Flashback
"Hello Tae-"
"Sorry Chim, aku ada hal hari ni. Tak boleh nak pergi lepak macam biasa. Nanti hari lain kita lepak tau? Sorry bro," Kata Taehyung.
Jimin menggigit bibirnya, perlahan-lahan senyum terukir di wajah. Yes! Dapat lepak berdua dengan Sohee kalau macam ni. Namun senyuman itu mati apabila ayat seterusnya dilafazkan oleh Taehyung.
"Sohee pun tak jadi juga. Sorry bro. Dia pun ada hal lain." Jimin menarik nafas dalam. Hmm. Dia mengangguk, walaupun dia tahu yang tak mungkin Taehyung boleh melihatnya sekarang.
"It's okay la bro. Banyak masa lagi nak lepak sekali."
"Thanks sebab faham. Aku letak dulu ye, "
Belum sempat Jimin mengucap selamat tinggal, Taehyung sudah mematikan talian. Jimin merenung wallpaper di telefonnya.
Gambar mereka bertiga.
Wajah Sohee ditatap lama. Sungguh cantik.
Dan tanpa dia sedar. . Hari itu, Taehyung membawa Sohee ke gunung yang sepatutnya mereka daki bertiga hari ini. Hari di mana Jimin kehilangan Sohee.
🌼🌼🌼
"
Jiminie!" Jeritan kecil Sohee dari belakang segera ditangkap oleh telinga Jimin. Gaun merah hati di tubuh gadis itu bergerak lembut dek angin semasa gadis itu sedang berlari ke arahnya. Rambut hitam gadis itu dibetulkan apabila dia tiba di hadapan Jimin.
Wajah Sohee ditatap. "Thanks datang majlis ni," Kata Sohee. Jimin tersenyum pahit. Lebih pedih apabila melihat seorang lagi sahabatnya muncul dari tepi. Taehyung merangkul tubuh kecil Sohee rapat ke tubuhnya.
Dia tersenyum ke arah Jimin bersama satu pandangan yang lain daripada yang lain. Pandangan yang berbeza yang dilemparkan kepada Jimin berbanding selama ini. Cemburu. Atau benci?
Jimin tahu makna pandangan itu. Dia faham. Terlalu faham. Dia memberi satu beg kertas berisi hadiah kepada mereka. "Ni hadiah pertunangan korang. Hadiah untuk kahwin lambat lagi,"
Pedih hatinya pabila menyebut perkataan itu. Perkataan yang dia tahu bahawa Sohee tidak akan pernah jadi miliknya lagi. "Wow Jiminie. Susah susah je. Thanks weh," Ucap Sohee. Jimin terpaku melihat senyuman di wajah gadis itu.
Hatinya semakin sebak. "By the way. Aku kena pergi pejabat sekarang. Appa aku dah call tadi cakap ada meeting. Apa apa pun tahniah Tae. . Sohee. Semoga korang bahagia selalu," Jimin melambai pergi.
Hatinya seperti dirobek. Dia menyandar pada keretanya. Sebentuk cincin dikeluarkan. Cincin milik omma nya yang sepatutnya diberikan kepada gadis yang dia cinta.
Malang. Gadis itu sudah menjadi milik orang. Milik sahabatnya sendiri.
Cincin itu dilempar ke tanah. Tubuhnya turut jatuh sama. Jatuh bersama harapan yang dibina selama ini. Seluruh hidupnya, dia serahkan hatinya hanya untuk Sohee. Tapi harini, dia sedar.
Semua itu sia sia. Dia merenung ke tanah.
"Nah," cincin yang dilempar tadi berada tepat di wajahnya. Dia mengangkat wajah. Jungkook.
Dia sudah tidak peduli Jungkook melihat betapa menyedihkan dirinya ketika ini. Air matanya terus jatuh. Jungkook menarik Jimin bangun sebelum membawa lelaki itu ke kerusi panjang.
Jimin hanya berdiam diri. Jungkook menarik tangan lelaki itu sebelum meletakkan cincin itu itu tapak tangannya.
"Jangan putus asa." Ujar Jungkook. Jimin ketawa.
"Habis kau nak aku buat apa? Habiskan lagi hidup aku dengan menanti benda yang tak akan aku dapat?" Jimin menggeleng. Cincin itu digenggam kemas.
"Hyung. . Mana si Park Jimin yang aku kenal? Orang yang tak pernah putus asa dengan apa sekali pun," Kata-kata Jungkook memberi sedikit sinar harapan kepada Jimin.
"Aku rasa something tau. Tak tahu nak describe perasaan aku macam mana. Tapi aku ada bad feeling pasal semua ni,"
"Maksud kau?"
"Entahlah. Walaupun aku kenal kau dan Taehyung dari kecik tapi aku tak rasa noona untuk dia."
💐💐💐💐
"Hello oppa? Boleh temankan-" Sohee terdiam.
"Sorry oppa banyak kerja ni,bye," Sohee memandang sepi skrin telefon di tangannya itu. Sejak dia bertunang dengan Taehyung, lelaki itu berubah. Seperti dia tidak peduli langsung hal dirinya.
Hanya peduli apabila Sohee mahu keluar bersama Jimin. Masa itu barulah dia akan mencari Sohee. Sohee tak faham, dia nampak cemburu si Taehyung terhadap Jimin, dan itulah yang dia tak faham.
Mereka berkawan sejak kecil, takkanlah Sohee perlu menjauhkan diri daripada Jimin hanya kerana dia tunangan si Taehyung.
"Hello Jiminie, teman aku beli barang rumah boleh?"
"Thanks,"
💕💕💕
"Awww, mesti diorang tu pasangan baru kahwin. Comel betul," mak cik di situ mula bersembang dengan kawannya apabila melihat Jimin dan Sohee memilih barang dapur bersama.
"Omo, teringat pulak dekat husband kita dulu time mula mula kawin."
Mereka mula berfangirling. Tanpa sedar Taehyung turut berada di situ setelah mendapat tahu bahawa Sohee keluar bersama Jimin, dia mengikut mereka berdua secara senyap.
Dia rasa bersalah apabila menolak ajakan Sohee tadi jadi dia terus tinggalkan kerjanya lalu pergi ke rumah Sohee tapi ibu Sohee memberitahu bahawa anaknya keluar bersama Jimin. Kepalanya berasap apabila mendengar gossip mak cik mak cik di situ.
💖💖💖

YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanfictionCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...