Sohee dan kaum wanita yang lain sedang sibuk memasak di dapur manakala kaum lelaki sedang rancak berbual di gazebo di halaman rumah keluarga Park.
"Betul ke kamu ni tak berisi Sohee? Omma tengok kamu ni macam berisi," Kata Puan Park sambil memotong sayur. Sohee mengangguk. "Rasanya tak lagi omma," balas Sohee. "Iyalah," Puan Park mengeluh. Ingatkan dugaan dia benar belaka.
Kerana wajah Sohee yang lebih chubby dari biasa dan wajahnya tampak berseri seperti orang mengandung. Mungkin perasaan dia sahaja. "Takpa lah kak, nanti adalah rezeki kita timang cucu," Pujuk Puan Jeon.
"Jimin macam mana dengan kamu? Dia ada pukul kamu lagi ke?" Soal Puan Park. Sohee berhenti menyumbat ayam dengan rempah dan herba. Mereka semua turut berhenti.
"Oppa dah boleh kawal sekarang, cuma kalau dia terlampau stress atau ada sesuatu yang boleh buat dia trigger macam pasal Tae, dia boleh hilang kawalan, tapi setakat ni oppa masih terkawal," Kata Sohee. Mereka saling mengangguk. "Baguslah kalau macam tu. Apa pun omma nak minta maaf bagi pihak Jimin. Omma harap kamu boleh bersabar dan terus sayangkan Jimin, ya" terpancar kesedihan di wajah Puan Park.
Sohee senyum dan angguk. "Mestilah. Saya takkan tinggalkan dia-" belum sempat Sohee menghabiskan ayatnya, suara Jimin mengganggu. "Tinggalkan siapa?" Jimin menjenguk di dapur dengan Jungkook.
"Tak ada apalah. Ni kamu berdua nak apa?" Soal Puan Jeon. Jimin dan Jungkook tersengih seperti kerang busuk. "Nak keluar ni, ada nak suruh kami belikan apa-apa?'' Tanya Jungkook. Jimin mendekati isterinya itu namun segera ditepis oleh Sohee.
''Apa ni busuknya oppa,"omel Sohee sambil menekup hidungnya dengan belakang tapak tangan. Jimin menarik muncung. "Omma, mama tengoklah dia kata Min busuk, selalu macam ni," adu Jimin. Mereka hanya ketawa. Puan Park mendekati Jimin.
"Tak busuk pun," Kata dia. Sohee menggeleng. "Busuk lah omma," Sohee tidak mahu mengalah. Bau Jimin memang memualkan dia sekarang. Jimin menjauh kan diri. "Iyalah. Orang keluar dulu, Bye babygirl, muah!" Jimin mengusik isterinya itu dengan cuba mencium pipi isterinya.
"Park Jimin!"
💕💕💕
KFC
"Penat lah tunggu nugget kfc hyung ni,tak habis-habis nugget kfc. Kalah orang mengandung" Jungkook merungut untuk kali ke berapa ntahla. "Alah kau ni. Hyung dah janji kan nak lanje apa je kau nak, dah jangan bebel dah, noona kau yang perempuan tu pun takde membebel macam kau ni," balas Jimin.
Tiba-tiba satu tangan memegang lengan Jimin. "Jimin-ah! Jungkookie," wanita tua jelas kelihatan ceria apabila bertemu mereka berdua. Jungkook yang baru sedar akan wanita itu segera memeluk dia. "Ibu Kim," ujar Jungkook seraya memeluk Puan Kim.
Jimin tergamam. Jantungnya berdegup kencang. Dia mula rasa tidak sedap hati.
Matanya menangkap kelibat lelaki itu.
Mereka saling berpandangan.
Shit
🎈🎈🎈
Sohee mengeluh untuk kali ke berapa. Dia tak tahu apa yang terjadi pada suaminya sejak pulang dari kfc tadi. Dia hanya menjawab sepatah atau langsung tidak menjawab. Mood swing suami nya datang lagi, mungkin.
Suaminya sudah tidur tetapi dia tidak boleh. Mungkin dia patut pergi bertanya pada Jungkook. Dia segera keluar menuju ke bilik Jungkook. Pintu diketuk. Setelah dua ketukan, pintu dibuka. Dia disambut oleh Yoongi yang jelas jelas baru tersedar dari tidurnya.
