Noona
Noona
Noona
Suara itu semakin jelas. Sohee merasakan satu tepukan lembut di atas bahunya. Dia segera tersedar daripada lamunannya itu. Jungkook memegang bahu kakaknya itu sebelum mengambil tempat di sebelah Sohee.
"Kenapa ni? Muka noona pucat lesi. Noona sakit ke?" Tanya Jungkook dengan wajah yang penuh kerisauan. Sohee menggeleng. Dia menarik tangan Jungkook sebelum menyandar di bahu adiknya itu.
Tangan Jungkook dipegang kemas. Jungkook dapat merasakan sesuatu yang tak kena dengan kakaknya itu. Tangan Sohee sejuk mengalahkan ais.
Jungkook menyentuh dahi kakaknya itu. Sejuk. Dia turut perasan peluh yang turut membanjiri dahi Sohee. "Noona sakit lah. Jom pergi klinik," ajak Jungkook. Sohee menggeleng. Dia menarik adiknya untuk duduk semula.
"Noona okay je. Perlu rehat je ni, Kook jangan risau," Sohee cuba menenangkan adiknya itu. Dia memeluk tubuh Jungkook dengan erat. Dia ingin rasa selamat. Dia mahukan Jimin ketika ini.
Dia perlukan Jimin. Tapi suaminya itu tiada. Memori tentang mereka dahulu asyik berulang di dalam kepalanya. Dia jadi tidak senang duduk.
Jungkook menggosok belakang kakaknya itu. Dia tak tahu apa yang terjadi terhadap kakaknya itu tapi dia tahu dia tak boleh tinggalkan kakaknya itu sekarang.
Hinggalah Sohee tertidur dengan sendirinya. Jungkook mengangkat kakaknya ke bilik sebelum membaringkan gadis itu di atas katil dengan berhati-hati. Dahi Sohee dicium perlahan sebelum dia bergerak keluar.
Dia segera menelefon Jimin tetapi tidak diangkat. Mungkin sibuk kerja. Jadi dia mengambil keputusan untuk mesej Jimin sahaja.
Me
Hyung, aku rasa ada benda yang tak kena dengan noona. Seharian dia asyik termenung. Lepas tu badan dia sejuk semacam. Aku ajak dia pergi klinik tapi dia tak nak. Aku rasa baik hyung balik cepat sikit12:45 ✔✔
Jungkook merebahkan tubuhnya di atas sofa. Televisyen ditutup sebelum matanya dipejamkan rapat. Tanpa dia sedar, seorang sedang memerhatikan dia dari belakang pintu.
Taehyung berjalan dia berhati-hati ke arah Jungkook sebelum mencucuk leher Jungkook dengan dadah. Jungkook tersedar akan tindakan Taehyung itu. Dia cuba menarik Taehyung namun kepalanya semakin berpusing. Dia rebah ke lantai tak lama kemudian.
Taehyung tersenyum gembira dengan hasil kerjanya itu. Dia melihat tubuh Jungkook yang terkulai di atas lantai itu.
Dia berjalan ke bilik Sohee. Sepanjang perjalanan dia ke bilik, setiap gambar Sohee dan Jimin ditatap tajam. Dia merasakan badannya panas membara. Sohee milik dia.
Kakinya menjejak lantai bilik Sohee. Nafas ditarik dalam. Menghirup bau minyak wangi kegemaran gadis itu. Bau yang tidak asing baginya. Wangian kegemaran Sohee sejak dulu. Wangian yang paling dia suka.
Pintu dikunci. Tingkap dikatup rapat. Lampu ditutup kecuali lampu meja. Suasana yang malap ini lebih menaikkan nafsu binatang lelaki itu. Taehyung tersenyum semakin lebar melihat tubuh gadis itu terbaring lemah.
Itu yang dia suka. Dia suka melihat kelemahan orang lain. Dia suka melihat orang lain menggeletar ketakutan terhadap dirinya. Itulah Taehyung.
Butang bajunya dibuka perlahan sebelum dia mencampakkannya ke lantai. Nafasnya semakin tidak keruan. Dada Sohee yang turun naik itu ditatap lama. Selimut yang menutupi tubuh Sohee ditarik, menyerlahkan lagi susuk tubuh gadis itu.
