Seokjin membuka pintu ward adiknya itu. Kelihatan adiknya itu sudah tidur lena di atas katil. Dia menarik nafas dalam, mungkin ayatnya tadi terlalu kasar. Dia tidak bermaksud kan sebagaimana yang dikatakan oleh Alia tadi.
Rambut adiknya diseka perlahan-lahan. Dia perasan akan kesan air mata yang sudah kering di pipi adiknya yang pucat lesi itu. Pipinya diusap halus oleh Seokjin.
💖💖💖💖
Alia membuka matanya apabila terasa tangannya kebas. Kelihatan abangnya sedang nyenyak tidur sambil memegang tangannya. Dia mengusap kepala Seokjin dengan kelembutan.
Tiba-tiba rasa loya menguasai dirinya. Segala isi perut terasa naik di tekaknya. Tanpa sedar, Seokjin turut terjaga akibat pergerakan adiknya itu.
"Ya? Okay tak?" Seokjin mula panik. Dia segera mengangkat adiknya itu lalu dibawa ke tandas. Segala isi perut Alia dikeluarkan. Wajah gadis itu langsung tidak berwarna. Bibirnya kering sebagaimana tekaknya turut kering dan perit.
Dia berpaut pada lengan abangnya dengan lemah.
"Maafkan . .Ya"
🌼🌼🌼🌼
Jimin menatap jam nya berkali-kali. Perbuatannya di perasan oleh semua stafnya. "Jadi mengikut data bulan lepas dan bulan ni profit kita meningkat melebihi target iaitu 40% kepada 80%. Semuanya hasil kerja sales manager baru kita, Min Yoongi, malangnya dia tak dapat join meeting kita harini,"
Jimin terfikir sejenak. Nama itu.
Oh, jiran baru.
Para staf terkejut apabila Jimin mula memberikan perhatian terhadap meeting mereka walhal sejak awal meeting hingga saat itu, ketua mereka itu nampak seperti tidak berminat langsung.
Min Yoongi.
Nama yang menarik perhatian Park Jimin. "Saya nak data Yoongi ni dihantar ke bilik saya nanti. By the way tahniah semua. Meeting dismissed," dengan itu Jimin terus keluar dari bilik mesyuarat.
Dia pergi terus ke keretanya sebelum memandu laju ke hospital. Dia tak mahu tinggalkan isterinya sendirian, takut didatangi orang GILA itu lagi.
Dia sempat berhenti di kedai bunga lalu membeli bunga kegemaran isterinya itu bersama coklat favourite nya.
Dia senyum sendiri apabila membayangkan reaksi Sohee nanti.
👑👑👑
"Doktor, tolonglah adik saya," Seokjin tidak mampu menahan sebaknya apabila melihat wajah pucat adiknya itu. Langsung tidak bermaya dan lemah gemalai. Kaku di atas katil bersama wayar yang berselirat.
Hoseok menarik nafas dalam. Dia menarik Seokjin keluar dan membawa Seokjin ke biliknya yang tidak jauh dari situ. "Duduk dulu," Kata Hoseok lalu menuangkan segelas air kepada Seokjin.
"Hyung, kau pun tahu kan betapa lama aku rawat Lia, apa pun jadi aku akan tolong Lia," Hoseok cuba memberi semangat kepada sahabatnya itu. Seokjin menarik nafas dalam.
Dia sudah hilang arah. Itulah satu-satunya adik dia. Dia tak mahu kehilangan adiknya itu. Dan dia juga tak sanggup melihat adiknya menanggung segala penderitaan yang dihadapinya sekarang.
Dari kecil dia sudah tahu yang adiknya memang memiliki imunisasi badan yang lemah. Oleh itu adiknya itu mudah sakit. Boleh dikatakan mereka lebih banyak berada di hospital berbanding rumah sendiri.
"Aku dah bincang dengan pakar, nanti kami akan arrange satu sesi rawatan untuk adik kau. Kau jangan risau," Pujuk Hoseok lagi. Seokjin mengangguk.
😻😻😻😻
Jungkook melihat Yoongi yang termenung seorang diri di sofa. Paparan di kaca televisyen langsung tidak menarik perhatian lelaki berambut hitam itu. Jungkook menepuk paha lelaki itu.
"Jauh termenung, ingat awek ke?"
Yoongi tergelak kecil. Awek? Tak mungkin. "Aih, senyum senyum ni, betul lah apa yang aku cakap ni? Mana awek hyung? Nak tengok!!!" Jungkook merengek.
Yoongi menarik telefon dari seluar poketnya lalu membuka galeri gambar. Gambar Holly ditayangkan.
Jungkook membuat muka. "Alah Hyungg ni." Rengek nya lagi.
"Kau ni, merepek lah. Aku tak jumpa lagi perempuan yang berjaya menambat hati aku tau?" Kata Yoongi. Jungkook menjongket keningnya.
"Tak jumpa ke pura-pura tak jumpa?"
"Hmm. . Ada tapi milik orang,"
"Noona ke?"
"Huh?
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
Fiksi PenggemarCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...