BAB 23

1K 17 3
                                    

"What?!! Apa yang perfect sangat perempuan tu?!! Pakai berlitup-litup! Tak menggoda langsung! Lainlah aku ni, cantik, body goals. I'm the perfect one! Not her!!" jerit Qaira lalu menolak semua barang yang tersusun diatas meja soleknya. Berderai semua barang tersebut. Habis berselerak satu biliknya.

Datin Floria yang sedang membaca surat khabar tersentak apabila terdengar barang pecah dari arah bilik anak bongsunya. Lantas dia berlari ke bilik Qaira.

Tok! Tok! Tok!

Tiada respon.

Telinganya dilekapkan ke permukaan pintu. Terdengar esakkan perlahan seperti ditahan.

"Sayang, buka pintu ni. Mama ni sayang." ucap Datin Floria lembut. Dengan anak bongsu dia ini tidak boleh cakap kasar-kasar sebab terlalu sensetif. Mungkin Qaira seorang yang liar tetapi dia tidak pernah meninggilan suara malah tidak pernah mengingkari perkara yang disuruh oleh keluarganya.

Tombol pintu ditarik dari dalam, lalu Datin Floria masuk ke dalam bilik anaknya.

"Adik, kenapa ni?" soal Datin Floria sambil melihat anaknya menundukkan wajahnya agar tidak dapat dilihat air matanya oleh sang ibu.

"Ma... Adik tak tahu apa kurangnya adik... Adik sayang sangat dia tapi... Dia dah ada orang lain. Hati adik sakit setiap kali lihat dia dengan orang lain. Ma, adik sayang sangat dia. Adik tak mampu nak lupakan dia. Adik dah cuba! Tapi adik tak boleh... Adik takut adik buat sesuatu dari luar jangkaan adik! Adik sengsara ma. Adik nak juga hidup dalam kegembiraan macam orang lain. Adik nak kasih sayang dari seorang lelaki selepas arwah ayah... Adik ingat ini cara terbaik untuk dapat kasih sayang seorang lelaki sampai sanggup jadi perampas. Ma... Adik sengsara ma... Adik takut..." luah Qaira selepas apa yang selama ini dipendam. Dia mahu berubah dari menjadi perampas, tapi semakin hari dia menjadi teruk sampai ingin menjadi perampas sekaligus meruntuhkan masjid orang.

"Adik... Sabar ya. Adik kena terima semua ni. Ini dugaan yang adik perlu tempuhi. Mama percaya suatu hari nanti adik akan berubah." ucap Datin Floria. Jelas riak kerisauan di wajahnya. Dia takut anaknya menjadi perampas.

"Ma, adik tak mampu. Adik nak buat macam mana. Adik sendiri tak tahu... Ma.. Kenapa setiap orang yang adik sayang akan pergi? Ayah, abang...kenapa diaorang perlu tinggalkan adik seoramg diri? Adik sayang diaorang... Adik rinduu sangat-sangat dekat abang... Ma, kalau boleh adik nak jumpa abang. Abang dah janji nak belikan adik rantai tapi kenapa dia tak datang-datang balik! Kenapa! Kenapa dia perlu pergi...adik nak rantai abang bagi...sepatutnya rantai tu ada pada leher adik sekarang tapi kali terakhir adik nampak rantai tu ada dekat atas jalan raya... Sakit ma... Sakit. Adik sayang sangat abang adrean. Ma, adik rindu dekat abang. Rindu sangat-sangat.. Sepatutnya abang ada pada hari jadi adik masa tu..."

Trowback

"Ma, mana ayah? Kenapa ayah tak sampai lagi? Ma, adik rindu ayah. Ma." soal si kecil Qaira.

"Sekejap ya sayang, ayah sampai sekejap lagi. Ayah dalam perjalanan. Nanti ayah bawa present untuk adik!" jawab Datin Floria lembut lalu tersenyum bahagia di hadapan anaknya. Dia juga risua akan suaminya. Dari petang tidak pulang ke rumah sampailah ke malam.

"Adik, pergi main dengan kawan-kawan adik. Tu nampak tu, ramaikan." ujar Datin Floria sambil menunjuk ke arah sekumpulan kanak-kanak yang seronok bermain.

"Okay mama! Muah!" ucap Qaira lalu mengucup pipi mamanya.

"Kak long, mana abang Is?" soal adiknya, Farzana.

"Far, kak long tak tahu abang Is dekat mana. Akak risaulah." jawab Datin Floria dalam nada kerisaun.

"Ad mana?" soal Farzana. Dia juga risau akan abang iparnya kerana dari tadi tidak pulang.

Suamiku Encik Sombong+Garang (Hold On) Where stories live. Discover now