17 (18+)

151 12 0
                                    

Flashback

"Jimin!"

Jeritan Sohee menyebabkan Jimin tersedak air Milo. Sohee ketawa melihat sahabatnya itu sebelum menepuk belakang Jimin dengan lembut. Dia menarik kerusi di hadapan Jimin lalu duduk menghadap lelaki itu.

"Ish budak ni. Kalau aku tercekik tadi macam mana. Mati muda tak sempat kahwin dengan engkau nanti, and satu lagi. Kan dah cakap banyak kali kau kena  panggil aku Jimin oppa. . Kau tu muda daripada aku dengan Tae tau" Usik Jimin. Sohee mencuit manja tangan lelaki itu. Dia menggeleng sambil ketawa.

"Nah, nampak nya kau memang tak akan dapat kahwin dengan aku. Membujang la engkau Jimin oppa," Sohee menekan sebutan oppa itu. Jimin mengangkat keningnya, berkerut sedikit akan penyataan gadis itu.

Wajah Sohee yang ceria semacam itu selalunya akan menyebabkan Jimin turut tersenyum namun tidak kali ini. Hatinya rasa tak sedap dengan apa yang dikatakan oleh Sohee.

Sohee menarik nafas dalam, menekup pipinya yang panas. Jantung Jimin berdebar semakin kuat apabila gadis itu mengangkat tangannya, menayangkan sebentuk cincin di jari manisnya.

Seperti nyawanya ditarik keluar, seluruh dunianya hancur begitu sahaja. Senyuman Sohee yang semakin melebar menambahkan lagi kesakitan di hatinya.

Dia menarik senyuman palsu di wajahnya. "S-siapa yang l-lamar kau?" Setiap nafasnya seperti tersekat apabila menanyakan soalan itu. Sohee langsung tidak perasan akan kepalsuan di wajah sahabatnya itu. Dia fikir bahawa Jimin gembira akan beritanya itu. Dia silap.

"Taehyung oppa! Dia lamar aku tadi," Nada ceria Sohee, lebih menyakitkan hati si jejaka. Lebih sakit apabila mengetahui, buah hatinya itu dilamar oleh sahabat baiknya sendiri.

Tangannya mencapai tangan Sohee lalu digenggam erat. Dia mahukan kekuatan. Walaupun gadis itu adalah punca kelemahannya sekarang tapi dia juga sumber kekuatannya selama ini.

"Tahniah,"

Seperti menelan kaca, hatinya semakin terhiris. Tekaknya terasa loya, kepalanya rasa ringan, dunia nya terasa gelap. Tapi dia masih di situ. Melihat wajah ceria si buah hati. Sohee. .

🌼🌼🌼🌼

"Tae? Kenapa-" belum habis Sohee bertanya, tindakan mengejut Taehyung untuk menampar pipinya menyebabkan gadis itu terkesima. Wajah Taehyung yang merah itu menakutkan Sohee, badannya menggeletar akan pandangan yang diberikan oleh Taehyung tika itu.

Taehyung menolak gadis itu ke dinding, membenamkan kukunya ke dalam kulit bahu Sohee serta memberi tekanan ke tubuh Sohee dengan kudrat lelakinya. Memerangkap gadis itu.

Sohee terdiam. "Aku dah kata kan jangan keluar dengan Jimin! Engkau tu bakal isteri aku! Kau milik aku!" Nada suara lelaki itu naik beberapa oktaf. Sohee memejamkan matanya, takut untuk melihat lelaki itu. Lelaki yang dicintainya.

"Ta-tapi.  . Jimin kan kawan kita-" seperti biasa, peluang untuk Sohee bercakap hanyalah sedikit. "Itu dulu! Sekarang kau jangan rapat dengan dia. Aku tak benarkan kau dengan dia!"

"Kau dengar tak apa yang aku cakap?!" Tengking Taehyung lagi. Sohee mengangguk perlahan, berdesis kesakitan. Cengkaman lelaki itu masih kuat. Namun tak lama kemudian lelaki itu melepaskannya.

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now