"Saya nak Ayu! Panggil Ayu." ujar Lisha bersama tenungan tajam."Sayang, Ayu dekat luar belikan makanan." ujar Luth seraya memegang tangan Lisha. Namun, cepat ditepis Lisha.
"Jangan sentuh saya." arah Lisha lalu menarik selimut menutup seluruh badannya.
Tidak lama kemudian, badannya seperti digoncang.
"Ish, tak payahlah awak!" marah Lisha.
Badannya digoncang lagi.
"Ish, orang kata tak payah. Tak paya–" percakapannya terbantut apabila melihat tiada orang di sekelilingnya.
"Awak? Abang? Ish, jangan main-main boleh tak?! Ayu, awak saja je kan nak usik saya." ujar Lisha berseorangan. Namun, tiada sebarang respon dari mana-mana pihak.
"Abang...janganlah buat Lisha macam ni. Tak suka lah....ab...abang....Ayu..mana korang." uajr Lisha tersekat-sekat kerana ketakutan.
Azan maghrib sudah berkumandang membuat Lisha semakin takut. Mana tak takut, dahlah dekat hospital. Luth dengan Ayu pun tiada. Nak panggil doktor, suara ini tidak beberapa kuat untuk menjerit.
"Abang...janganlah macam ni.. Lisha takut. Hism...hism...pergilah jangan kacau aku.." ujar Lisha sambil tangan kanan memeluk kedua-dua lututnya manakala tangan kirinya memegang perutnya.
"Bah!" kejut Luth dari bawah katil.
"Huarghh!!!!!! Ish! Abang!!!! Huawaa....tak...sukalah...benci!!! Pergi! Jangan jumpa Lisha lagi." ujar Lisha sambil memukul dada Luth.
"Sayang, abang main-main je... Janganlah macam ni. Okay, okay. Abang janji tak buat lagi." pujuk Luth lalu menarik Lisha dalam pelukan.
'Tahu takut kau Luth. Sendiri cari masalah, sendiri tanggung.' bisik hati Luth.
"No! I hate you! Sampai hati buat saya macam ni. Kesian baby ni terkejut! Kalau jadi apa-apa dekat baby macam mana?!" marah Lisha sambil menolak badan Luth dalam dakapan.
"Look, I'm so so sorry. Abang janji tak akan buat lagi. Abang tahu abang salah. Maafkan abang, sayang." ujar Luth sambil memegang kedua-dua belah pipi Lisha yang telah di basahi air mata.
"Abang suka tau buat saya macam ni. Lain kali jangan buat lagi. Kalau nak saya mati cepat, buat lah hari-hari." ujar Lisha sambil memandang tepat kearah mata Luth yang kemerah-merahan.
"Sayang, jangan cakap macam tu. Saya tak nak kehilangan sayang buat kali yang ketiga. Tolong jangan sebut pasal mati. Abang masih perlu sayang. Promise me, that you will never talk about death. I still need you. I love you damn much. Please...I'm begging you." rayu Luth sambil....menangis.
Okay, ni terasa kelakar. Sebab aku tak pernah tengok Luth menangis sampai macam ni sekali. Hish, kau ni Lisha. Suami tu. Astagfirullahal'azim, mengucap. Orang tengah sedih, kau boleh terasa nak gelak pula.
Tarik nafas.... Hembus...
"Okay, saya tak akan cakap pasal mati lagi. Okay? Dahlah, janganlah menangis. Macam budak-budaklah. Dia yang buat kita. Dia pula yang menangis. Cengenglah abang ni." ujar Lisha lalu mencium tangan Luth lama. Dia tahu dia berdosa tadi.
"Sayang ni... Buat abang takut je tau." ujar Luth sayu.
"Alolo, kesian dia ya. Meh sini, peluk." pujuk Lisha sambil membuat gaya memanggil.
"Alolo, sian dia." ujar Lisha sambil mengusap belakang Luth yang berlapik sweater.
"Eh, abang tak pergi kerja ke tadi? " soal Lisha. Tak salah aku, Luth pergi kerja tadi.
"Kerjalah."
"Habis tu, kenapa pakai sweater? Bukan pakai kot ke?" soal Lisha lalu merenggangkan pelukan.
"Hurm, tadi plan nak balik cepat. Alang-alang ada sweater dengan t-shirt lebih, bawak balik sekalilah. Lepastu, Ayu call abang yang sayang masuk hospital. Abang bawak sekali sweater dengan t-shirt. Tadi nak tunggu sayang bangun, abang mandi." jelas Luth sambil bermain dengan rambut Lisha.
