Dalam kereta, Adli terfikirkan satu benda. Alien ni datang ke Bumi mestilah:
a) nak selamatkan diri dari bencana di planetnya
b) nak mempelajari budaya manusia di Bumi, lawatan sambil belajar
atau c) sebagai spy untuk menakluk Bumi.
Untuk menangkis perkara c dari berlaku, Adli memerlukan satu propaganda yang ampuh untuk memastikan misi itu gagal. Tapi kalau perkara c, mestilah penyelidikan terhadap penduduk Bumi sudah dijalankan sejak di planetnya sendiri lagi.
Kalau makan plastik ni, tak cukup soal selidik lagi ni. Jadi kemungkinan besar a atau b.
Kalau a, bagus juga. Sebab a juga boleh menyebabkan dia terpaksa mempelajari budaya hidup tempat baru. Dia terfikir macam dua budak pelarian Syria yang viral kat Facebook, yang fasih berbahasa Melayu.
Bila kau pelarian, nak tak nak kau terpaksa ikut acuan tempat baru kau. Tempat lama kau dah hancur.
Kalau b, dia boleh menjadikan Suria ini sebagai Duta Margeraisme di planetnya sendiri. Cuba bayangkan, bila Suria pulang ke planetnya, satu planet akan menjadikan Adli Margera sebagai wira terulung. Siap ada tugu mukanya di planet yang jauh dari Bumi.
"Kau berangan apa, Li?" tanya Kamelia sambil betulkan tali pinggang keledar. Baru masuk kereta. Suria pun duduk di belakang.
"Lama betul kau borak dengan mak aku. Apasal, nak prektis jadi menantu mak aku ke?" Adli tersenyum.
"Tak, aku kena explain kenapa manusia tak boleh makan kucing. Dia tangkap Billie Joe kau tadi. Lepas tu dia tanya, boleh makan tak. Sebelum kau meraung Billie Joe kau kena makan, baik aku explain," kata Kamelia sambil check walletnya.
"Nasib baik kau tak makan kucing aku, alien. Kalau tak, berapa banyak kucing betina kat lorong rumah aku ni menjanda. Ada ke nak makan Billie Joe?" Adli memandang Suria sambil geleng kepala.
"Come on people now, smile on your brother and
everybody get together, try to love one another right now"
When I was an alien, cultures weren't opinions
Gotta find a way, to find a way, when I'm there
Gotta find a way - a better way - I had better wait
Never met a wise man, if so it's a woman
"Suria, ni lagu Nirvana. Territorial Pissings!" kata Adli sambil hangguk kepala.
"Lagu paling tak best dalam Nirvana," kata Kamelia.
"Lagu paling tak best bagi aku, Something In A Way. Lembik habis. Suria, kau kena dengar lagu-lagu macam ni. Baru punk rocker!" kata Adli sambil pandang Suria.
Sampai rumah Kamelia, mereka bertiga berjalan di kapal angkasa rentung yang tersadai di padang depan rumah Kamelia.
"Sekarang, kau datang ke planet ni, dengan kapal angkasa ni ke?" tanya Adli.
Suria mengangguk.
"Cuba kau cerita, kenapa kau datang sini? Kau dihantar ke, atau macam mana?" Adli bertanya pada Suria. Suria pergi menuju ke kapal angkasa hangusnya itu, mencari sebuah kotak berwarna merah. Selepas menekan password pada kotak merah itu, kotak itu terbuka, kemudian dia keluarkan microchip di tangannya.
"Fuyoo, tak sangka ketamadunan kau canggih gila. Ingatkan korang ni mundur tak pernah tengok plastik sampai nak makan," Adli kagum.
Kotak merah itu memancarkan hologram menunjukkan peperangan antara Pertubuhan Bangsa Tertindas yang dipimpin oleh seorang pemimpin bangsa Matilda menentang tentera Zorgon yang zalim.
Dan dia merupakan anak kepada salah seorang pekerja kepada menteri Matilda, yang mencuri kapal angkasa ini sebelum berlepas menuju ke arah Arwarikultus - atau matahari, orang Melayu panggil.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
