12

218 15 0
                                    

"Kenapa kau ada de-dekat sini?" Suara Sohee terketar-ketar. Dia menapak ke belakang apabila Taehyung mendekatinya. Pintu yang cuba ditutup tadi terbuka semakin luas apabila ditolak oleh Taehyung.

Taehyung senyum sinis. Hujung lengan bajunya dilipat ke siku sambil tangannya didepa.  "Aku tahu kau rindu aku kan Sohee?" Taehyung semakin mendekati. Sohee sudah tak mampu ke belakang.

Dia terperangkap dengan dinding. Taehyung gembira melihat ketakutan dalam mata gadis itu. Dari cara tubuh Sohee menggeletar ketakutan, dia gembira.

Sohee memandang sekeliling, cuba mencari barang untuk mempertahankan diri. Pasu. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mendapatkan pasu itu.

Namun, Taehyung sudah memerhatikan tindak tanduk si gadis itu. Taehyung segera bertindak menahan tubuh gadis itu, memerangkap Sohee dengan kedua belah tangannya.

Wajahnya dirapatkan ke muka Sohee.

Deruan nafas Sohee yang turun naik menyapa kulit Taehyung. Dia semakin gembira.

"Kenapa kau makin cantik sayang?" Sohee meluat mendengar perkataan sayang dari mulut lelaki itu.

"Tae. .keluar lah. .aku dah kahwin, kau sedar tak?" Sohee cuba berlembut namun dia silap. Perkataan kahwin itu membuatkan Taehyung membara.

"Kau sedar tak kau tu patut kahwin dengan aku?! Bukan Jimin!"

Sejurus menamatkan ayatnya itu, Taehyung menumbuk dinding betul-betul di sebelah wajah Sohee. Nafas gadis itu terhenti. Setitik demi setitik air matanya tumpah.

Hati Taehyung mula berlembut. Gadis yang dia cinta menangis kerana dia. Jarinya menyentuh lembut wajah Sohee.

Sohee segera menepis sebelum menolak Taehyung ke lantai. Dia segera mendapatkan pasu yang diintai sejak tadi.

Taehyung muka bernafas berat. Dia tersenyum sinis memandang Sohee itu. "Sayang, jangan lah main kasar. Aku datang sini nak selamatkan kau dari Jimin. Aku tahu kau nakkan aku balik kan?" Kata Taehyung sambil membetulkan pakaian dia.

Sohee masih tidak berganjak. "Keluar! Keluar aku cakap! Keluar!" Jerit Sohee. Taehyung sudah tidak senyum lagi.

Mata dan wajahnya mula merah. Dia mengetap gigi memandang kedegilan perempuan itu.

Dia meluru tiba-tiba ke arah Sohee lalu membuang pasu di tangan perempuan itu. Sohee ditolak kasar ke dinding sebelum Taehyung mencekik gadis itu.

"Aku dah cakap kan jangan berkasar!"

Sohee cuba menolak tubuh lelaki itu. Dia hanya mampu membayangkan wajah suaminya itu.

"Ji-Jimin.  ."

Taehyung semakin geram mendengar nama itu keluar dari mulut Sohee. Dia menggigit bibirnya geram.

Sohee perasan akan bingkai gambar yang bergantung di dinding. Tangannya cepat-cepat mencapai bingkai gambarnya itu sebelum cuba memukul Taehyung. 

Namun reaksi refleks Taehyung lebih cepat. Dia sempat mengelak namun pipinya terkena sedikit bucu bingkai gambar itu. Cermin bingkai pecah berderai. Sohee mula ketakutan.

Dia melihat wajah suaminya pada gambar yang berderai itu. Jimin. . Taehyung mengelap darah yang mengalir di pipinya.

"Perempuan tak guna!"

Dengan sekali tamparan, Sohee jatuh ke lantai. Tak sedarkan diri.
Taehyung terkedu. "S-so-Sohee . ."Taehyung menyentuh pipi Sohee.

Dia mula panik. Pintu yang terbuka luas ditatap.

Maafkan aku. .

💓💓💓

"Maafkan oppa sayang," Jimin mengusap lembut tangan isterinya itu. Sebelah tangannya lagi bermain main dengan rambut Sohee yang semakin panjang.

Jungkook dan Yoongi memerhati dari jauh.

Kalau lah aku jumpa dia lebih awal, mesti aku yang ganti tempat Jimin.

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now