Kepala Hoseok sesekali mengangguk atau menggeleng. Wajahnya kekal serius sambil mendengar dan membaca laporan yang ditulis oleh doktor lelaki itu. Dia mengerling ke arah Sohee dan yang lain. Hatinya sayu melihat senyuman di wajah wanita itu.
Sohee sememangnya seorang wanita yang begitu tabah. Walau bagaimanapun dia tak tahu jika Sohee mampu menerima berita ini. "Kalau macam tu, boleh saya terangkan pada Puan Song atau Doktor Jung nak terangkan sendiri?" Soal doktor bernama Daehyun itu. Hoseok berfikir sejenak.
"Tak apa, saya rasa saya boleh terangkan dekat adik saya tu,"Daehyun menerima keputusan itu, dia tidak kisah kerana Hoseok juga seorang doktor. Mungkin pesakitnya itu akan menerima dengan baik jika diberitahu oleh Hoseok.
"Macam mana Hobi? Sohee okay ke?" Seokjin menyerbu Hoseok sebaik sahaja Hoseok menjejak kakinya ke dalam wad persendirian itu. Semua mata memandang ke arah Hoseok. Tika ini, Hoseok hanya mampu memandang Sohee dengan simpati.
Dia mendekati gadis itu.
"Hyung nak Jimin dan Sohee dengar dan terima apa yang hyung akan beritahu kejap lagi," Kata Hoseok. Jimin menggenggam tangan isterinya dengan erat. Sebelah lagi tangannya memeluk bahu Sohee. Dia mencium dahi isterinya itu berkali-kali.
"Berdasarkan laporan di sini, Sohee mengandung 15 minggu, dah lebih 3 bulan. ."
Berita itu membuatkan mereka semua menjerit kegembiraan. Sohee memeluk suaminya dengan erat. Berita itu terlalu menggembirakan hatinya. Sudah lama dia inginkan anak. Hoseok tidak sampai hati untuk memberitahu hal yang sebenar kepada pasangan itu.
"Tapi. ."
"Sohee keguguran akibat trauma fizikal . . Atau kita panggil sebagai kecederaan fizikal. ." Pada tahap ini Hoseok langsung tak mampu memandang wajah pasangan itu. Seluruh kegembiraan mereka termati begitu sahaja.
"Kami syak ada kecederaan pada plasenta Sohee," Ucap Hoseok. Tangan Jimin menggeletar. Dia tahu ini semua salahnya. Dia segera melepaskan dirinya daripada Sohee membuatkan semua orang dalam bilik itu terkejut. Jimin memandang sayu ke arah isterinya itu.
Air mata Sohee. Dia mahu memujuk isterinya tapi dia tak mampu. Dia benci akan dirinya sekarang. "Oppa. ."Panggil Sohee. Dia mahukan suaminya ketika ini. Dia mahu belaian dan pujukan dari Jimin tetapi lelaki itu menjauh. "Hyung?" Panggil Jungkook. Tangan Jungkook ditepis.
Nafas Jimin ketika ini semakin kencang. Dia panik. Dia tak mahu memandang atau mendengar suara isterinya itu. Dia tak mahu.
Dia segera keluar dari bilik itu. Sohee terus menangis teresak-esak,Alia memeluk tubuhnya yang lemah itu. Dia tak mampu bernafas ketika ini. Langsung tak mampu. Anaknya. Suaminya.
Jungkook mengejar abang iparnya itu. Jimin berhenti di belakang bangunan hospital itu. Dia memandang tangannya berkali-kali. Dia menampar pipinya berkali-kali. Air matanya mengalir laju ketika ini.
Anaknya yang tidak bersalah.
Isterinya juga.
Kau memang tak guna, Jimin! Kau dah bunuh anak kau sendiri! Kau tak guna! Kau tak gun-
Dia berhenti sebaik sahaja seseorang memegang tangannya itu. Jungkook.
Jimin berkerut memandang lelaki itu. Jungkook bercangkung di hadapannya. "Apa kau tengah buat ni, Park Jimin?" Soal Jungkook. Jimin menggeleng. Dia hampir menampar wajahnya semula namun sempat dihalang oleh Jungkook. Pegangan Jungkook pada pergelangan tangan Jimin semakin kuat. Dia menarik lelaki itu untuk bangun.
Tangannya beralih ke kedua bahu Jimin. "Kenapa kau macam ni hyung?! Kenapa kau lemah macam ni?!" Marah Jungkook. Air mata turut jatuh di pipinya. Perasaannya ketika ini bercampur baur. Sedih, marah dan kecewa.
Jimin tidak memandang langsung ke muka Jungkook. Tubuh Jimin digoncang kuat. "Kalau kau lemah macam ni, siapa nak jaga noona?!" Tengking nya lagi. Jimin semakin kecewa. Dia kecewa dengan dirinya ketika ini.
"Hyung!" Panggil Jungkook. "Dengar sini! Ini terjadi bukan salah sesiapa. Bukan hyung bukan noona. Ini takdir. Hyung kena terima bukan salahkan diri hyung atas takdir ni. Kalau hyung macam ni, bayangkan perasaan noona. Dia baru hilang anak yang dia sendiri tak sedar wujudnya dan sekarang apa suami dia tengah buat? Tinggalkan dia macam tu je?" Suara Jungkook menurun seoktaf demi seoktaf.
Jimin tidak membalas sepatah pun.
Jungkook mengeluh berat. "Hyung tenangkan lah diri dulu," Jungkook memberi satu pelukan sebelum kembali semula ke wad kakaknya. Jimin membenamkan wajahnya di lututnya. Dia menangis sepuas hati. Biarlah apa orang nak kata.
Dia juga manusia, punya perasaan. Di dunia ini tidak wujud peraturan bahawa seorang lelaki tidak boleh menangis. Kini dia mahu menghabiskan semua beban yang ditanggung dalam jiwanya.
🌼🌼🌼
"Noona, Kook pergi beli air sekejap ya," pinta Jungkook. Sohee tersenyum lemah bersama anggukan kecil. Dia masih menanti suaminya itu. Dia tahu bahawa Jimin pasti menyalahkan dirinya sendiri. Tapi Jimin perlu tahu sesuatu.
Dan dia mahu suaminya itu tahu.
Alia dan Seokjin sudah pulang bersama Hoseok. Persekitaran hospital yang sejuk dan terdedah dengan pelbagai penyakit mendatangkan banyak risiko pada kesihatan Alia. Hoseok pulang untuk merawat Yoongi di rumah.
Jungkook sahaja yang menemaninya sekarang. Sohee sudah penat menangis. Dia kecewa, kalaulah dia tahu akan kewujudan anak kecil itu, pasti dia akan berhati-hati dalam segalanya. Kalau. .
Tangannya mengusap perlahan perutnya. Dia baru sedar akan keadaan perutnya itu. Lebih besar berbanding biasa tetapi tidak terlalu ketara. Dia juga tidak sangka bahawa dia mengandung kerana dalam tempoh 3 bulan sebelum ini dia pernah datang haid atau sebenarnya pendarahan menurut apa yang dijelaskan oleh Hoseok.
Itu bukan haid. Itu pendarahan, boleh terjadi semasa 3 bulan pertama. Patutlah tempoh haid itu singkat. Maafkan omma sayang, omma tak tahu kewujudan kamu sendiri.
Tiba-tiba satu tangan menyentuh tangannya di perut itu. Dia segera memandang wajah itu. Matanya mula berair semula.
"Sayang. ."

YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanfictionCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...