"Yura-shii?" Panggil Jimin.
Tetamu yang tidak diundang itu memandang tepat ke wajah 'bekas teman lelaki' nya itu. Dia segera berlari lalu mendakap Jimin dengan erat.
Jungkook menjeling meluat dengan wanita di hadapannya itu. Senyuman di wajah dia memberi isyarat kepada Jungkook bahawa mereka perlu berhati-hati dengan tetamu baru ini.
Jimin bertindak pantas dengan menolak lembut pelukan wanita itu.
"Kau nak apa datang sini?" Tanya Jimin tak beremosi.
Dia tahu kehadiran perempuan itu akan membawa nasib buruk lagi dalam hidupnya. Yura berpura-pura merajuk dengan cara dia disoal oleh Jimin.
"Oppa.. Tak rindu Yura ke? Yura balik Korea ni untuk oppa tau. Yura rindu sangat dekat oppa. Dekat Malaysia tu tak best sebab tak ada oppa," jawab Yura dengan nada yang mengada-ngada.
Hampir buta mata si Jungkook akibat terlalu banyak menjeling pada perempuan itu.
"Tak payah nak rindu sangat lah, hyung dah jadi suami orang dah. Kalau datang nak menggedik baik kau blah," Nada kasar Jungkook membuatkan Yura takut sekejap. Aura lelaki itu agak menakutkan ketika ini.
Jimin mengangguk setuju. Dia pun tidak selesa dengan wanita ini.
"Tapi. .tapi. ."
"Sayang. ."Suara lembut Sohee menghentikan percakapan perempuan itu. Jimin pantas mendapatkan isterinya itu. Sohee memeluk erat tubuh suaminya itu. Yura berkerut. Perempuan ni rupanya yang rampas Jimin daripada aku! Tak guna kau, Sohee!
Jungkook ketawa sinis melihat perempuan itu bermasam muka. "Aku dah kata kan kau patut blah je tadi," Perli Jungkook. Yura menarik muncung. Sohee memeluk Jimin dengan lebih erat apabila perasan mereka dipandang oleh Yura.
Yura bukan seorang yang asing untuk mereka semua. Siapa yang tidak kenal Han Yura, gadis paling terkenal di tempat asal mereka, Busan. Gadis yang mengejar cinta Park Jimin sejak sekolah menengah hingga ke universiti.
"He-hello Sohee, lama tak jumpa kan?" Mahu tak mahu sahaja si Yura menegur. Sohee semakin manja dengan Jimin membuatkan hati Yura membara. "Oppa jom pergi makan. Lapar hmm," ajak Sohee.
Yura cepat-cepat menyampuk. "Jom kita semua keluar dinner? Yura pun tak makan lagi. Lagipun kita dah lama tak jumpa kan?"
Ketiga manusia itu menahan mulut daripada mencarut pada gadis tak tahu malu itu.
Habislah. . .
🐝🐝🐝🐝
"Oppa, ni udang tempura, ni favourite oppa kan?" Yura meletakkan seekor udang ke dalam mangkuk nasi Jimin. Sohee cepat-cepat mengambil udang tersebut sebelum sumbat ke dalam mulutnya.
"Ish, bila masa pula sayang saya ni suka makan udang? Dia tak suka la. Order ni untuk saya sebenarnya," Kata Sohee. Jungkook dan Jimin menahan ketawa akan sikap Sohee itu. Sudah jelas yang dia cemburu.
Padahal apa yang dikatakan oleh Yura itu tepat sekali. Jimin memang menggemari udang tempura.
Terpaksalah Jimin menahan nafsu untuk menikmati udang tempura itu demi Sohee.
"Oh, ni daging ni pun fav-"
"Tak payah layan suami orang lah. Isteri dia ada dekat situ. Baik kau letak atas nasi aku. Kan bagus," Jungkook menarik tangan gadis itu agar daging tersebut singgah di mangkuk nasinya.
Yura menarik muncung.
Ish budak ni lah!
YOU ARE READING
[OG]Idée Fixe • |PJM|
FanficCinta yang bertukar obsesi. Sahabat menjadi musuh. idée fixe /iːdeɪ ˈfiːks/ noun >>an idea or desire that dominates the mind; an obsession. * Slow Update * 30/6/18 - # 365 [fanfiction] 6/7/18 - # 347 [fanfiction ] 21/7/18 - # 308 [fanfiction ] 23/7...