8

244 12 11
                                    

Taehyung tersenyum sinis. Dia menarik kerusi di hadapan Sohee lalu duduk di situ. "Tak rindu saya?" Tanya Taehyung. Sohee mahu bangun namun ditarik oleh Taehyung. "S-sakit lah,"Sohee cuba menarik tangan yang dipegang oleh Taehyung.

"Kau cuba lari dari aku ye,"Taehyung merapatkan wajah mereka. Sohee langsung tidak memandang wajah lelaki itu. Terasa jijik apabila disentuh lagi lagi melihat wajah lelaki itu.

"Kau ingat Jimin tu boleh selamatkan kau dari aku? Memang kau silap besar Song Sohee," Taehyung melepaskan pegangan nya sebelum kembali bersandar pada kerusi.

Sohee berfikir mahu lari lagi tapi pasti nanti dikejar oleh lelaki ini. Sohee buntu. Dia berdoa agar suaminya segera kembali. "Apa? Kau tunggu Jimin ke?" Tanya Taehyung apabila melihat anak mata Sohee asyik melihat ke arah yang sama sejak tadi.

Taehyung ketawa. "Cepat atau lambat kau akan kembali pada aku. Dan aku akan pastikan kau dan Jimin tak akan bahagia. Ingat tu,''Taehyung segera bangun. Dia mencengkam rahang gadis itu membuatkan Sohee mendongak memandangnya.

"Woi! Apa yang kau buat tu huh?!" Tengking seorang lelaki. Taehyung berdecit sebelum berlalu pergi. Sohee menundukkan wajahnya. Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya perasaan dia. Betapa jijik nya dia rasa akan diri sendiri.

"Cik? Awak okay?" Lelaki tadi itu mendekati Sohee. Sohee mengesat air matanya sebelum mengangguk. "Terima kasih sebab sela-" ayat Sohee tergantung apabila menatap wajah jejaka itu.

"Noona!"

"Jungkook!"

🍃🍃🍃🍃

"Sohee!" Nada suara Jimin naik beberapa oktaf apabila melihat isterinya berpelukan dengan seorang lelaki. Aiskrim di tangannya dilempar entah ke mana sebelum mendekati mereka berdua.

"Engkau ke-"

"Hyung?"

🌼🌼🌼

Sohee menghidangkan air teh panas kepada suami dan adiknya itu. "Susah susah je noona buatkan air,''kata Jungkook. Sohee hanya tersenyum sebelum duduk di sebelah suaminya.

Jimin menarik tangan isterinya sebelum meneliti kesan cengkaman Taehyung tadi. Wajah isterinya juga dibelek. Langsung tak pedulikan kehadiran Jungkook. Pipi Sohee menjadi merah padam kerana Jungkook yang sedang tersengih seperti kerang busuk sambil melihat mereka berdua.

"Maafkan oppa sebab tinggalkan awak tadi,oppa . .Pergi beli ais krim," Jimin menarik muncung. Sohee ketawa kecil melihat suaminya itu. Dia menekup pipi Jimin yang comel seperti mochi itu lalu menggeleng.

"Tak apa,"Sohee memujuk suaminya itu. Patutlah hilang. Ingatkan marah dengan dia tadi rupanya pergi beli ais krim. Comel betul. Sohee mengusap pipi suaminya itu.

Jungkook mengangkat keningnya sambil tersenyum nakal. "Bosan lah tengok orang bercinta ni. Aku ni entah bila nak jumpa jodoh." Kata Jungkook sebelum menghirup titisan terakhir air teh di dalam cawannya.

Sohee dan Jimin seakan baru tersedar bahwa ada makhluk lain selain daripada mereka berdua. Sohee segera menarik tangannya. "Haha em, bila Kook balik Korea? Kenapa tak telefon noona?" Tanya Sohee.

"He he baru sampai pagi tadi. Saja malas call, tak nak lah kacau lovebirds ni,"Usik Jungkook. Pipi Jimin dan Sohee menjadi merah. Jungkook ketawa melihat dua orang di depannya itu. Semua orang tahu mereka berdua pasangan blusher😂 Keduanya mudah merah.

"By the way, terima kasih sebab selamatkan Sohee tadi,"Ucap Jimin sambil bermain dengan tangan Sohee. "Chill bro. It's my job." Balas Jungkook. Jimin mengelus bekas cengkaman Taehyung di pergelangan tangan Sohee.

Dia teringat sesuatu. .

Dia pun pernah buat begitu . .

💓💓💓💓

Yoongi menyimpan fail-fail ke dalam beg kerjanya. Jam di tangan dibaca. 10.30 malam. Aduh,bos punya pasal lah ni aku kena balik lambat. Omel Yoongi. Dia segera memandu ke mcd untuk membeli makanan.

"Double cheeseburger satu set large."

5 minit kemudian dia peroleh makanannya. Perutnya sudah berbunyi sejak tadi. Baru sahaja dia mahu menyuap French fries ke dalam mulutnya sudah ada yang menyibuk.

"Oi Yoongle!"

"What the -"

"OMG my lil meow meow. ."

"Kau boleh berhenti tak Muscle Pig."

"He he apa khabar Yoongi hyung,"

💋💋💋

Yoongi ketawa berdekah apabila mendengar cerita bagaimana Jungkook boleh ditampar oleh seorang minah salleh sebab salah soalan. "Bengap pun ada kau ni. Kau tau tak beza bitch dengan beach tu apa?"

Jungkook membuat muka. "Obviously aku tahu." Jawab Jungkook. "By the way hyung. . Tadi aku jumpa noona. ." Kata Jungkook lalu menghirup milo ais nya. Yoongi mengangguk. "Oh dia apa cerita?" Tanya Yoongi.

"Taehyung buat perangai lagi. ."

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now