3

496 15 7
                                    

"Oppa, bangunlah. Awak nak kena pergi kerja,"

Sohee menggoncang lembut tubuh suaminya itu. Perlahan-lahan Jimin membuka matanya,sinar cahaya menusuk kornea nya. Pandangan pertama yang diterima,wajah gadis itu.

Jimin memegang tangan Sohee lalu mentautkan jari mereka bersama. "Morning,baby" Dia mencium tangannya. Sohee tersenyum malu. Wajahnya bertukar merah. "Selamat pagi." Balasnya perlahan. Jimin segera bangun dari sofa.

"Aduh!" Jerit Jimin sambil memegang lehernya. Mesti salah tidur ni, kata Sohee dalam hatinya. Dia segera mengurut belakang leher suaminya itu. Jimin memejamkan mata , menahan sakit apabila jari gadis itu menyentuh urat lehernya yang tegang.

Jimin menarik tangan Sohee dari lehernya. "Thanks sayang." Sebuah ciuman hinggap di pipi gadis itu,menyebabkan Sohee lebih merah dari sebelumnya. Jimin segera ke bilik air untuk bersiap. Sohee memandang jam. Tepat 8. Bunyi serapan tapak kaki suaminya itu

Dia menanti ketibaan suaminya itu dengan penuh debaran. Senyuman dilempar ke arahnya. Sohee menunduk malu. Jimin menggosok kepala isterinya sebelum menarik gadis itu duduk bersama di meja.  Sohee mengambil sekeping roti bakar yang sudah disapu dengan jem strawberi lalu disuap kepada suaminya.

Jimin menatap wajah gadis itu dengan penuh cinta. Dadanya sebak kerana mengingatkan gadis itu. Kecantikan dia boleh menambat hati masa-main jejaka yang melihat. Tapi, Jimin terlalu cemburu. Kerana itu , Sohee dikurung.  Jiwanya kacau kembali. Wajahnya bertukar suram apabila memikirkan lelaki yang jatuh cinta kepada gadis itu. Cemburu. 

"Oppa? Gwechana?"

Tanya Sohee dengan berhati-hati. Tangannya menggigil apabila memandang wajah muram suaminya itu. Peluh ketakutan mula membanjiri dirinya. Perutnya terasa seperti mengecut.

Jimin mendakap tubuh kecil Sohee sekuat hati. Sohee terkedu. "Awak takkan tinggalkan saya kan?" Tanya Jimin.

Sohee menghela nafas lega. "Tak. Saya takkan tinggalkan oppa walau apa pun terjadi."

;;


"Americano satu"

Yoongi duduk di meja yang bersebelahan dengan tingkap. Dia memandang jam Rolex nya.  Sudah jam 7 petang. Tubuhnya terasa letih setelah penat bekerja di tempat baru. Tawaran untuk naik pangkat diterima 2 minggu lalu. Mujurlah sahabatnya Namjoon tinggal di sini, senang untuk dia mencari rumah.

"Terima kasih," ucap nya pada pelayan lelaki itu.

Sedikit demi sedikit,air panas itu menyisip ke dalam mulutnya. Matanya masih fokus dengan pemandangan di luar. Pandai Namjoon mencari rumah untuknya. Sudahlah dekat dengan tempat kerja malah jauh daripada kebingitan bandar utama. Jauh sekali seperti Seoul yang aktif tak kira pagi atau malam.

Sohee

Tanpa sedar nama gadis itu muncul di bibirnya. Kelembutan raut wajah gadis itu bermain-main di mindanya.

Jangan buat gila,Yoongi. Isteri orang dia tu.

Dia menggeleng apabila sedar akan hal itu. Dia segera bangun lalu meninggalkan kafe itu. Dia segera menekan butang lif. Kondo yang bagus,mempunyai kafe sendiri di tingkat bawah. Itulah yang paling dia suka.

Hampir sahaja pintu lif terkatup,jari jari kecil menghalang dengan jeritan kecil; suaranya amat dikenali.

"Nasib sempat,"Sohee menghela nafas lega apabila sempat menahan lif daripada tertutup. Dia masih tak sedar Yoongi sedang memerhatikannya.

Jari mereka bersentuhan apabila mereka mahu menekan butang.

"Oh sorry."

Kata Yoongi sambil menundukkan kepalanya. Sohee hanya tersenyum sahaja. Perjalanan ke tingkat 20 yang selama ini terasa laju kini terasa lama yang amat. Mereka berdiri agak jauh dari satu sama lain.

Tiba-tiba mereka terasa gegaran. Habis semua barang yang dipegang Sohee jatuh menyembah lantai. Lampu yang menerangi lif menjadi malap.

"Hello! Security!"

Yoongi menekan butang kecemasan. Beberapa kali dipanggil akhirnya terjawab.

"Tolong selamatkan kami!"

"Sabar encik,bantuan akan sampai dalam masa 15 minit lagi. Maaf ya?"

Yoongi menggenggam penumbuk. Mahu sahaja ditumbuk dinding lif itu. Dia menoleh ke belakang. Sohee sedang bercangkung di lantai dengan wajahnya ditekup ke lutut. Esakan kecil kedengaran.

"Awak okay?"

Sohee tidak menjawab. Sungguh tiada siapa yang tahu apa yang dialaminya sekarang ini.

"Hey,are you alright?"

Yoongi mendekati Sohee. Dia merendahkan badannya. Dia memegang tangan gadis itu. Sejuk seperti ais tapi wajahnya berpeluh. Ketika itu dia sedar,gadis ini panik.

"Awak ni claustrophobic ke?"

Tanya Yoongi dengan berhati-hati. Sohee mengangguk perlahan. Sungguh dadanya terasa sempit sekali. Yoongi mengangguk. Dia segera mengutip barang yang jatuh di lantai sebelum meletakkan semula ke dalam plastik. Dia menyusunnya di tepi Sohee. 

Dia segera menjauhkan diri. Dia perlu memberi ruang kepada gadis itu.

"Sohee kan? Saya nak awak bertenang."

"Sekarang cuba awak tarik nafas dan hembus perlahan lahan."

"Tenang."

Sohee mendengar satu per satu arahan dari lelaki itu. Dadanya kini terasa lapang sedikit. Dia memejamkan matanya lalu bersandar di dinding besi yang sejuk itu. Penghawa dingin yang turut termati membuatkan mereka berdua kekurangan oksigen.

Yoongi cuba bertindak rasional. Dia membuka kot hitamnya serta tali leher merahnya itu , meninggalkan dia dengan sehelai kemeja putih di badan.

"Saya rasa awak patut bukak jaket awak tu. Saya bukan pervert ke apa,saya takut awat terhidrat. Lagipun awak berpeluh banyak tadi."

Sohee pada awalnya tak mahu tapi akhirnya dia mengalah. Kepanasan di dalam lif itu membuatkan dia lebih terseksa.

Mereka berdua berdiam diri.

Sohee terasa nafasnya semakin sesak. Dia tersandar lemah pada dinding lif,matanya terasa berat. Keadaannya yang merupakan seorang claustrophobic tidak membantu langsung.

"Sohee? Hey jangan pejam mata! Sohee!"

👠

Author note :

Hello, thanks kepada yang sudi membaca. Btw, saya juga seorang claustrophobic. Ergh, bila naik lif rasa nak pengsan. Thanks again. Stay tune

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now