"Sohee!" Mujurlah Jimin sempat menyambut tubuh Sohee yang lemah itu sebelum dia jatuh menyembah lantai. Jungkook di situ masih terkulat-kulat dengan kejadian yang sedang berlaku.
Sohee berpaut pada lengan sasa Jimin sebelum menyandarkan kepalanya di dada Jimin. Nafasnya yang laju, kepalanya yang berdenyut. Jimin meletakkan isterinya di atas katil mereka.
"Sorry saya tolak awak tadi, saya memang nak muntah sangat tadi," jelas Sohee.
Jimin berkerut. "Huh? Bila awak tolak saya?" Soal Jimin. Jantungnya berdegup kencang. Wajah Sohee dibelai lembut. Sohee menarik tangan suaminya lalu dilekapkan di pipinya.
"Tadi. . Sorry saya tak larat untuk bersama malam ni," mata gadis itu terpejam rapat. Dia cuba untuk mengurangkan denyutan di kepalanya sekarang.
Jungkook dan Jimin saling berpandangan. Jimin baru perasan beberapa butang baju isterinya terbuka. Jimin rasa seperti batu sedang menghempap dirinya sekarang.
Jungkook menggeleng kepalanya. Perlahan-lahan ubun-ubun kepalanya diurut. Kepalanya masih sakit, mungkin kesan dadah daripada Taehyung tadi.
Jimin mengetap giginya. Dia mahu mencekik seseorang. Dia mahu membunuh lelaki itu. Berani dia menyentuh isterinya itu.
Kim Taehyung.
💐💐💐
Sohee sedang ralit menonton televisyen hingga dia tak sedar suaminya itu pulang. Jimin ketawa kecil, satu idea jahat muncul di kepalanya.
Dia menghampiri isterinya itu dengan berhati-hati namun baru sahaja dia mahu membuat kejutan, Sohee sudah berpaling sambil menekup hidungnya dan wajah cemberut.
Bukan Sohee yang terkejut sebaliknya Jimin. "Oppa? Kenapa oppa busuk sangat ni?" Tegur Sohee, masih lagi menutup hidungnya dengan rapat. Jimin menghidu tubuhnya. Tiada bau pun.
Dia menggaru kepalanya tak tahu. "Oppa buat apa harini sampai busuk macam ni sekali?" Marah Sohee. Jimin terkejut dengan nada yang digunakan oleh isterinya itu. Tak pernah sekali pun Sohee bersuara begitu.
Jimin menjarakkan dirinya. "Mungkin sebab oppa tak mandi lagi. Hehehe," Jimin ketawa malu. Sohee terasa seperti panas hati melihat suaminya itu. "Dah tu pergilah mandi. Busuk lah,"Marah Sohee lagi.
Mata Jimin terkedip-kedip, benar benar terkejut dengan perubahan sikap isterinya itu. "Okay okay, chill baby. Jangan marah, oppa naik dulu ye?" Jimin cepat-cepat berlari naik ke bilik mereka untuk mandi. Garang, Jimin ketawa di dalam hati.
Setelah selesai mandi,dia turun semula. Sohee sedang ralit menonton rancangan The Return Of Superman. Jimin memeluk isterinya itu daripada belakang. Kali ini Sohee tidak memarahi Jimin sebaliknya menarik Jimin untuk duduk bersamanya di sofa.
Dia merangkul kedua tangannya ke tubuh Jimin lalu menyandar pada dada suaminya itu. Jimin mula pelik dengan perubahan sikap isterinya itu. Sekejap baik sekejap tidak. Sekejap manja sekejap garang kalah singa.
Dia ketawa kecil apabila Sohee merungut mahukan anak secomel kembar tiga Daehan, Mansae dan Minguk di kaca televisyen. Dia mendekatkan wajahnya ke telinga Sohee. "Oppa boleh bagi, Sohee nak?" Bisik Jimin.
Sohee memandang ke suaminya. Wajahnya merah padam. Bibirnya terkatup rapat. Sejak hari dia menyerahkan segalanya kepada Jimin, mereka sudah berhubungan beberapa kali. Tapi Sohee masih malu apabila diusik Jimin.
Jimin ketawa lagi sebelum mencium bibir isterinya itu. Rambut hitam Sohee digosok. Sohee semakin segan. Hari ni banyak kali Sohee membuat Jimin ketawa sendiri.
"By the way, oppa tak nak makan ke?" Tanya Sohee bagi mengubah topik. Jimin mengangguk. Dia mengheret isterinya ke dapur bersamanya.
"Jom makan, Emm sedapnya bau," Jimin menghirup bau lauk yang terhidang di meja. Mulutnya berair. Masakan Sohee tak pernah menghampakan. Sohee tersenyum gembira melihat reaksi suaminya itu.
Sementara mereka sedang makan, tiba-tiba Jimin berhenti makan. "Sohee. . " Panggil Jimin. Sohee memandang suaminya itu dengan nasi penuh di dalam mulut.
"Oppa rasa nak makan nugget kfc. Nak keluar tak?" Pertanyaan Jimin yang tiba-tiba itu menyebabkan Sohee hampir tersembur nasi namun sempat ditelan. "Nugget dalam peti ada lagi lah. Nak Sohee gorengkan?" Tanya Sohee.
Jimin menarik muncung. Dia betul-betul teringin kan nugget kfc ketika ini. Mata Jimin yang seperti mahu menangis itu membuatkan Sohee rasa serba salah.
"Yelah. Habiskan nasi dulu. Lauk lebih nanti saya hantar dekat Yoongi oppa dengan Kookie. Mesti diorang asyik makan ramen je," Kata Sohee.
Jimin tersenyum lebar. Nugget kfc. Yum!
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanfictionCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...