap tubuh isterinya dari jatuh.
Dup...dap...dup...dap...
Laju jantung Lisha berdetak. Dia seperti pernah mengalami situasi begini, tapi dimana ya?
'Kenapa jantung aku berdetak dengan laju? Macam...macam aku pernah rasa sebelum ini? Siapa lelaki ini?' bisik hati Lisha.
Mata saling menatap antara satu sama lain. Luth tersenyum manis lalu menarik isterinya ke tempat asal.
"Lain kali hati-hati." kata Luth lembut.
"Terima kasih." ucap Lisha lalu baring membelakangi Luth. Hatinya sakit setiap kali dia melihat muka Luth. Dia merasakan dirinya amat membenci lelaki itu tapi sebahagian dari hatinya seperti merindui seseorang.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Lisha dalam posisi seperti tadi. Takut dia hendak pusing menghadap lelaki itu.
"Sayakan suami sayang. Saya datang sini nak jaga sayang. Boleh kan?" jelas Luth. Itulah tujuan utamanya, dia ingin menjaga isterinya sehingga Lisha boleh keluar dari hospital.
Lisha berfikir sekejap, eh lama sebenarnya.
"Nak bagi ke tak? Macam mana kalau dia buat apa-apa dekat aku? Ergg, tak kot? Nampak macam baik. Eh tak payahlah. Tapi kalau aku duduk sorang-sorang dekat sini... Hua.. Aku dahlah penakut nak tinggal sorang-sorang. Dahlah gelap, kalau gelap mesti ada hantu. Kalau hantu tu makan aku macam mana? Eii taknak!! Alah!!! " jerit hati Lisha dengan riak dimukanya setiap kali dia fikir.
"Hmm, boleh tapi ada satu syarat kau kena ikut." ucap Lisha tegas berserta dengan syarat selepas duduk bersila dari posisi baringnya.
Luth hanya mengangguk kepalanya tanda setuju. Karang kalau mengelat, ha memang ada yang kena bercamping dekat luar wad.
"Okay, aku nak..." belum sempat Lisha memberi tahu syaratnya, Luth sudah memotong.
"Opss, sorry kacau. Saya pun ada syarat sebelum sayang bagitahu syarat sayang. You must follow my order. Satu je. Saya nak sayang panggil saya dengan panggilan yang sopan sikit boleh? I don't care what you call me but the word must be politely. Panggil saya dengan panggilan awak-saya pun boleh." jelas Luth apabila dia sedari cara Lisha bercakap dengannya amat kasar.
Lisha membuat muka 'what ever'
"Okay, ak–saya nak ka–eh eishh!! Saya nak awak jaga tingkah laku awak seperti yang diajar dalam ajaran Islam. You know right? mungkin dalam beberapa situasi saya akan berkasar dengan awak sebab saya masih lagi awak ni siapa even awak banyak kali cakap yang awak ni suami saya. Satu lagi. Saya nak tahu asal usul awak, nama awak apa, umur and the all things about you. Yelah mana tahu awak ni pembunuh bersiri ke, penagih dadah bertauliah ke, nak kata tak bertauliah hmm macam tak kena. Or pendatang haram ke, yelah nak kata orang Malaysia macam tak sebab mata awak lain daripada yang lain. Karang tak pasal-pasal saya keluar berita 'Pesakit amnesia dibunuh oleh penagih bertauliah'or anything else. Clear?" jelas Lisha dengan nada yang serius. Luth hanya tersenyum manis melihat muka isterinya dan cara isterinya berceloteh.
"Yes dear. I will. Everything for you. I will follow your instructions. Saranghae." ujar Luth bersama ucapan cinta kepada Lisha.
"Sarenghee?? Apa tu?" ujar Lisha kebigunggan. Apa tu? Macam pernah dengar. Apa benda mamat tu cakap? Serenghee? seranghee? Serangga? Eh merapu, ada ke serangga pulak.
"Saranghae sayang, bukan sarenghee. Nanti kalau sayang dah dapat ingatan sayang balik. Sayang akan tahu apa maksudnya. Saranghae!!" ujar Luth. Suka dia melihat muka cemberut Lisha.
"Awak keluar boleh tak? Saya nak tidur. Sakit telinga dengar suara awak. Nanti kalau saya dah tidur, awak nak menyanyi ke nak menjerit ke nak berjoget zapin ke. Saya tak kisah, asalkan jangan bagi saya bangun terkejut macam tadi. Terbantut tahu tak? Yang pasal asal usul awak tu semua nanti jelah explain. Saya mengantuk sangat. Oh ya! Abang Ariff mana? Asal dia tak jaga saya je. Kan senang. Hmm okaylah, saya nak tidur." bebel Lisha lalu menutup matanya selepas baring menghadap arah lain.
"Okay." ujar Luth lalu melangkah keluar dari wad Lisha.
***
"You nak apa Qaira?" soal Luth dalam panggilan.
Bengang dibuatnya apabila telefonnya berdering banyak kali sebaik sahaja dia menekan butang merah. Malas dia mahu menangkat telefon. Asal berdering je nama yang sama sahaja yang terpapar.
"Why you are so mad? Kenapa ni? Betina tu buat apa dekat you sampai I yang jadi mangsa?!" marah Qaira. Betina yang dimaksudkan Qaira tak lain tak bukan Lisha.
"Watch your word Qiara! Lisha tak ada kena mengena dalam situasi ni and one more thing! Stop calling my wife like that! Sekali lagi I dengar you panggil Lisha macam tu, I tak akan teragak-agak buat hidup you huru hara! Don't tell me that I'm not warn you!" jelas Luth lalu menutup terus telefonnya.
"What?!! Apa yang perfect sangat perempuan tu?!! Pakai berlitup-litup! Tak menggoda langsung! Lainlah aku ni, cantik, body goals. I'm the perfect one! Not her!!" jerit Qaira lalu menolak semua barang yang tersusun diatas meja soleknya. Berderai semua barang tersebut. Habis berselerak satu biliknya.
Air mata mula berlumba-lumba keluar membanjiri pipinya. Matanya kabur disebabkan air mata yang semakin banyak bertakung.
Dia terduduk bersimpuh sambil menumbuk-numbuk lantai dengan menggunakan tangannya.
Tok! Tok! Tok!
Tangisan semakin kuat didengari namun cepat-cepat ditahan apabila menerima ketukan dari mama kesayangannya. Dia tidak mahu mamanya risau akannya. Dia tidak mahu melihat mamanya melihat air mata yang sekian lama tidak gugur.
******************************
Terima kasih kepada semua yang baca buku ni walaupun tak best mana pun. Saya hargai semua itu nah 💟.
Thanks for the vote!!
Bye! Cau lu! 💨💨💨
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...