26

61 5 0
                                    

Jimin merenung wajah pucat isterinya yang dipenuhi dengan kesan air mata yang sudah kering. Sudah seminggu berlalu, keadaan Sohee tidak bertambah baik malah semakin teruk. Kadangkala  dia sendiri rasa hilang kawalan.

Apa yang terjadi pada isterinya ini berpunca daripada kesalahannya sendiri walaupun telah dinafikan oleh  Sohee berkali-kali.

Flashback

"Oppa. ." Sohee memeluk lengan suaminya itu sebelum merehatkan kepalanya di bahu Jimin. Panggilan itu disambut dengan 'hm' perlahan daripada Jimin. Jimin mencium kepala Sohee sebelum menarik isterinya itu lebih dekat ke tubuhnya.

Kedengaran nafas berat dihela dari Sohee.

"Awak jangan salahkan diri awak lagi," Pujuk Sohee. Jimin tidak membalas sebaliknya dia semakin mengeratkan pelukannya pada tubuh lemah Sohee. Jimin dapat rasakan isterinya itu sedang menangis.

Esakan kecil mula kedengaran. "Sayang, ni memang salah oppa. .Tak patut saya buat awak macam tu, saya tak waras tak boleh dijadikan sebagai alasan untuk cederakan awak," Jimin mula menangis.

Kejadian beberapa jam tadi masih segar di dalam ingatan.

"Kalau saya tak tolak awak tadi, kita tak akan kehilangan anak kita. Kalau saya tak cemburu kalau saya fikir dengan bai-"

"Tak! Oppa dengar sini! Ini semua salah Sohee!"

Jimin menggeleng. Dia tahu ini saat yang penuh dengan emosi tapi dia tak boleh biarkan isterinya tanggung segala kesalahannya. Pipi Sohee dipegang lalu dahi mereka dirapatkan bersama. Mereka berdua masih menangis. Biarkan semua kesedihan berlalu.

Jungkook yang sedang mendengar perbualan mereka berdua dari luar turut menangis. Ini saat yang paling menyedihkan dalam hidupnya. Dia tak mampu membantu kakak dan abang iparnya itu walaupun dia mahu.

"Sa-saya. . Jatuh tadi,"

Kedua lelaki itu tergamam. Semakin kuat tangisan wanita itu. Esakan gadis itu menghancurkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tangisan seorang ibu yang kehilangan anak akibat kesilapan sendiri.

Jimin membenamkan isterinya ke tubuhnya. Keinginannya untuk melindungi Sohee semakin bertambah dari biasa. "Shh sayang. Tak apa tak apa. Bawak bertenang dulu. Shh," Jimin mencium isterinya berkali-kali.

Dia menggosok belakang isterinya, usaha untuk memberi ketenangan kepada wanita itu. Ini masa yang sukar untuk mereka berdua. Beberapa minit kemudian isterinya itu mula bertenang.

Sohee mengangkat muka memandang Jimin. Mereka saling bertatapan. "Awak, janji jangan marah saya,okay?" Pinta Sohee seperti kanak-kanak. Jimin membalas dengan senyuman kecil sebelum mencium dahi isterinya itu. "Tak mungkin saya akan marah dengan awak," Kata Jimin.

"Sebenarnya. ." Bibir Sohee menggeletar. Jimin menggosok tangan isterinya. "Kalau awak tak sedia, tak perlu cerita," Kata Jimin. Sohee menggeleng. "Tak. Kalau saya tak cerita, oppa akan terus salahkan diri oppa," balas wanita itu.

"Sebelum saya pergi ke bilik Jungkook, saya ke tandas dulu. Dekat situlah saya jatuh. Ingatkan tak ada apa jadi saya jalan jelah,tapi memang ada rasa sakit sikit,"

Segalanya masuk akal sekarang.

End of flashback

"Hyung?" Panggil Jungkook dari sebalik pintu. Jimin tersedar semula dari lamunannya.

"Ada orang datang nak lawat noona," wajah Jungkook sukar dibaca ketika ini. Jimin mengangguk sahaja. Dia membetulkan selimut isterinya.

"Tapi. ."

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now