"Weh, kau dari tadi tersenyum-senyum tengok phone, apahal?" tanya Adli sambil memandu Kombi dari Mersing.
Kamelia tak dengar suara Adli kerana sibuk menghantar email ke crush lamanya masa dia duduk di PJ dulu, Ray. Bagi sesiapa yang tak tahu siapa Ray ni, boleh baca di Cheras Perdana vol 1.
"Kita dah sampai mana dah ni?" tanya Eleena yang terjaga dari tidur.
"Entah, kiri kanan kelapa sawit je, mana aku tahu. Tapi Kluang lagi 20 kilo," kata Adli.
"La, baru sampai Kahang ke? Ingatkan dah sampai Kluang," kata Eleena.
"Aku tidur masa kat Mersing tadi, mengantuk sangat."
"Takpe, takpe. Nanti kita semua singgah Kluang tau. Kita singgah rumah Nami Cob Nobbler. Dia mesej Nizam tadi, ajak lepak jap."
"Nami Cob Nobbler sekarang lepak Kluang ke? Apahal doh?"
"Adli, Kluang kampung dia lah."
"Oh patutlah dalam Rokok Nan Sebatang cerita kampung kat Kluang," kata Adli sambil hisap rokok.
"Cinta, air liur basi awak ni, habis bacin baju saya," kata Eleena sambil kejut Nizam.
Nizam terus sandar ke bahu sado Ail. Kak Merlina, Edry dan Francesco nak terus stay kat Tioman. Kak Merlina nak habiskan cuti bersama boyfriend Italinya, sementara Edry nak usha abang-abang sado tepi pantai, mana tahu ada yang sangkut. Maklumlah, selepas Ail brozonedkan dia.
"Pantek la Nizam!" kata Ail sambil tolak kepala Nizam.
"Kau ni Ail, kedekut la. Bagilah Nizam tumpang jap bahu sado kau tu," kata Adli tersengih.
"Bahu makwe sendiri kan ada," Ail muncung.
"Bahu saya dah habis bacin dah kena air liur basi dia," kata Eleena. Dia mengorek-ngorek begnya, mencari spray Ambi Pur dan spray di kawasan bahunya.
"Woi, Kam. Amende senyum sorang-sorang. