"Hello? Ada orang tak?,"
Yoongi mengetuk pintu rumah jirannya itu. Seketika kemudian, Sohee keluar. "Oh? Encik Yoongi,"Tegur Sohee. Yoongi tersenyum. Dia menghulurkan beg kertas kepada Sohee.
"Ini sweater awak semalam," Kata Yoongi sambil tersenyum. Pipi Sohee memerah kerana malu. "Oh, sorry. Sorry susahkan Encik," Sohee menundukkan badannya beberapa kali.
Yoongi ketawa kecil dengan telatah wanita itu. "Tak susahkan pun. . Satu lagi, jangan lah panggil saya encik. Macam stranger sangat , panggil saya oppa. . " Pinta Yoongi.
Wajah Sohee semakin merah. Selama ini , hanya Jimin sahaja yang dipanggil oppa. "Ah, haha okay." Dia bersetuju dengan cadangan Yoongi itu.
Yoongi menggaru belakang tengkuk nya. "Aaaa, saya pergi dulu ye? Nanti kita sembang lagi." Kata Yoongi sebelum meminta diri. Sohee mengangguk perlahan.
Dia melambai lelaki itu pergi.
Cantiknya dia . .
💜💛💚💙❤
"Oi!" Tegur Namjoon. Yoongi mengeluh. "Kau nak apa?" Tanya Yoongi dengan nada tidak berminat. Namjoon menarik kerusi di sebelahnya. "Aku dari tadi perhati kau duduk senyum sorang, kenapa? Dah ada calon ke?" Usik Namjoon.
Yoongi cuba menghalang senyumannya namun terkeluar jua. "Ah. .tak la . Aku teringat Holly dekat rumah," dia cuba berdalih. Namjoon mengangkat sebelah keningnya. "Betul ke?'' Percaya tidak percaya dia bertanya.
Yoongi cepat cepat mengangguk. "Okay, then. Macam mana rumah baru? Okay ke?" Namjoon menukar topik. Yoongi tersenyum lebar kerana teringatkan sesuatu.
"Oh memang terbaik lah rumah yang kau cari."
Namjoon pelik melihat perubahan sikap sahabatnya itu. "Kenapa kau macam gembira sangat hari ni?" Tanya Namjoon, rasa tak kena dengan 'kegembiraan' Yoongi yang semacam harini.
"Entah. . Aku. .cuma. .gembira.. aku pun tak tahu. ."
💟
"Hello?"
"Hey baby,''
". ."
"Haha jangan ingat kau boleh lari dari aku macam tu je. Kau jangan lupa, aku akan dapatkan kau walau macam mana pun."
🐧🐧
"Sohee? Jagi?" Jimin memanggil isterinya itu sebaik sahaja dia menjejak kaki ke dalam rumah. Pelik dengan keadaan rumah yang gelap dan sunyi. Moodnya yang sangat gembira ini dimatikan begitu sahaja.
Dia berkerut. Langsung tiada jawapan. Jantungnya berdebar.
"Entah entah dia lari"
"Tinggalkan aku?"
Pelbagai senario buruk bermain dalam kepalanya sekarang. Nafasnya mula memendek. Sisi gelap nya keluar sedikit demi sedikit .
"SOHEE!"
Nada suaranya mula mengeras. Dia semakin gelisah apabila langsung tidak dijawab oleh isterinya itu.
"So-"
Langkahnya mati. Nafasnya tenang semula. "O-oppa. ." Sohee berlari memeluk suaminya itu. Dia membenamkan wajahnya ke dada suaminya itu lalu mengeratkan pelukannya.
Nafasnya berubah rentak semula. Kali ini lebih tenang , tidak kencang seperti tadi. Dia dapat merasakan bajunya basah dek air mata isterinya itu. "Kenapa ni sayang? Awak kenapa?" Dia mengangkat dagu isterinya itu.
Sohee menatap mata suaminya itu dengan lama. Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Jimin melihat ketakutan dalam mata isterinya itu. Ketakutan yang suatu ketika dahulu dia benci melihatnya.
Takut.
Takut yang melampau.
Benci.
Kebencian.
"Taehyung. .?"
Benci untuk dia menyebut nama itu tapi terpaksa juga dia luahkan. Sohee tidak menjawab tapi dari riak wajahnya Jimin memperoleh jawapan. Nafasnya mula beralih kencang.
"Si tak guna tu? Apa yang dia buat dekat engkau ?"
Dia masih cuba mengawal kemarahannya. Sohee tidak menjawab. Fikirannya masih terbayang senario buruk yang telah berlaku kepadanya 5 tahun yang lalu. Dia turut menjadi panik. Ketakutan itu. Mula menguasai dirinya.
"Sayang. . pandang aku."
Jimin mendudukkan Sohee di atas katil sebelum melutut di hadapannya. Benci untuk dia melihat air mata gadis itu, benci lagi apabila mengetahui air mata itu tumpah kerana si keparat itu.
Jimin mengelus lembut pipi isterinya itu. "Dengar sini, bagi tahu aku, apa yang laki tu buat dekat engkau," Pinta Jimin secara halus. Dia menggosok lembut jari jemari Sohee, berharap agar Sohee turut dapat bertenang.
"Dia. . Datang lagi. ."
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanfictionCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...