22

78 12 0
                                    

"Sayang? Awak dah siap ke belum?" Jimin menjerit daripada ruang tamu. Jam Rolex di tangan di kerling, lagi setengah jam akan bermula majlis hari jadi Seokjin. "Kejap kejap,"Sohee segera menutup pintu bilik, subang sebelah kanan masih belum dipakai. Dia bergegas turun, tak mahu dimarah oleh suaminya itu.

Jimin hanya ketawa melihat isterinya itu. "Sini, relaks lah saya tak gigit pun,"Usik Jimin. Sohee menarik nafas lega. Dia cuma takut suaminya itu berubah perangai tiba-tiba. "Meh saya tolong betulkan rambut awak tu," Jimin menarik isterinya untuk berdiri di hadapannya.

Rambut isterinya itu dipintal dengan kemas sebelum diselit ke rambut lain. Aroma syampu dan minyak wangi Sohee yang bercampur itu membuatkan dia terbuai sebentar.

"Dah ke?"Pertanyaan Sohee membuatkan Jimin tersedar daripada dunia khayalan. "Dah," Jimin tersenyum sebelum memusingkan tubuh isterinya itu. Sohee memandang suaminya yang ralit menatap wajahnya itu.

Jimin mengusap pipi isterinya itu sebelum mencium dahinya. "Awak cantik sangat malam ni, kalau bukan sebab majlis Seokjin hyung, awak tak keluar malam ni," Kata Jimin dengan senyum gatal. Sohee ketawa kecil sebelum menutup wajahnya.

Malu apabila diusik suaminya itu. "Comel budak ni, jomlah nanti lambat pula," Jimin membawa isterinya keluar.

🎈🎈

"Unnie cantik datang lah," Alia menerpa Sohee lalu memeluk tubuh wanita itu dengan erat. Tinggi mereka lebih kurang sama. "Terima kasih datang Jimin-ah, " Seokjin menyambut pasangan itu di pintu.

"Mestilah datang, birthday kawan aku kan? Ni hadiah daripada aku dan Sohee," Jimin memberi isyarat kepada Sohee untuk menyerahkan hadiah itu kepada Seokjin. Seokjin senyum dengan lebar nelihat bungkusan berwarna merah jambu bercorak kartun Mario itu.

"Jom pergi sana, lama tak sembang," Alia mengheret Sohee ke meja makan bersamanya. Jimin mengangguk kepada Sohee tanda dia membenarkan Sohee pergi. "Pergilah sembang dengan yang lain dulu, aku nak ambik barang kejap, " Seokjin meminta diri sebelum menghilang diri di sebalik orang ramai.

Jimin mendekati Hoseok dan Namjoon yang sedang rancak bersembang. "Hai guys," Tegur Jimin sebaik sahaja tiba di sofa. Mereka berdua menyapa Jimin dan mengajak lelaki itu duduk bersama. Turut bersama mereka Yoongi dan Jungkook.

Setelah beberapa minit berbual, Hoseok perasan sebiji botol kecil berwarna putih yang terjatuh daripada poket seluar Jimin. "Jimin ni kau pun-"

"Olanzapine (Zyprexa)?" Hoseok membaca nama ubat itu. Dia terdiam. Begitu juga Jimin. Namjoon menggaru kepalanya. Tidak faham apa yang sedang terjadi. "Kenapa ni? Ubat apa ni Jimin?" Soal Namjoon.

Hoseok dan Jimin saling berpandangan. Jungkook bermain dengan jarinya.Namjoon semakin pelik melihat tingkah laku mereka berdua. Jimin memandang ke satu arah. Dia tersenyum.

"Tengoklah dia senyum, cantik kan?" Dia bermaksud kan Sohee yang asyik berbual dengan Alia di meja makan. Mata mereka semua turut terpaut pada Sohee lalu mengangguk bagi menjawab soalan Jimin tadi.

"Tapi tahu tak betapa seksanya hidup dia dengan aku. Aku kadangkala terfikir kenapa dia tak pernah tinggalkan aku sedangkan dia mampu. Aku ni buat hidup dia lebih menderita," Kata Jimin.  Matanya masih tak lepas memandang isterinya yang asyik bergelak ketawa bersama Alia.

Hoseok menepuk perlahan bahu Jimin. "It's okay Jimin. Kau tak perlu cerita pun kalau kau tak nak," Kata Hoseok.  Namjoon dan Yoongi masih di situ terpinga tak faham apa jadi. "Tak. Aku kena bagi tahu supaya satu hari mungkin seseorang perlu selamatkan Sohee daripada aku,"

Namjoon dan Yoongi sedar bahawa keadaan mereka sedang serius sekarang.

"Aku kenal Sohee dan . . Tae sejak aku kecil lagi, mak kami bertiga berjiran dan memang berkawan baik jadi naturally aku dan diorang rapat. Sohee lahir 2 tahun selepas kami lahir dan dia membesar dengan kami.

Aku sedar lama lama perasaan aku pada Sohee bukan lagi sebagai kawan tapi lebih dari tu, dalam masa sama, aku sedar Taehyung pun sama.

Beberapa tahun lepas, aku hilang Sohee. Aku tak boleh terima, langsung tak boleh lebih lebih lagi bila aku dapat tahu Tae yang dapat dia dulu. Doktor cakap stress yang melampau dan kejutan yang melampau akibat kehilangan sesuatu mungkin penyebab penyakit aku ni. Kau tanya sendiri la dekat Kook keadaan aku selama 2 3 tahun.

Aku dah putus harap sampailah satu hari aku jumpa dia depan rumah aku dengan muka yang lebam badan yang penuh dengan kesan tali pinggang. Luluh lagi hati aku bila dia merayu dekat aku untuk selamatkan dia daripada Taehyung.

Taehyung obses dengan Sohee. Dia paranoid bila Sohee dekat dengan aku sebab dia tahu perasaan aku pada Sohee. Bila aku keluar dengan Sohee dia pukul Sohee. Jadi waktu tulah aku tahu harapan aku masih ada.

Mereka putus tunang. Tapi aku sedar Taehyung tak lepaskan Sohee macam tu je, jadi aku lamar Sohee untuk lindungi nya, mungkin itu apa yang Sohee fikir. Dia tak tahu sebenarnya aku memang cintakan dia, aku memang mahu lindung dia dari apa pun.  Bukan hanya sebab Taehyung. Kami pindah dari Busan ke sini untuk mulakan hidup baru.

Tapi Taehyung sentiasa ada cara untuk datang balik untuk rebut Sohee. Aku kesian dekat Sohee. Dia sabar dengan aku, sayang aku walaupun aku pukul dia waktu aku tak sedar. Aku pernah fikir untuk lepaskan dia tapi aku tahu aku tak boleh hidup tanpa dia.

Sohee tak patut terima lamaran aku hari tu, mungkin dia akan bahagia sekarang," Jimin menekup mukanya. Dia tak mahu tunjuk air matanya tapi mereka sudah pun nampak sejak tadi.

"Kalau bukan sebab Tae pun, saya tetap akan terima lamaran awak," Sohee memegang tangan suaminya itu. Jimin mendongak memandang suara itu. Sohee mengelus rambut yang melitupi dahi Jimin. 

"Saya tak pernah menyesal berkahwin dengan awak,kawan baik saya sendiri. Sikit pun tak," Semakin banyak air mata yang jatuh di pipi Jimin.  Perasaan yang dia pendam selama ini akhirnya terluah.

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now