Inilah masanya.
Masa untuk menjadikan Sohee miliknya semula.
Lampu ditutup.
Tangannya mula merangkul tubuh gadis itu. Sohee masih tidak sedar. Jarinya menjalar ke seluruh tubuh gadis itu. Leher gadis itu dicium berkali-kali hingga ke bahagian dada.
Sohee mula terjaga. Pandangannya yang gelap gelita menyebabkan dia tidak sedar akan kehadiran lelaki itu. Keadaannya yang tidak sihat juga tidak membantu.
"Oppa. .?" Panggil Sohee. Dia memegang wajah lelaki itu, menghentikan segala perbuatan Taehyung. Taehyung terkaku sebentar. Panggilan itu. Sudah lama tidak dengar keluar daripada mulut gadis itu. Dalam masa yang sama Taehyung juga risau yang Sohee akan sedar bahawa dia bukanlah Jimin.
"Lambatnya oppa balik, Sohee rindukan oppa. ."
Sohee memejamkan matanya semula. Tangannya dirangkul ke leher Taehyung. Dia ingatkan bahawa lelaki itu adalah suaminya. Kehangatan tubuh Taehyung membuatkan dia selesa.
Dan dia memang memerlukan pelukan daripada suaminya ini. Tapi dia tak sedar bahawa lelaki itu bukan lah Jimin. Taehyung perasan bahawa Sohee tidak sedar akan keadaan yang sebenar. Dia mahu menggunakan kesempatan ini.
Dia mencium leher gadis itu, rambutnya yang terkena di wajah Sohee membuatkan Sohee ketawa kegelian. Taehyung semakin gembira. Tangan Taehyung mula mengusap tubuh Sohee dengan perlahan lahan. Menikmati kelembutan kulit gadis itu.
Perlahan-lahan ciuman itu pergi ke tempat lain. Sohee membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh 'Jimin'. Tubuhnya rasa tidak selesa. Dia rasa seperti mahu muntah. Dia segera menolak lelaki itu. Taehyung terkedu. Dia fikir yang Sohee sudah perasan bahawa dia bukan Jimin.
Sohee berlari ke tandas dalam keadaan yang gelap. Mujurlah tandas dekat sahaja. Taehyung menarik nafas dalam. Dia segera keluar daripada rumah itu. Dia tahu dia akan ada peluang lain untuk menjadikan Sohee miliknya.
Cukup sahaja harini. Dia berpuas hati.
💐💐💐
Jimin berkerut melihat Jungkook yang terbaring di atas lantai itu. Dia segera menggoncang tubuh adik iparnya itu. "Weh, yang kau tidur atas lantai ni kenapa? Jungkook?" Lama masa yang diambil untuk lelaki muda itu sedar.
Jungkook memegang lehernya yang kesakitan akibat dicucuk. Kepalanya diurut perlahan. "Kau kenapa tidur atas lantai?" Sekali lagi Jimin mengulang soalannya. Jungkook melihat ke arah Jimin dengan mata yang besar dan mulut ternganga.
"Taehyung!" Jerit Jungkook. Jimin memandang pelik ke arah Jungkook. "Kau gila ke? Apahal sebut nama lelaki tak guna tu?!" Marah Jimin. Jungkook tidak mempedulikan abang iparnya itu. Dia segera berlari ke bilik Sohee.
"Noona!" Jerit Jungkook. Jantungnya berdebar. Dia takut sesuatu telah terjadi kepada kakaknya itu. Lampu dibuka. Sohee tiada di katil. Dia semakin tidak sedap hati. Jimin juga terkejut akan kehilangan isterinya itu.
Tiba-tiba pintu tandas terbuka. Sohee keluar dengan lemah. Memegang pintu sebagai support. Dia tersenyum melihat Jimin. Jimin segera memeluk isterinya itu. Jungkook terkedu. Apakah Taehyung tadi itu sekadar bayangan dia? Tak mungkin.
"Sohee!" Terkejut Jimin dan Jungkook apabila melihat Sohee terkulai dalam pelukan Jimin.
Jungkook mula syak sesuatu yang tak kena.
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanfictionCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...