"Nah, pakai baju ni!" Kamelia menghulurkan baju AC/DC kegemarannya pada gadis itu. Kelihatan macam baya-baya dia.
"Nama kau siapa? Kau dari mana? Kenapa kau datang bogel depan rumah aku? Nasib baik kau datang rumah aku. Kalau kau datang rumah Rafi, dah kena rogol agaknya kau ni. Cakap, cepat! Ish, diam pulak dia ni."
Kamelia dah runsing. Dia mundar-mandir di biliknya. Dia sebenarnya cuba nak faham, tapi gadis tu langsung tak bersuara.
"Kau boleh cakap ke tak ni? Woi, baju sarung kat badan, bukan kat kaki lah! Macam ni," Kamelia mengajar gadis itu untuk memakai baju.
"Kau bukan dari sini, kan? Baik kau cakap dengan aku. Tu apa depan rumah aku tu? Kapal angkasa kau ke apa? Cakaplah. Ish, aku nak tolong kau ni, kau tak boleh cakap la pulak."
Wak Ramlan ketuk pintu.
"Budak tu dah pakai baju ke belum?"
"Ni, Kam tengah ajar dia pakai baju."
"Ajar pakai baju?" Wak Ramlan garu kepala.
"Ada ke dia pakai baju ikut kaki."
"Weh, Kam. Tu orang ke bukan?"
"Bah, orang yang tak reti pakai baju ni dah tak ramai dalam dunia ni," kata Kamelia.
"Alien ke? Tapi apasal dia tak muka lonjong macam baju Alien Workshop tu?" tanya Wak Ramlan.
"Tu Amerika tipu tu bah. Ni, Kam rasa, memang alien. Dah, abah boleh masuk. Dia dah pakai baju, seluar semua."
Wak Ramlan masuk dalam perasaan yang takut. Makhluk apa pulak datang rumah dia ni.
"Hello, where are you from? Who are you? What are you? Are you alien?" tanya Wak Ramlan.
Gadis itu buat muka tak faham.
"Google translate ada translate bahasa kau tak? Susah betul aku nak cakap dengan kau ni," kata Kamelia, yang resah.
"Nak report polis ke, tentera ke, NASA ke?" tanya Wak Ramlan.
"Tak payah bah, tak payah. Pening kepala kita nanti bah."
"Dah tu, bercakap pun tak. Macam mana nak bagi dia faham?"
"Dia alien yang bisu kot," Kamelia membuat agakan.
"Alien ada yang bisu ke?"
"Macam orang jugak kot. Ada golongan disabled. Haih, takde petunjuk ke kau ni dari mana?" tanya Kamelia.
"Kam, kau google. Kau google, 'what we have to do if alien come to your house'?" kata Wak Ramlan.
"Mengarut je abah ni la. Sekarang, macam mana aku nak tahu amende kau ni?" tanya Kamelia sambil pegang bahu gadis tu.
Gadis itu tekan tapak tangannya. Terbuka satu lubang. Kemudian terkeluar chip.
"Amende pulak ni? Ya Allah! Boleh keluar chip pulak!" Wak Ramlan terkejut beruk sampai melompat atas katil Kamelia.
"Bah, bak laptop Kam. Weh, baik kau jangan kecoh-kecoh kau ni alien. Naya aku karang Amerika hantar bala tentera kat rumah aku ni karang," Kamelia terus mundar-mandir dalam keadaan bingung. Wak Ramlan mengambil laptop Kamelia yang sedang charge di atas meja.
"Orang sini pakai USB cable, kau ada tak?" tanya Kamelia.
"Takde card reader la pulak, takpe, kau simpan microchip kau ni balik. Bah, tak payahlah laptop tu," Kamelia menyerahkan kembali microchip di tangan gadis itu. Gadis itu kelihatan agak takut, tapi mahu meminta tolong.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
