Sohee tersenyum apabila mendengar pintu rumahnya dibuka. Akhirnya kebosanan dia termati juga. Jimin masuk dengan laju tanpa menyapa isterinya itu membuatkan wanita itu terkelu sebentar.
"Awak. ." Sohee membuntuti suaminya itu. Jimin tidak mempedulikan isterinya malah dia melajukan pergerakan. Sohee setia mengejar suaminya hingga ke dalam bilik. Jimin sedang sibuk menyalin pakaian tanpa mempedulikan isterinya di pintu.
"Oppa, saya dah siapkan makanan dekat bawah, nanti turun tau," Kata Sohee. Jimin mengangguk sahaja tanpa memandang isterinya itu. Hati wanita itu terusik.
"Dia penat tu, takpa Sohee mesti dia okay lepas makan," Sohee cuba memujuk hatinya itu. Dia segera turun ke bawah untuk memanaskan lauk yang sudah sejuk.
Seketika kemudian, derapan tapak kaki Jimin berbunyi menandakan kehadiran lelaki itu. Sohee tersenyum menanti di meja. Gembira di hati yang tak dapat digambarkan setelah suaminya pergi kursus kerja di Busan selama 2 minggu.
"Ni saya dah belikan nugget kfc yang oppa nak makan sangat haritu," ceria sahaja nada gadis itu. Jimin langsung tidak memandang isterinya itu. Doa mengambil seketul sebelum mengunyah nya.
Nasi dan lauk diambil dan dimakan dengan perlahan. Sohee bermain dengan jarinya. "Em, macam mana dengan kerja? Okay?" Tanya Sohee. Jimin tidak menjawab membuatkan hati Sohee membara.
"Oppa? Awak okay?"Sohee memegang tangan suaminya itu namun ditepis oleh Jimin. Jelingan tajam diberikan kepada isterinya itu. "Kau faham tak aku balik ni aku penat, aku nak rehat! Penat lah aku nak layan kau ni! Nak makan pun tak senang lah"
Sohee terdiam seketika, matanya mula bergenang dengan air mata. "S-saya tanya ja. . Saya tengok oppa macam tak okay je," Jimin langsung tidak peduli keadaan isterinya ketika ini. Dirinya yang satu lagi muncul setelah sekian lama tidak muncul. Dirinya yang berada dalam episod di mana dia tak mampu berfikiran waras lagi.
Jimin menghempas mangkuk nasi di tangannya sebelum bergerak mendekati isterinya itu. Sohee pantas bangun bagi mengelak suaminya itu. Namun dia tidak sempat menandingi ketangkasan Jimin. Lengan gadis itu dicengkam.
Sohee ditolak ke dinding dapur sebelum diperangkap dengan kedua tangan Jimin. Jantungnya berdegup kencang. "Kau tahu kan aku tak suka orang menjawab?!" Tengking Jimin.
Sohee menarik nafas dalam. Cuba bertenang dalam situasi normal ini. Situasi bila mana suaminya itu tidak mengambil ubat yang telah di preskripsi untuknya. Sohee mengangguk. "Awak. . Awak dah makan ubat awak?" Sohee bertanya dengan lembut.
Lengan suaminya itu digosok perlahan. Berharap ketegangan yang dialami Jimin ketika ini dapat berkurangan. Perlahan-lahan corak pernafasan Jimin berubah. Lelaki itu mula bernafas perlahan, tidak selaju tadi. Sentuhan daripada isterinya itu menyentuh jiwanya. Dirinya sudah kembali kepada Jimin yang lebih lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang, bukan Jimin yang penuh dengan kemarahan.
"Tak apa, tak apa. Saya ada di sini untuk awak," Perlahan-lahan Sohee menarik Jimin ke dalam pelukannya. Jimin akhirnya bertenang. Dia mula membalas pelukan isterinya itu.
Dagunya direhatkan di kepala Sohee, menikmati bau syampu rambut yang sentiasa digunakan oleh isterinya itu. Tubuhnya yang lemah itu berpaut pada Sohee. "Jom duduk dulu," Sohee menarik Jimin untuk duduk di kerusi. Kepalanya terasa berat ketika ini.
Sohee menghulurkan segelas air kosong bersama dua biji pil putih. "Terima kasih,"Ucap Jimin sebelum menelan kedua pil tersebut. Jimin bersandar lemah pada kerusi tersebut.
Tiba-tiba dia dapat merasakan jari jemari kecil mengurut lembut kepalanya. Sohee sedang memicit kepala suaminya itu. Jimin menarik tangan isterinya lalu membawa mereka berdua ke bilik tidur.
Jimin menarik Sohee untuk baring di sebelahnya. "Sayang, oppa minta maaf sebab tadi,"Jimin mencium dahi isterinya itu. Jimin mengusap lembut pipi isterinya itu. "Kenapa oppa tak makan ubat?" Tanya Sohee.
"Sibuk sangat dengan meeting, nak jumpa client, nak tengok tempat semua. Kalau awak ada dekat sana mesti saya tak lupa," Jimin mencubit manja pipi isterinya itu.
Sohee pula mencium pipi suaminya. "Tak apa, lain kali saya pastikan oppa tak lupa. Dahlah. Oppa tidur dulu, Sohee nak kemas makanan dekat bawah," dengan lembut rambut Jimin diseka sebelum dia bangun untuk berkemas.
Jimin menarik nafas dalam. Dia memerhatikan hingga Sohee pergi. Hatinya terasa sakit sekejap. Bukan kerana Sohee tapi. .
Maafkan oppa sayang, tapi tadi oppa terjumpa . . Tae.
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanfictionCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...