2

560 21 2
                                    

Sohee segera menghidangkan makanan dengan pantas. Jam dikerling , sudah tepat 8 pagi. 

Tap! Tap!

Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar bunyi tapak kaki Jimin yang sedang menuruni tangga. Dia berdiri kaku di tepi meja,menanti kehadiran lelaki itu. Jimin memandang lauk di atas meja.

Seperti pagi-pagi yang lalu,dia akan menjamah dengan penuh selera. Sesekali dia memandang Sohee yang sedang berdiri tegak di sebelahnya.

"Suap aku."

Jimin menarik tangan Sohee lalu menyerahkan chopstick kepada gadis itu. Sohee menurut sahaja. Dengan penuh lemah lembut , Sohee menyuap lelaki di hadapan itu. Jimin menatap wajah Sohee yang tiada cacat cela itu.

Jarinya dengan sendiri menyentuh wajah gadis itu. Sohee berhenti bergerak. Dia membalas renungan yang dilemparkan oleh Jimin. Jantungnya berdegup kencang.

"Cantik. .kau memang cantik"

"Sebab tu kau milik aku! Kau faham tak!"

Dengan tiba-tiba Jimin mencengkam rahang Sohee menyebabkan mangkuk nasi di tangan gadis itu terjatuh ke lantai. Sohee memegang tangan Jimin yang mencengkam kuat wajahnya. Air matanya mengalir di pipi lalu jatuh di atas tangan jejaka itu.

"Fa-faham . ."

Suara serak gadis itu telah melembutkan hati Jimin. Jimin menarik semula tangannya dan mendapati bekas cengkamannya di rahang gadis itu. "Mianhei"

Dia menggosok pipi gadis itu. Sohee memejamkan matanya. Sakit yang tak mampu digambarkan. "Aku pergi kerja dulu. Mungkin aku balik lambat. Kau tidur dulu ya?" Jimin segera bangun sebelum mencium dahi gadis itu.

Seperti biasa , Sohee terus membuat kerja rumahnya. Menyapu,mengemas dan sebagainya. Begitulah hari-hari nya yang lain. Bosan .

"Wah. Segarnya udara."

Dia memejamkan matanya , menikmati udara segar di balkoni. Bukit bukau yang menghijau menenangkan hatinya. Bila aku akan bebas? Dia bukan lelaki yang aku kenal dulu. Pelbagai memori menerjah mindanya.

"Maafkan saya cik. Awak okay?"

Suara garau tiba-tiba muncul. Sohee memandang ke balkoni di sebelahnya. Seorang lelaki berambut hitam sedang memandangnya pelik.

"Sa-saya okay."

Sohee tersenyum kecil. "Oh baiklah. Saya Min Yoongi . Baru pindah sini." Jejaka itu tersenyum mesra. "Saya Sohee" Sohee membalas senyuman berserta anggukan. "By the way,awak tinggal seorang ke?" Tanya Yoongi.

Sohee menundukkan pandangannya. Jantungnya berdegup laju . "Saya tinggal dengan . . Suami saya." Perkataan suami itu diperlahankan. Yoongi kelihatan terkejut. "Oh,dah kahwin. Mudanya."Yoongi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Umur awak berapa? Nampak macam muda lagi." Tanya Yoongi.

"21" jawabnya ringkas. Sohee jadi tidak keruan apabila Yoongi asyik merenungnya.

"Mudanya awak ni. "Kata Yoongi. "Erm. Saya masuk dulu ya?"Pinta Sohee. Yoongi tersenyum sambil mengangguk. "Nice to meet you , Sohee." Kata Yoongi.

;;

Yoongi melihat seorang lelaki yang baru melintasi pintu rumahnya. Lelaki itu seperti mabuk,hati Yoongi bertambah tak senang apabila mendapati bahawa lelaki itu masuk ke rumah Sohee,wanita yang dia kenali petang tadi. Suami Sohee ke tu? Ish.

"Mana kau perempuan?! Kau patut sambut aku! Aku suami kau. ."Jimin melempar kotnya beserta beg kerjanya ke lantai. "Mana kau?!"tempik nya lagi. Sohee cepat-cepat ke ruang tamu dan mendapati Jimin sedang terbaring di atas sofa sambil mengomel sesuatu yang tidak difahami.

"Aaaa shit! Lambatlah kau ni!" Tengkingan Jimin kedengaran di seluruh rumah. Sohee diam tak terkutik sambil melutut di sebelahnya. Jimin memandang gadis itu. Rambut gadis itu ditarik.

"Ahhhh.  .  .tolonglah. .berhenti " rayu Sohee.

Jimin menarik gadis itu lebih dekat sebelum menciumnya kasar.Sohee hanya merelakannya. Dia tidak membalas atau melakukan apa-apa, sekadar membiar lelaki itu menciumnya.

Jimin melepaskan setelah kehabisan nafas. Dia merenung wajah Sohee yang polos itu. "Mari sini."Jimin menarik gadis itu untuk baring bersamanya di atas sofa. Sohee menurut sahaja. Tempat yang sempit menjadikan mereka begitu rapat.

Sohee terasa nafas Jimin di wajahnya. Tangan sasa lelaki itu memeluk erat tubuh Sohee yang kecil. Jarinya turut bermain dengan rambut gadis itu. Jimin mendekatkan bibirnya sekali lagi lalu mencium Sohee.

"Saranghae. ."

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now