BAB 21

1K 19 3
                                    

"Sayang, Ya Allah! Sayang! Alhamdulillah." Luth tersenyum gembira sebaik sahaja Lisha membuka matanya.

"Sayang...saya minta maaf. Maafkan saya ya." kata Luth sambil mengusap pipi Lisha namun Lisha menepis tangan Luth.

"Kau ni siapa? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Abang Ariff mana?! Abang Ariff!!!" soal Lisha dengan nada yang tinggi. Mukanya berkerut-kerut memandang Luth yang berada di hadapannya.

"Wait,sayang. Ni saya Luth, suami sayang. Takkan sayang tak kenal??" jelas Luth. Dia seakan-akan tidak percaya akan apa yang dipersoalkan Lisha.

"Nope. Aku tak tahu siapa kau and kenapa kau pangiil aku sayang? Sejak bila kau jadi suami aku? Aku tak ada suamilah! Eii, lepaslah!!" ujar Lisha lalu meronta-ronta ingin melepaskan peganggan Luth.

"NO. NO. NO. You must be joking right? Sayang main-main je kan ni? No, sayang. Sayang tak boleh buat saya macam ni. Kalau sayang marah dekat saya sekalipun. Sayang tak boleh lupakan suami sayang. You must remember me!" ujar Luth dengan suara bergetar-getar. Tangannya memegang erat tangan Lisha.

"Eii!! Lepaslah bodoh! Tolong! Doktor!! DOKTOR!! Abang Ariff!! Tolong!" jerit Lisha meminta tolong.

"Sayang! sayang..." ujar Luth ingin menenangkan Lisha.

"Stop calling me SAYANG!! Berhenti panggil aku sayang!!" marah Lisha. Matanya sudah bertakung air mata. Dia takut akan lelaki tersebut iaitu Luth. Mukanya terasa panas lalu perlahan-lahan air mata mengalir.

"Eh kenapa jerit-jerit tu?? Ya Allah, tu suara angah!" ujar Ariff lalu berlari ke bilik Lisha. Apa dia kesah doktor nak marah ke nurse nak marah ke, janji dia jumpa adiknya.

Pintu bilik Lisha di buka. Dia terkejut melihat Lisha meronta-ronta seperti ingin dilepaskan.

"Angah! Kenapa ni? Luth, stop!" ujar Ariff. Luth melepaskan peganggan.

"Abang Ariff! Tolong angah, angah tak kenal lelaki ni. Dia pegang angah. Angah takut...." ujar Lisha sebaik sahaja mendengar suara abangnya. Ariff terpaku selepas adiknya berbicara. Dia seakan-akan tahu apa yang terjadi terhadap Lisha, lantas dia memeluk Lisha yang berada dalam tangisan.

"Shh..it's okay angah. Abang ada dekat sini. Sekarang abang nak angah berhenti menangis. Luth, kau ikut aku." arah Ariff. 

***

Setelah sampai di cafe hospital tersebut. Ariff megambil tempat yang sedikit tersembunyi. Luth hanya mengikut langkah abang iparnya.Kepalanya serabut memikirkan Lisha.

"Order encik." ujar pelayan cafe tersebut.

"Hmm, bagi mocha frappe and chocolate milk." ujar Ariff. Pelayan tersebut menghadiahkan senyuman sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

"Luth, kau okay tak ni?" soal Ariff apabila tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Luth selepas kejadian tadi.

"Sekarang ni aku nak kau bertenang. Jangan stress sangat. Ya, aku tahu kau tengah serabut pasal Lisha tapi kau kena redha." ucap Ariff.

Luth mengeluh lalu meraup wajahnya.

"Aku tak tahu nak buat apa lagi. Lisha dah bangun tapi dia tak ingat aku." ujar Luth sambil menunduk.

"Luth, apa yang berlaku dalam setiap kehidupan kita sudah ditentukan oleh Allah. Kita kena terima. Kau kena kuat, aku yakin Lisha akan ingat kau kembali kalau kau berusaha." ujar Ariff.

"Terima kasih." ucap Ariff kepada pelayan sebaik sahaja airnya sampai.

"Luth? Kau dengar tak ni?" soal Ariff.

"Aku dengar. Riff, kau kena tolong aku.  Aku tak tahu nak buat apa lagi. Hanya kau sahaja yang boleh tolong aku. Bukan apa, aku tak nak susahkan family kita. Aku minta maaf kalau benda yang aku minta ini boleh membebankan kau." luah Luth. Muka polosnya memandang Ariff yang seperti berfikir.

"Anything bro. Kau kan suami adik aku. Tapi sebelum tu aku nak kau explain semua perkara sebelum kemalangan Lisha. Can you?? " ujar Ariff dan turut menanya soalan.

Gulp!

Terasa kesat air liur yang ditelan. Luth berdoa dalam hati supaya Ariff tidak memarahinya.

"Okay, macam ni sebenarnya... " Luth menceritakan tentang semua perkara yang berkaitan dari mula hingga pengakhirannya.

******************************

🙆🙆🙏🙏😫😘  

Thanks for voting!!! Love you alls 💟

Bye! Cau lu! 💨💨💨

Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On) Where stories live. Discover now