23

76 10 0
                                    

"Hello?"

"Hello? Omma appa apa khabar?" Suara ceria Sohee mengukir senyuman di wajah Puan Park. "Omma sihat. Appa pun sihat. Kamu dengan Jimin apa khabar? Omma dah dapat cucu ke?" Soalan Puan Park menyebabkan wajah Sohee memanas dan kemerahan.

Sohee ketawa kecil. "Belum lagi. Mungkin tak ada rezeki lagi," Kata Sohee. Puan Park ketawa. "Ish si Jimin tu, nanti omma marah dia. Suruh dia 'kuat' lagi, makan ubat ke, rajin rajin la korang berdua. Kesian omma appa dah tua. Nak juga merasa cucu," kali ini Sohee betul-betul malu.

Wajahnya lebih merah dari tadi. Jimin yang baru masuk ke bilik itu melihat pelik ke arah isterinya. "Baby? Kenapa merah sangat muka ni? Awak call siapa?" Dia mula cemas. Dia fikir bahawa Taehyung sedang menelefon isterinya.

Dia segera merampas telefon tanpa sempat memberi peluang kepada Sohee untuk memberi penjelasan. "Eh kau nak apa lagi dari isteri aku huh? Tak puas lagi ke kacau isteri aku?!" Tengking Jimin. Puan Park ketawa. Sudah tahu dengan perangai anaknya itu.

"Yela omma sibuk ni ha kacau isteri kamu. Nak tahu jugak anak dia buat apa sampai tak reti nak call mak sendiri. Asyik asyik bini je call," Perli Puan Park. Jimin terdiam malu. "Oh omma ke. . Aduh maafkan Min. Ingatkan siapalah kacau isteri Min tadi,"

Sekali lagi Puan Park ketawa. Sohee turut ketawa apabila melihat reaksi suaminya itu. Jimin menekan lambang loud speaker. "Kamu berdua ni. Bila nak bawa balik cucu dekat omma. Penat lah tunggu. Jimin tak kuat ke? Nanti omma belikan ubat untuk Jimin. Tak pun nanti omma suruh appa kamu bagi tips," Kata-kata Puan Park itu menyebabkan Jimin dan Sohee malu yang teramat.

"Eh omma ni! Janganlah usik Min macam ni, malu lah.  Dahlah Sohee dengar," Jimin rasa mahu mencampak telefon ke dinding. Dekahan ketawa kedengaran lagi dari pihak sana. "Iyalah. Nanti kamu datang nak lawat omma dengan Puan Jeon, jangan lupa lah roger dulu," Kata Puan Park. Dia merujuk kepada ibu Sohee.

"Oh ha lupa pula. Minggu ni Min memang nak balik kampung, nanti apa apa Min telefon balik," Kata Jimin.  "Baiklah anakku. Jangan lupa makan ubat. Dah pergilah buat apa apa dengan isteri kamu. Nanti balik omma nak isteri kamu tu dah berisi. Hehehe," Usikan Puan Park semakin parah.

"Omma. ."Rengek Jimin. Sohee sudah bangun, entah  ke mana dia mahu tuju dia pun tak tahu yang pasti dia mahu hilangkan malu akibat diusik ibu mentuanya.

"Okay okay. Bye bye anakku. Bye Sohee sayang," Ucap Puan Park sebelum menamatkan panggilan.

Sohee dan Jimin memandang satu sama lain. Wajah mereka masih merah kemerahan. Jimin tersenyum nakal. Beberapa butang di bahagian dadanya dibuka. Dia memanggil Sohee untuk duduk bersamanya di katil.

"Awak dengarkan apa omma cakap. Hm, nak buat apa ya?" Jimin pura-pura mengusap dagunya sambil berfikir. Sohee memintal rambutnya. "Encik Park Jimin.  Baik awak pergi mandi sekarang sebab bau awak busuk yang amat!" Marah Sohee.

Jimin menggeleng. Sudah beberapa bulan isterinya bereaksi begini jadi dia sudah biasa "Iyalah iyala. Nanti oppa dah habis mandi kita sambung ya," Jimin mengenyit mata kepada Sohee.

Sohee tersenyum tersipu malu.

🎈🎈

"Ommaaaa! Mamaaa! "Sohee berlari keriangan untuk memeluk ibu-ibunya. Mereka bertiga saling berpelukan. Encik Park dan Encik Song hanya ketawa melihat wanita itu. Jimin juga sama. Dia segera bersalam dan berpelukan dengan ayah-ayahnya. "Makin berseri anak mama ni. Perut tu dah ada isi ke?" Tanya Puan Jeon. 

Sohee hanya memberi senyuman sambil menggeleng. "Tak apa. Nanti appa ajar si Jimin ni," Kata encik Park yang sedang memeluk bahu si Jimin.  Mereka hanya ketawa sahaja hinggalah satu suara muncul.

"Apa ni semua lupa dekat Kook ke?" Rengek Jungkook yang sudah berada di situ sejak tadi. Puan Jeon dan Encik Song segera berlari mendapatkan anak lelakinya. Tubuh Puan Jeon dan Encik Song yang sudah merosot akibat penuaan hanya kelihatan kecil sahaja jika dibandingkan dengan Jungkook.

"Eh mama papa kenapa nangis ni?" Tegur Jungkook sambil mengelap air mata ibu bapanya. "Bertuah punya anak. Kamu tu dahlah bertahun tak balik sini lepas tu muncul tiba-tiba tanpa bagitau kami,"Kata Puan Jeon sambil mencubit manja anak lelakinya itu. Jungkook hanya ketawa sebelum mencium dahi ibunya itu.

"Kook rindu mama dan papa," sekali lagi dia memeluk erat kedua orang tuanya.

"Eh? Ni siapa pula?" Teguran Encik Park membuatkan mereka sedar akan kehadiran orang asing di situ.

"Saya Kim Seokjin dan ni adik saya Alia,"

"Saya Min Yoongi,"

"Saya Kim Namjoon, boleh panggil Namjoon atau Joon,"

"Saya pula Jung Hoseok, panggil Hobie,"

Pasangan tua itu berpaling ke arah anak dan menantu mereka. "Kenapa tak bagi tahu nak bawak balik tetamu ramai wahai anak bertuah?"

🌼🌼🌼

A/N:

Jangan lupa baca cerita baru saya😁 

[OG]Idée Fixe • |PJM|Where stories live. Discover now