Pagi-pagi, bilik guru bau wangi. Bau perfume. Baunya lebih kuat kat meja Ustaz Hanafi. Ada sekeping sampul surat dengan tulisan bersambung-sambung untuk Ustaz Hanafi.
Ustaz Hanafi sampai kat mejanya, dan nampak sampul surat itu. Peh, bukan main berbunga hati dia.
"Amboi, silap ada kertas warna bentuk love," Ustaz Hanafi tersenyum.
"Masya Allah wanginya," Ustaz Hanafi cium kertas itu. Dia baca satu-satu tulisan itu.
"Amboi siap tulis puisi lagi. Ini yang aku nak nyanyi lagu Kopratasa ni."
Dari tepi tangga, Adli dengan Alim dah terbarai ketawa.
"Tulisan Kak Eleena dah la bersambung-sambung, macam berbunga-bunga la pulak," kata Alim.
"Kejap lagi kutip cukai la," kata Adli.
"Cikgu Aiman Daniel macam mana pulak?" tanya Alim.
"Tak boleh kasi serentak, nanti dorang syak. Lepas rehat kita letak kat meja dia."
"Cantik abang Adli, you ma man!" kata Alim sambil fistbump.
"Ma man. Weh, masuk kelas. Aku nak masuk kelas ni," kata Adli.
"Jumpa rehat."
Adli berjalan menuju ke kelasnya. Dia nampak Kamelia di koridor.
"Adli..."
Adli menonong, buat tak tau. Dia terus duduk sebelah Radhi.
"Weh, pahal duduk sebelah aku?" tanya Radhi.
"Tak suka ke aku duduk sebelah kau?" tanya Adli.
"Takdelah, nanti Nizam duduk mana?"
"Duduk la sebelah Kam, apa ada hal."
Kamelia duduk di mejanya dan pandang Adli. Adli keluarkan buku komik Judge Dredd dari begnya.
"Weh Kam, sini!" kata Radhi.
Kamelia datang ke arah Radhi.
"Weh, kau pahal tak datang semalam? Cibai la. Lain kali beritahu la kau ada hal. Nasib baik Eleena dah siapkan kerja kau. Apalah, Eleena tak masuk Form 6 pun siapkan kerja kau."
"Aku minta maaflah, sebab sejak dua menjak ni, aku hilang fokus sikit, aku ada masalah..."
"Masalah apanya kalau dok fikir pasal chinggey," Adli terus blah dari meja.
"Adli, pergi mana?"
"Sibuk lah kau."
Kamelia cuba ikut.
"Tak payah ikut."
Marah benar Adli dengan Kamelia kali ni.
"Apasal Adli weh?" tanya Radhi.
"Dari semalam dia marah dengan aku," Kamelia tak tahu apa yang dia harus buat.
"Jarang betul orang mampu buat Adli pissed off macam tu. Aku tak tau lah, tapi Nizam cakap dia susah nak pissed off dengan orang."
Kamelia dah mula rasa ini bukan sebab assignment Cikgu Affan. Sebab Radhi dengan Nizam pun rilek je.
"Weh, Khamis ni kau jangan tak datang. Kalau kau tak datang, mampos kitorang dapat kosong," kata Radhi sambil main game Mobile Legends bawah meja.
Nizam masuk ke kelas. Tadi dia pergi toilet.
"Weh, apahal beg Adli kat kerusi aku?" tanya Nizam.
"Dia nak duduk sebelah aku. Kau duduk la sebelah Kam," kata Radhi.
"Pulak dah," Nizam terus duduk sebelah Kamelia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
