28

30 2 0
                                    

"Sayang kenapa senyap sangat ni?" Soal Jimin. Sohee tidak jawab sebaliknya dia terus menatap ke luar tingkap kereta. Esakan kecil kedengaran. Jimin mula panik. "Song Sohee? Kenapa ni?" Jimin menggunakan tangannya yang kosong untuk memegang tangan Sohee.

Sohee menggenggam erat tangan suaminya itu. "Saya minta maaf sebab makan udang tempura awak..." Kata Sohee sambil teresak-esak. Dia tak tahu kenapa tapi perasaan takut campur rasa bersalah menyelubungi dirinya sejak tadi.

Dia takut dipukul suaminya itu. Dia takut ditinggalkan suaminya hanya kerana cemburunya itu. Dia takut. Dia tak tenang.

Jimin ketawa terbahak-bahak. Dia menggosok kepala isterinya itu. "Lepas ni kalau awak ambil satu pinggan makanan saya pun tak apa. Saya tak kisah lah,"Pujuk Jimin. Sohee memandang wajah suaminya itu. Cuba mencari keikhlasan di wajah suaminya itu.

Tanpa dia sedar, dia merenung wajah suaminya itu agak lama membuatkan Jimin ketawa lagi. Lampu isyarat bertukar merah.

Jimin menarik belakang lehernya isterinya sebelum memberi satu ciuman di bibir isterinya itu. Dia menekup pipi Sohee lalu merenungnya kembali. "Comel," Jimin mencuit hidung isterinya sebelum kembali fokus pada pemanduannya.

Sohee tersenyum bahagia.

☁☁☁☁

"Kau tak payah lah sibuk nak mengurat abang aku, dia dah cukup bahagia dengan noona," Kata Jungkook. Dia langsung tidak memandang wanita di sebelahnya. Tadi, Yura cuba untuk meminta Jimin menghantarnya pulang ke rumah, mood kakaknya terus berubah.

Jadi biarlah dia yang menghantar wanita itu. Yura mengeluh sebelum menyandar di kerusi kereta. Dia tahu perbuatan nya salah tapi dia tidak mahu berputus asa. Perasaannya terhadap Jimin masih sama dan tak pernah berubah.  Tak sangka Jimin sudah dimiliki.

"Apa jadi dengan Sohee dan Taehyung? Sebelum aku sambung study, bukan ke dia dah bertun-"

"Dah putus. Tu je kau perlu tahu," balas Jungkook. Mereka dua kembali berdiam diri. Hanya lagu yang menjadi latar belakang mereka. Tak lama kemudian, mereka tiba di kondominium milik wanita itu. Jungkook tidak mahu menjadi lelaki yang tidak berguna jadi dia menawarkan diri untuk menghantar gadis itu sampai ke rumah.

Sejak dua menjadi ini, kes rompakan dan pembunuhan wanita bujang semakin berleluasa dan penjenayah tersebut masih bebas. Yura menerima sahaja tawaran itu. Bukan tawaran yang teruk baginya.

"Jadi, kau balik sini..dah ada kerja ke? Takkan kau nak menganggur kan?" Jungkook cuba menamatkan kesepian antara mereka. "Hm, aku ada dapat jawatan di Hospital Hannam as lab technician so okay lah as starter," balas gadis itu.

"Oh, okay lah tu. Goodluck kerja. Boleh lah aku lawat kau sekali sekala," Usik Jungkook. Yura ketawa kecil sahaja.

"Ni rumah aku. Terima kasih hantarkan," Yura menundukkan badannya sedikit. "Ish, terima kasih je? Tak nak jemput aku masuk ke? Bagi air ke?" Sekali lagi Jungkook mengusik gadis itu. Wajah gadis itu terlukis dengan senyuman yang membuatkan Jungkook tergamam sebentar.

Dia tak pernah melihat wajah gadis itu tanpa perasaan meluat jadi sekarang apabila tiada perasaan itu, dia sedar sesuatu. Gadis itu sebenarnya cantik, lebih cantik kalau dia tidak menggoda abang iparnya.

"Tak adalah. Aku saja mengusik, meh telefon," pinta Jungkook. Gadis itu serahkan sahaja. Jungkook tangkas menaip nombornya. "Ni nombor aku. Apa apa jangan kacau abang dengan kakak aku. Kacau je aku, aku still single," Jungkook menjongket kan keningnya sebelum berlalu pergi.

Kali ini....

Yura pula yang terkesima.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now