BAB 34

847 16 5
                                    

"Dah siap belum kerja kau?" soal Ray.

"Dah bos. Semua beres, tinggal tunggu kereta ni jalan je. Bos takpayah risaulah, mati punya budak ni." balas pekerjanya di talian.

"Kau jangan nak poyo sangat, kalau plan kau tak jalan. Kepala putus! Faham?" ujar Ray. Pisau lipat yang berada di tangannya mula menoreh gambar Luth.

"Baik bos. Bos jangan risau. Plan ni saya dah banyak kali buat, memang berhasil bos. Ya...okay bos. Terima kasih... Terima kasih... Allright! " selepas talian di tamatkan, dia beredar dari kawasan Luth's Holding.

.

"Ya, sayang tunggu abang balik tau. Hmm, abang ambil barang je, jangan risau sayang. Bye, assalamualaikum! I love you!" selepas menyimpan barang di dalam keretanya, Luth menghidupkan enjin.

Penghawa dingin dipasang, kepalanya di sandarkan sambil meraup rambutnya.

"Huh..." keluh Luth.

Otaknya sedang berjalan memikirkan tentang khusus yang perlu dihadiri pada sabtu ini. Kalau dia pergi, siapa mahu jaga isteri dia? Mummy? Ibu? Tak nak susahkan diaorang.

Selepas beberapa minit Luth menenangkan dirinya, kereta mula dipandu.

Lagu Haqiem Rusli 'Tergantung sepi' berkumandang di radio.

Jari-jarinya mula mengetuk-ngetuk stereng mengikut rentak lagi yang mendayu-dayu itu sementara bibirnya menyanyi bait-bait lagu tersebut.

Tiba-tiba pula, perasaan rindu terhadap isterinya muncul. Sedangkan, baru sebentar tadi dia mendengar suara comel isterinya.

"Dia tengah buat apa ha sekarang? Hurm, call lah jap." ujar Luth seorang. Telefon di dashboard ingin dicapai namun tangannya tertolak telefon tersebut lalu jatuh ke bawah.

"Aishh, time ni jugaklah kau nak jatuh." ujar Luth lalu mengapai-gapai telefonnya dia bawah seat penumpang sebelah.

"Aishhh!"

Tangan di stereng sebelah di tolak ke kanan bagi membantunya menolak badannya.

Setelah telefonnya berada di dalam genggaman, Luth kembali menegakkan badannya. Brek di tekan untuk membetulkan posisi kenderaannya yang semakin ke penghadang bahu jalan namun tidak berhasil.

Luth memusingkan stereng ke kiri untuk menstabilkan kedudukan. Setelah kembali ke jalan yang betul. Luth menenangkan dirinya.

"Ya Allah, siapa pula yang buat kerja ni? Ya Allah,  kau lindungilah hamba mu ini Ya Allah."

Tut... Tut... Tut... Tut...

"Woi! Apasal lambat sangat ni? Kau buat kerja tak?!" teriak Ray setelah sahaja talian di sambut.

Pekerjanya iaitu Tariq menjauhkan telefonnya dari telinga. Mahu pecah gegendang telinganya dek teriakkan bosnya yang tidak reti bersabar.

Nafas panjang diambil sebelum membalas.

"Ya, bos. Saya tengah follow budak ni dari belakang. Bos takpayah bising boleh tak? Saya tengah buat kerja ni. Nanti dah settle, saya call lah bos." balas Tariq benggang.

"Kau.... Nasib aku tak ada dengan kau. Kalau tak, memang jahanam mulut kau aku buat! Hmm, lepas dah settle kau call aku. Bye!" ujar Ray lalu menghempaskan badannya ke katil king nya.

"Tinggal beberapa minit sahaja sebelum kau jadi janda Lisha... HAHAHAHA" ujar Ray seorang.

****

"Ishh, kenapa aku rasa tak sedap hati ah?"ujar Lisha sambil mundar-mandir di ruang tamu utama.

"Ya Allah, kenapa ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Huh!" ujar Lisha lagi.

Setelah setengah jam menanti kepulangan suaminya Luth, membuat Lisha tidak senang duduk.

"Abang... Balik lah cepat! Aduh..." sesekali telefon di genggamannya di tenung untuk menanti panggilan daripada suaminya, namun hampa. Tiada satu pun panggilan di buat .

"Call lah!" laju jarinya membuka kata kunci telefonnya lalu menekan nombor satu.

Tut... Tut... Tut... Tut...

"Angkatlah, abang..." ujar Lisha sambil mengigit kukunya tanda risaunya.

"Alah... Janganlah buat Lisha macam ni. Abang... Please angkat...".

"Nombol yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan–"

"What?! Takkan Luth off fon pulak?" ujar Lisha.

Kring! Kring!

Aik? Siapa pula ni?

Lisha melihat nombor telefon yang terpapar di skrin telefonnya.

"Errr, hello?" sambut Lisha.

"Hello, sayang..."balas suara lelaki menggoda.

Uhuk! Uhuk!

"Siapa ni?" soal Lisha.

"You future husband..."

"Eh, siapa ni?! Awak jangan main-main dengan saya eh! Saya dah kahwinlah!  Jangan nak berangan. Dah–"

"Eh, eh. Tunggu dululah. Aku saja nak bagitau yang tak lama nanti. Aku akan jadi pengganti ayah kepada baby dan suami kepada kau. LISHA. Okay, bye... Sweet dream dear... See youu soonnn...."

"Hello! Hello! Kau siapa ha?! Eh, jahanam betul jantan ni! Aku masih sayang kan Luth lah!" teriak Lisha selepas lelaki tersebut menamatkan talian.

Kring! Kring!

"Ishh, orang yang sama lagi!"

"Kau nak apa ha?!" teriak Lisha di hujung talian.

"Hahahha. Sakit hati ke sayang? Okaylah, aku tak nak kacau kau sekarang tapi tak tahulah esok harinya..."

"Cepatlah cakap. Apa kau nak?!"

"Hurm, tabahkan diri ya sayang. Luth sekarang dalam genggaman aku. Maybe, sekarang ni dia tengah bertarung nyawa? HAHAHA, pergilah jengok suami kau sebelum dia hanya tinggal jasad. BYE!!"

"Ya Allah! Apa kau cakap ni?!"

"Dasar orang gila!!"

Tangan Lisha mengeletar selepas sahaja mendengar penjelasan lelaki tidak dikenalinya tadi.

'Tak! Ini semua tak betul! Lisha, kau jangan percaya kata jantan tak betul tu! Tak! Luth takkan tinggalkan kau!' bisik hati Lisha untuk menguatkan dirinya. Air matanya dikesat perlahan sebelum menarik nafas panjang.

"Huh.."

******************************

782 words.

Kali ini, pendek sikit. Alah, lek ah. Kikiki. Jangan serang author pulak. 😂😂🗡🗡

Okay, tu je nak sampaikan. Hehe.🌚

Bye! Cau lu! 💨💨💨

Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On) Where stories live. Discover now