Kamelia tiba di dalam kelas, dan duduk di kerusi sambil membelek-belek buku dari Michel Foucoult tentang disiplin dan sekolah itu penjara. Dia membaca dengan penuh fokus, sampai tiba-tiba dua orang pengawas datang menepuk bahunya.
"Ustazah Mardihah nak jumpa awak," kata salah seorang pengawas sekolah tu. Lagi sorang jadi watak pak pacak je.
"Dah kenapa pulak?" tanya Kamelia.
"Dia kata dia nak jumpa, itu je."
Kamelia tutup bukunya, dan cepat-cepat berjalan mengikut dua orang pengawas tadi.
"Cara tepuk bahu dah macam polis rejim Kim Jong-un, berbakat jadi polis rahsia ni," detik hati Kamelia.
"Buat muka relax, Kam." dia terus menenangkan hatinya. Dia tahu kes semalam adalah punca dia dipanggil.
Sampai di bilik guru, semua guru pandang slack. Dia rasa macam dia bakal kena sesuatu yang teruk.
Ustazah Mardihah sedang duduk dan meneliti cincin Swarovski di jari manisnya.
Satu perang psikologi dari Ustazah, nampaknya.
"Assalamualaikum, ustazah, ada apa?" tanya Kamelia.
"Duduk," kata Ustazah Mardihah tanpa memandang mata Kamelia.
Kamelia duduk dan kerusi itu patah, menyebabkan kepalanya terhantuk ke meja.
"Kenapa kerusi tu patah? Awak gemuk sangat ke?" kata Ustazah Mardihah sambil disambut hilaian ketawa oleh guru yang lain.
Kerusi tu sengaja dilonggarkan skrunya untuk buat Kamelia terjatuh.
Kamelia bangun balik dan cuba menenangkan hatinya. Hangin je dia pandang Ustazah Mardihah flip shawlnya.
"Ada apa ustazah nak ni?" tanya Kamelia.
"Tak ada lah, saja nak buat awak menyampah tengok muka saya. Cantik tak cincin tunang saya ni?" tanya Ustazah Mardihah sambil menayangkan cincin di jarinya.
"Cincin tunang?"
"Ya, cincin tunang. Ada masalah?" Ustazah Mardihah naik kening. Seolah-olah mahu berlagak pada Kamelia.
"Entah," Kamelia angkat bahu.
"Cincin Swarovski. Mahal ni. Original."
"So?"
"So, elakkan diri dari jumpa Adli lagi. Bulan depan, kami engaged. Nampak, segala persiapan sedang dipersiapkan. Awak bukan taraf saya untuk awak lawan," kata Ustazah Mardihah jeling tajam.
"Ustazah nak tunang dengan budak sekolah. Eii, pedonya," Kamelia cuba bertenang dalam masa sama menjadi sarkastik.
"Saya ada seribu satu cara untuk buat hidup awak merana, awak faham tak?" Ustazah Mardihah memberi amaran.
"Seribu satu je? Ingat seribu dua. Seribu tiga ke. Empat belas ribu lapan ratus dua puluh lapan ke? Apa saya peduli?"
"Awak jangan kurang ajar dengan saya, ok?"
"Eii, ageistnya. Apa masalah ustazah ni?"
"Apa masalah awak kat saya? Start dari kita jumpa kat Putrajaya lagi, awak cari masalah dengan saya. Kenapa, Adli tu awak nak control dia ke?""Bila masa pulak saya nak control Adli ni? Tolonglah," Kamelia peluk tubuh.
"Jangan mimpi lah awak nak dapatkan Adli tu, faham?"
"Ustazah, rasanya ustazah banyak sangat tengok drama maghrib ni. Kejap ya, Ustaz Hanafi?" Kamelia tiba-tiba tegur Ustaz Hanafi yang sedang baca suratkhabar.
YOU ARE READING
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...