4

388 19 14
                                    

"Encik ni suami dia ke?"

Yoongi segera berdiri. "Tak,kawan dia ja,"jelas Yoongi. Jururawat itu tersenyum malu,lelaki itu sangat tampan dengan rambut hitam nya yang berkilat. "Oh,doktor nak jumpa ya,"Kata wanita itu. Yoongi mengangguk sebelum masuk ke dalam bilik tersebut.

"Silakan duduk," pelawa doktor itu. "Jadi,Puan Sohee mengalami sesak nafas yang agak teruk tapi encik tak perlu risau. Dia dah okay dan boleh pulang malam ni juga. Tolong bagi dia berehat ya,"

Yoongi segera meninggalkan bilik itu sebelum masuk ke bilik Sohee. Gadis itu sedang nyenyak tidur di atas katil. Yoongi mendekatinya. "Sohee,bangun" dengan lembut dia menepuk bahu gadis itu. Perlahan-lahan dia membuka mata.

"Oppa? Mianhei oppa. Saya tak sengaja,"

Sohee memeluk erat Yoongi sambil menangis. Yoongi terkejut akan perbuatan gadis itu.

"Saya janji saya takkan balik lambat dah. Jom kita balik sekarang." Sohee segera menuruni katil itu sebelum mengheret Yoongi keluar bersamanya. Dia tidak sedar sama sekali bahawa lelaki itu bukan suaminya.

"Sohee!"

Suara itu mematikan langkah mereka berdua. Sohee dan Yoongi berpaling ke belakang, Jimin tegak berdiri di pintu dengan wajah yang bengis. Sohee memandang jari jemari yang dipegangnya.

Yoongi.

Dia segera menarik tangannya kembali sebelum berlari ke arah Jimin. "Oppa. ."dia memegang tangan Jimin. Dia langsung tak memandang suaminya itu, jantungnya berdegup kencang seiring dengan hormon adrenalin yang semakin bertambah.

"Siapa laki tu?" Nadanya mendatar sahaja.

"Saya Min Yoongi, jiran baru korang,"Yoongi segera memperkenalkan dirinya. Huluran tangannya dipandang sepi oleh Jimin.

Jimin memegang lengan isterinya dengan erat sebelum menarik wanita itu ke belakangnya. Cemburu mula menguasai dirinya.

"Aku Jimin , SUAMI Sohee,"

. .

"Oppa. .Awak nak makan?" Tanya Sohee. Jimin langsung tidak bercakap dengan sejak pulang dari hospital tadi. Jimin tidak mengendahkan panggilan isterinya itu. Di fikirannya masih terbayang kejadian di hospital tadi.

Hampir gila dibuatnya. Mahu saja dia menumbuk lelaki itu. Jantungnya berdetak kencang. Nafasnya menjadi tidak seimbang. Cemburunya makin menjadi jadi.

"Oppa? Dengar tak? "

Jimin mencengkam tangan isterinya itu dengan kuat sebelum menolak dia ke dinding. Sohee mengaduh kesakitan. Kekuatan lelaki itu memang menandingi kekuatannya sebagai wanita.

Jimin mencengkam rahang gadis itu membuatkan Sohee mendongak memandangnya.

"Kenapa kau curang dengan aku? Baik kau cakap cepat! Tak cukup ke apa yang aku bagi selama ni?"

Sohee cuba bercakap namun terhalang akibat cengkaman pada rahangnya. Dia cuba menolak suaminya itu namun tidak berdaya. "O-oppa. . ." Suaranya tersekat sekat. Kesakitan yang amat dirasai. "Kenapa kau curang dengan aku?! Kenapa?" Tengking nya lagi.

Sohee memejamkan matanya. Kepalanya terasa seperti berpusing. Dia cuba menolak lagi tubuh suaminya itu.

"Tolonglah. ."

Jimin bagaikan tersedar dari mimpi. Dia segera melepaskan isterinya itu. Sohee jatuh ke lantai. Jimin mula ketakutan. Kenapa dia bertindak sedemikian?  Kenapa dia jadi begini?

"Arghhh!"

Dia menjerit sekuat hati membuatkan Sohee terkejut. "Aku dah gila! Gila!" Jerit nya lagi. Jimin melilau ke sana ke sini. Dia memandang kedua belah tangannya. "Apa yang aku dah buat ni?" Dia semakin takut dengan dirinya sendiri.

"Oppa. . "Sohee memeluk Jimin dari belakang. Dia memeluk sekuat hati. Jimin tersentuh apabila mendengar esakan isterinya itu.

"Saya takkan pernah tinggalkan oppa. . "Dia semakin sebak. Dia tahu bahawa suaminya itu jadi begini bersebab. Jimin turut menangis.

"Kenapa awak setia dengan saya walaupun saya dah banyak kali buat awak macam ni? Kenapa?"

Sohee memusingkan suaminya itu. Dia memegang kedua belah pipi suaminya itu. Jarinya mengesat air mata yang mengalir di wajah suaminya itu.

"Sebab saya cintakan oppa. . Oppa tak pernah tinggalkan saya jadi saya takkan pernah tinggalkan oppa. "

Jimin menunduk ke lantai. Dia melihat kesan cengkamannya pada lengan isterinya. Hatinya tenggelam. "Walau apa pun terjadi,  saya tak akan pernah curang dengan oppa." Sohee menyambung.

"Percayalah saya"

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now