Namjoon melihat Yoongi bermain-main dengan makanannya. Sesudu makaroni keju bakar disuap ke dalam mulutnya sebelum dia bertanya "Hyung syok kat awek tadi tu ke?"
Jari-jemari Yoongi berhenti menguis nasi lemak di pinggannya. Dia menyedut Americano ais nya itu. "Isteri orang tu," jelas kedengaran kekecewaan dalam suara lelaki berambut hitam pekat itu. Namjoon mengangkat keningnya.
"Tapi. . Aku tak pernah dengar pun hyung cakap macam tu dekat mana-mana perempuan. Cukup dengan cara hyung pandang dia. .obviously you like her." Sambung Namjoon sebelum menghirup strawberry milkshake .
"Engkau ni la. .Dia tu jiran aku mestilah aku cakap sopan-sopan. Dah tak payah merapu. Habiskan cepat, aku ada meeting kejap lagi." Yoongi mengelap mulutnya dengan tisu dan sambung termenung.
Aduhai, laki dia marah ke apa tadi. . Dia pakai cantik-cantik tadi tu mesti sebab nak keluar.
🌸🌸🌸
"Jom turun," Kata Jimin. Sohee menuruti sahaja. Jimin menarik Sohee rapat ke tubuhnya sebelum melingkari tangannya ke pinggang Sohee. Sohee sendiri tergamam. Pipinya terasa panas.
Mereka berjalan-jalan di dalam pusat beli belah itu seperti pasangan bahagia. Sohee menarik nafas lega apabila Jimin kembali kepada dirinya yang asal. "Awak nak ke dress putih tu?" Tanya Jimin apabila dia menyedari Sohee asyik menatap baju tersebut sejak tadi.
"Eh, tak payahlah. Mahal tu." Sohee menolak. Jimin mengusap kepala Sohee sebelum menarik Sohee ke dalam kedai tersebut. "Oppa. . Tak payahlah. .mahal sangat ni," gigih Sohee cuba menolak . Jimin tidak mempedulikan isterinya itu.
Dia mengambil sehelai dress putih itu sebelum memberikan kepada Sohee. "Nah, pergi cuba. Oppa tunggu kat luar ni," mahu tak mahu Sohee hanya mengikut kata suaminya itu. Tak mahu menjadi isteri derhaka.
Seketika kemudian dia keluar dengan dress putih tersebut di badannya. Jimin hampir terjatuh kan telefon yang sedang dipegang itu. Wajah Sohee semakin merah apabila Jimin memandangnya tidak berkelip. "Buruk ke saya pakai baju ni. ."
"Tak. . Sumpah cantik. . Macam bidadari. ." Ujar Jimin seraya memeluk isterinya itu. Satu ciuman dihadiahkan di pipi isterinya itu. "Comelnya budak ni. Muka merah-merah ni nak cendol ke? Nanti kita cari cendol nak?" Usik Jimin. Wajah Sohee semakin merah.
Dia tersenyum malu sambil bermain dengan jarinya. "Dah pergilah tukar baju. Lepas ni kita pergi cari tempat makan." Kata Jimin. Sohee tersenyum bahagia.
💕💕💕
"Mak cik, saya nak nasi goreng pataya satu dengan teh ais," Kata Jimin. "Bihun sup dengan teh o ais ye,"Kata Sohee pula. Mak cik itu mengangguk sebelum menghilangkan diri di sebalik dapur. Jimin menarik tangan isterinya lalu menggosok manja.
"Awak serius ke nak makan kat gerai macam ni?" Tanya Jimin. Sohee tersenyum sambil mengangguk. "Saya suka makan macam ni je, awak dah banyak habiskan duit untuk saya hari ni," balas Sohee. Jimin mencebik.
"Alah, awak kan isteri saya. Buat apa nak berkira dengan budak comel ni." Jimin mencubit manja pipi isterinya itu. Wajah Sohee mula memerah. Jimin hanya ketawa melihat tingkah laku isterinya itu.
"By the way. . Saya minta maaf sebab kejadian pagi tadi. Saya janji saya tak-" ayatnya dimatikan apabila Jimin meletakkan jari telunjuk di bibir gadis itu. Wajah Jimin bertukar serius.
Dia memandang ke tempat lain dan melepaskan tangan isterinya itu. Sohee mula rasa bersalah. Kenapalah aku asyik spoilkan mood dia? Aduh macam mana ni?
Jimin bangun dari tempat duduknya sebelum berjalan menuju ke tandas. Sohee hampir sahaja menangis. Dia asyik bermain dengan jari-jemari nya sambil memikirkan cara untuk memujuk Jimin.
"Hey, Sohee. . "
". . ."
"Miss me baby?"
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
Hayran KurguCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...