13

213 16 0
                                    

"Oppa. .?" Sohee memanggil suaminya yang sedang nyenyak tidur di sofa. Tekaknya terasa kering. Pandangan agak kabur.

Perlahan-lahan dia bergerak lalu mengambil air kosong di meja. Namun pegangannya yang lemah menyebabkan gelas itu jatuh dan pecah di lantai.

Yoongi yang baru kebetulan masuk untuk menjenguk gadis itu segera membantu Sohee. "Eh,jangan gerak. Oppa kemaskan," Yoongi menghalang Sohee daripada turun daripada katil.

Sohee memegang kepalanya yang masih berdenyut. "Awak nak air ya? Ni minum," Yoongi menghulurkan sebotol air mineral yang sudah dibuka penutup kepada Sohee itu.

"Sayang?"

Jimin segera memeluk isterinya menyebabkan air di dalam botol itu tumpah sedikit. Sohee ketawa sebelum memeluk suaminya itu. Jimin mengeratkan pelukannya lagi.

Wajah Sohee dihujani dengan ciuman dari suaminya itu. Yoongi hanya melihat mereka berdua dengan sayu. Itu kan isteri dia, memang lah dia layak buat macam tu.

Yoongi mengeluh sebelum keluar daripada wad itu. Jungkook yang sedang nyenyak tidur di luar itu dipandang saja. Yoongi berjalan ke Cafe.

Setin nescafe dicapai sebelum dibayar. Dia duduk termenung di sebuah kerusi batu di luar cafe. Angin malam yang dingin menyapa kulitnya berkali-kali.

"Guess who?" Tiba-tiba pandangan Yoongi menjadi gelap. Seseorang telah menutup matanya. Yoongi tidak membalas sebaliknya dia menarik tangan perempuan misteri itu.

"Alah, tak cool la -"

"Omo! So-sorry. .Sa-Salah orang la pulak," gadis itu menundukkan badannya berkali-kali. Wajahnya yang pucat jadi semakin pucat.

Yoongi melepaskan tangan gadis itu sebelum pandang ke hadapan semula. Air nescafe sejuk itu dihirup semula.

Gadis itu melihat pelik ke arah lelaki itu. "Bro. Okay ke? Macam baru putus cinta je, " Tegurnya.

Yoongi ketawa kecil sebelum mengambil lagi satu hirupan dari tin itu sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

"Putus cinta tak teruk macam salah cinta orang," balas Yoongi.

Gadis itu berkerut. "Boleh pulak eh salah cinta orang?" Balasnya semula.

"Mungkin aku yang salah faham dengan perasaan ni," jawap Yoongi dengan perlahan. Tongkat di tangan kanan gadis itu digerakkan ke hadapan sebelum dia mengambil tempat di sebelah Yoongi.

"Saya tak pernah bercinta. Oppa cakap sebab saya selalu sangat sakit, hospital ni macam rumah kedua saya dah. Tapi sebenarnya saya rasa sebab saya tak cantik kut," Kata gadis itu.

Yoongi menarik nafas dengan dalam. "Aku pun. Jumpa orang yang aku betul-betul suka selepas 25 tahun untuk kali pertama tapi sayangnya aku silap. Banyak-banyak orang aku suka dia juga. Dia cintakan orang lain. Bodohnya aku,"

Mereka berdua berdiam diri. Seolah-olah, diam itu lebih nikmat berbanding berbicara. Angin sejuk menyapa mereka berdua.

"Alia! Mana pulak hilang budak ni?" Suara yang begitu dikenali oleh mereka berdua.

"Jin oppa?"

"Seokjin hyung? "

🔥🔥🔥

"Kan dah cakap jangan merayau tanpa oppa. Boleh je jalan pagi nanti. Malam-malam ni angin tu sejuk. Bahaya. Nanti sakit lagi. Penat lah oppa macam ni," marah Seokjin. Alia memandang abangnya itu dengan mata yang berkaca.

Yoongi hanya senyap di tepi.  Memerhatikan dua beradik itu.

"Kalau Ya ni menyusahkan sangat, oppa pergi jelah balik rumah. Ya tak pernah suruh oppa jaga Ya, Ya tau yang Ya ni cuma menyusahkan oppa dan mama papa" balas Alia sebelum berjalan pergi dari situ.

Seokjin tercengang. Dia menepuk dahinya berkali-kali. Dia langsung tak bermaksud kan begitu. Dia sedar yang Yoongi sedang melihat dia. "Yah Yoongi. Lama tak jumpa!" Seokjin memeluk tubuh Yoongi yang lebih kecil darinya itu.

"Yeah.  Lama tak jumpa," Yoongi menepuk belakang Seokjin. "Jadi itulah adik hyung selama ni," Kata Yoongi.  Seokjin mengangguk. "Pergilah pujuk dia. Kesian budak tu," Kata Yoongi lagi.

"Oi Yoongi hyung, Seokjin hyung!" Jungkook dari jauh berlari ke arah mereka.

"Budak mat Salleh pun ada kat sini,"

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now