BAB 28

849 17 2
                                    

Sampai sahaja di Jusco. Ayu mencari tempat kosang untuk memakir keretanya. Lisha turut membantunya mencari parkir.

"Ha, tu Ayu." ujar Lisha sambil menunjuk tempat kosong.

"Okay. Cayalah." ujar Ayu setelah memakirkan kereta.

"Aku pun tak nampak tempat ni tadi. Terima kasih lah ya. Dekat dengan lif pulak tu." ujar Ayu. Senang kerana mereka tidak perlu bersusah payah berjalan kaki jauh-jauh semata-mata untuk mencari lif.

"of course." ujar Lisha riak.

"Eleh, kau ni tak berubah langsung. Bila puji sikit. Mulalah angkat bakul sendiri. Pirahh." ujar Ayu.

Lisha terasa senang bersama Ayu walaupun dia masih tidak mengingati kawan karibnya ini.

Setelah memasuki lif. Lisha terasa mual.

"Uwekk." Lisha menutup mulutnya.

"Eh, kau okay tak?" soal Ayu.

"Ayu, saya nak muntah." ujar Lisha.

"Eh, eh. Tahan eh. Dah jom keluar." ujar Ayu lalu membawa Lisha keluar dari lif. Tandas ialah destinasi pertama di tuju. Nasib toilet dekat.

"Lisha okay?" soal Ayu di luar pintu toilet Lisha.

"Uweekk! Uweek..." semua isi perutnya sudah keluar. Apa yang dia makan tadi semua keluar. Terasa pening kepala semakin berdenyut-denyut.

"Ayu..." ujar Lisha. Dia menggagahkan dirinya untuk bangkit. Namun dia tidak berdaya. Nama Luth bermain diminda.

'Luth...tolong saya. Saya tak larat nak bangun.' getus hati Lisha lalu menutup mata.

"Lisha?" panggil Ayu setelah beberapa minit Lisha mendiamkan diri.

"Lisha! Kenapa diam? Kau okay tak ni? Lisha? Lisha!" jerit Ayu di luar. Dia tidak kisah akan pandangan orang di dalam tandas.

"Anak, kenapa ni?" soal seorang mak cik. Err, maybe orang kaya kot sebab cara pemakaiannya.

"Tolong saya, Puan. Kawan saya ada dekat dalam. Dari tadi dia diam. Takut apa-apa terjadi dekat dia. Takut dia pengsan sebab dia tak sihat." jawab Ayu kerisauan.

"Sekejap ya." ucap aunty itu lalu keluar mendapatkan pertolongan dan kembali membawa seorang pengawal perempuan.

"Tolong buka pintu ini. Ada orang didalam." pinta aunty tersebut lalu memberi laluan kepada pangawal perempuan itu membuka pintu Lisha.

Selepas pintu dibuka. Terlihat muka lesu Lisha bersandarkan mangkuk tandas.

"Ya Allah, Lisha! Kenapa ni? Kau okay tak? Lisha, bangunlah." ujar Ayu selepas mendapatkan rakan karibnya.

"Nak, mari kita bawa dia ke hospital. Takut jadi apa-apa dekat kawan anak ini." ujar aunty itu lembut.

Ayu lantas memapah kawannya keluar dari tandas.

Setelah sampai di Columbia Hospital, Ayu menolak Lisha dengan kerusi roda yang diberi oleh nurse.

"Puan, terima kasih ya. Menyusahkan puan je saya ni." ucap Ayu.

"Eh, apa pula macam tu. Kita ini sesama Islam. Kenalah bantu antara satu sama lain. Anak pun dalam keadaan macam ni, takkan aunty nak biarkan pula. Lagi satu, jangan panggil saya puan. Panggil aunty Fatimah. Rasa janggal pula orang panggil Puan. Kalau dekat tempat kerja boleh lah kan? Hahaha. " ramah aunty Fatimah. Ayu hanya angguk dan tersenyum.

Baik juga aunty Fatimah ni walaupun kaya.... Kot? Hahaha. Suka hati je kau Ayu.

"Aunty Fatimah, saya nak call orang sekejap eh. Nanti saya datang sini balik." ujar Ayu. Puan Fatimah hanya angguk sambil tersenyum.

"Hello, Luth. Err, Lisha dekat hospital....ha? Ouh, dekat Columbia Hospital. Baru je masuk, okay. Cepat tau. Bye, wa'alaikumsalam." kata Ayu di talian.

Risau betul Luth ni. Eh, memanglah dia risau. Isteri dia kot?

****

Cahaya terang memasuki mata. Perlahan-lahan matanya dibuka. Lisha menggosok matanya. Bau ubat menusuk hidung, Lisha memandang sekeliling dalam keadaan kekeliruan.

'Hermmm,macam mana aku boleh ada dekat hospital ni? Setahu aku, dekat mall tadi.' bisik Lisha dalam hati.

"Sayang, dah bangun? Nah air, minum." ujar Luth lalu tersenyum...girang? Teruja? Manis? Entahlah, tapi semua ada. Kahkah.

"Asal awak senyum?" soal Lisha namun cepat-cepat dia menutup mulutnya.

Muka Luth yang gembira bertukar jadi keruh.

"Hehe, sorry. Kenapa abang senyum sorang-sorang? Dah macam orang gila dah saya tengok." soal Lisha bersama usikan.

"Kenapa? Tak boleh ke? Sampai hati sayang kata abang gila."

"Sampai."

"Eii. Abang waras lagi okay. Kalau abang tak waras, macam mana abang nak jadi daddy kepada anak abang dalam perut ni?" ujar Luth seraya meletakkan tapak tangannya di perut Lisha.

"Anak?" soal Lisha kekeliruan sambil memegang tangan Luth yang berada di perutnya.

"Yes, baby! I'm going to be daddy soon! And you're going to be mummy! Sayang, terima kasih." ucap Luth lalu mengucup dahi Lisha yang masih kekeliruan.

"Maksud abang. Saya mengandung?! Really?! Ya Allah! Terima kasih." ucap Lisha lalu menitiskan air mata kegembiraan.

Dia amat berharap agar Allah kurniakan cahaya mata dalam kehidupan mereka. Dia berdoa sepanjang hari, dia tahu. Walaupun dia tidak mampu untuk mengingati suaminya ini. Dengan berkat bayi didalam perutnya ini, dia akan mengingati kembali suaminya. Jujur kata, dia amat mencintai Luth dengan setulus hatinya.

"Sayang, lepasni tak payah buat kerja berat. Doktor kata kandungan ni masih lemah sebab baru dua minggu. So, you have to listen to me. If you don't, I will punish you. Understood?" tegas Luth. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada kandungan mahupun Lisha.

"Alah, mana aci macam tu. Abang tahu tak–"

"Tak tahu dan tak nak tahu." sampuk Luth.

Lisha mencebik. Ish, Luth ni kan. Bagilah orang habis cakap dulu! Ni dah mecelah. Ni tak boleh ni, makin lembut makin kasar pulak dia ni.

"Eh, eh. Awak ni kan. Merajuklah macam ni. Ayu mana? Saya nak jumpa Ayu." ujar Lisha lalu memalingkan muka ke tingkap luar. Merajuk. Tak mau cakap dengan orang tu.

Luth mengosok tengkuknya. Aduh! Ni lah kau Luth. Orang mengandung ni dahlah sensetif!

"Sayang...ab–"

"Saya nak Ayu! Panggil Ayu." ujar Lisha bersama tenungan tajam.



******************************

Bye! Cau lu! 💨💨💨

Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On) Where stories live. Discover now