"Eh, Ayu mana? Abang halau eh? Tak baik tau."ujar Lisha.
"Eh, mana ada. Kan saya kata tadi, Ayu pergi beli makanan. Tadi sayang yang merengek nak Ayu. Dah lupa ke? Humm. Patutnya dia dah sampai dekat sini. Jap eh abang call dia." ujar Luth lalu melepaskan pelukan.
"Hehe." ujar Lisha sambil tersengih.
Telefon dicapai, nombor Ayu di cari.
"Assalamualaikum, Ayu. Dekat mana? Kata tadi beli makanan. Ramai orang ke?" soal Luth di talian.
"Eh, sorry. Lupa pula. Ni, Ayu tengah berborak dengan aunty Fatimah. Luth , jap eh." jawab Ayu di talian.
"Ya, aunty."
"Ayu pergilah jenguk kawan Ayu. Tak apa, nanti kita boleh jumpa lagi. Ada nombor telefon aunty kan. Ha, nanti kalau nak jumpa call je. Aunty pun bosan dekat rumah. Kerja pun kadang-kadang sebab suami uruskan. Anak-anak semua dah besar-besar. Ada yang dah kahwin. Yang bongsu tu, belajar dekat luar negara. Nanti jumpa lagi ya, Ayu. Assalamualaikum" ujar Puan Fatimah lalu meminta izin untuk beredar.
"Wa'alaikumsalam"
"Luth, Ayu on the way. Okay, bye."
Selepas mematikan telefon. Luth
kembali duduk ke tempat tadi."Sayang, Ayu kata dia on the way. Sayang nak pergi toilet?" ujar Luth.
"Tak lagi. Okay. Abang, bila saya boleh keluar? Bosanlah duduk sini. " ujar Lisha.
"Tak sampai sehari sayang dekat sini. Dah nak balik. Doktor kata, esok sayang boleh keluar. Hurmm, tengahari." balas Luth lalu mengambil tangan Lisha.
"Assalamualaikum. Lisha, Luth. Ni aku ada bawa burger macdonald. Err, Lisha boleh makan ke ni?" ucap Ayu bersama soalan. Lalu mengambil tempat di birai katil.
"Wah, sedapnya. Hurmm, boleh ke abang?" soal Lisha.
"Boleh. Dah, baca bismillah." jawab Luth.
Setelah selesai makan. Lisha dan Luth mengucapkan terima kasih kepada Ayu yang telah membelikan makanan mereka berdua.
"Sama-sama. Hurmm, Lisha. Aku balik dululah ya. Luth, Ayu balik dulu. Assalamualaikum." pinta Ayu lalu meninggalkan mereka berdua.
"Wa'alaikumsalam." jawab Luth dan Lisha serentak.
"Abang." panggil Lisha. Matabya mula kuyu. Haih, macam ular lah kau ni Lisha. Lepas makan je nak membongkang.
"Ya."
"Nak tidur. Dodoi kan Lisha." ujar Lisha lalu membaringkan badannya.
"Macam budak-budak." ujar Luth perlahan lalu menepuk Lisha sambil menyanyi lagu Little Star.
Selepas Lisha nenyak dalam lenanya. Luth bergerak le tandas untuk mengambil wuduk.
******************************
Ya Allah, korang. 🙁🙁 Sorry sangat-sangat sebab sebulan tak update 😀. Author tak ada idea plus kena study sebab exam bulan 10 ni. Sorry tau.
Korang jangan marah tau walaupun author tahu ada yang marah sebab update lambat. Maaflah ya. 🙏
Author mohon sangat-sangat dekat korang supaya tak buang cerita di dalam libbary or list. 🙏
Atas kesalahan yang sloth ni buat 💩. Nah, sloth dah update 3 chapter selaki eh sekaligus.. And one more thing, i really need to know if this story was boring or anything else yang korang tak faham or cerita ni tunggang terbalik ke. I need to know it. So, berilah kerjasama anda.
Jangan lupa tinggalkn VOTE and comment. 💞💞
Bye! Cau lu! 💨💨💨
YOU ARE READING
Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On)
Romance[HEROIN] Nur Edryna Khalisha Binti Dato' Ahmad, seorang gadis yang cantik, sopan dan bertudung. Dia ni jenis yang kasar kalau orang berkasar dengan dia terutama sekali pada lelaki yang bernama Muhammad Luthfi Khusyairi! [HERO] Muhammad Luthfi Khus...