"Eh oppa. . Maaflah ganggu malam buta macam ni," rasa bersalah mula menyelubungi Sohee. Yoongi cuba untuk beriak biasa. Dia sungguh malu kerana keluar dengan serabai sebegini di hadapan Sohee.
"Tak apa, cari Kook ke?" Tanya Yoongi. Laju Sohee mengangguk. "Oh, Kook ada dekat bilik Hoseok tadi, dia tak balik bilik lagi,"jelas Yoongi. Bibir Sohee mula membentuk huruf '0'. Wajahnya terpancar kesedihan dan kekecewaan.
"Tak apalah kalau macam tu. Esok jelah, maaf ganggu. Oppa sambung lah tidur ya," satu senyuman dihadiahkan kepada Yoongi. Yoongi hampir pengsan di situ. Sohee melambai sebelum berlalu pergi. Dia segera turun ke dapur. Tekaknya terasa dahaga.
Dia duduk termenung di kaunter dapur sambil meneguk rakus air mineral sejuk yang baru diambil dari peti. "Slow slow minum, nanti tersedak," Tegur Yoongi yang baru turun dari biliknya. Sohee menggaru belakang lehernya sambil tersenyum malu pada lelaki itu.
Yoongi turut meneguk segelas air masak. "Maaf buat oppa terjaga," Sohee menundukkan badannya beberapa kali. Yoongi ketawa kecil. "Tak apa. Kejap lagi oppa tidur lah balik," Kata Yoongi seolah tiada apa. Walhal dia paling benci sesiapa sahaja mengganggu waktu tidurnya.
"Awak okay ke? Macam kecewa sangat je tak dapat jumpa Kook," Yoongi cuba membuka topik. Sohee mengangguk sahaja. "Okay sahaja cuma rasa tak senang hati sikit malam ni," luah Sohee. "Mesti pasal Jimin kan? Kook ada cerita tadi, mereka terjumpa Taehyung dekat kfc tadi," Kata-kata Yoongi membuatkan Sohee terkejut.
"T-taehyung?" Peluh sejuk mula membanjiri wanita itu. Yoongi perasan akan perubahan wajah wanita itu. Tanpa sedar, Yoongi menggosok kepala Sohee, lebih kepada tindakan refleks untuk menenangkan seseorang. Tanpa mereka sangka Jimin turut berada di situ.
''Itu isteri aku lah sial!"
Yoongi tersungkur di lantai apabila ditumbuk oleh Jimin. Sohee menjerit kecil kerana terkejut. Dia memandang Jimin yang sudah bertukar kepada orang lain. Matanya merah, nafasnya naik turun dengan laju. Dia terus menyerang Yoongi di lantai. Langsung tidak menghiraukan rayuan Sohee untuk berhenti.
Dia melepaskan Yoongi yang hampir separuh mati dikerjakan. Dia memandang isterinya seperti singa yang menunggu mangsanya.
Sohee ditolak ke kaunter dapur dengan kasar. Sohee mengaduh tetapi kesakitan itu tidak dapat menandingi ketakutannya sekarang. Dia cuba untuk tidak melarikan diri daripada Jimin.
Dia memegang tangan Jimin namun ditepis kasar. Jimin menolak wanita itu ke dinding. Leher Sohee dicekik. Sohee sedaya upaya melepaskan dirinya namun tidak berjaya. Yoongi cuba bangun sebelum menolak badannya ke arah Jimin.
Dia menarik Jimin sekuat hati. Dan dia berjaya. Mereka berdua rebah ke lantai. Sohee menarik nafas kasar. Lehernya rasa seperti terbakar. Seluruh badannya rasa sakit sekarang. Suasana bising itu menarik perhatian warga rumah yang lain. Mereka semua mula berkumpul di dapur.
Hoseok dan Jungkook mula sedar akan apa yang terjadi. Jungkook memeluk Jimin dengan kuat, menahan Jimin daripada melakukan serangan. Encik Park turut membantu Jungkook memegang anaknya. Berkali kali dia menyuruh Jimin untuk bertenang. Hoseok mula berlari ke biliknya untuk mengambil beg bimbitnya. Namjoon dan Seokjin mengangkat Yoongi yang sudah separuh mati itu.
Alia dan Puan Park berlari mendapatkan Sohee. Alia menjerit apabila Sohee jatuh dalam pelukannya. Wajah pucat, peluh membanjiri tubuh gadis itu.
"Sakit. . "
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanfictionCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...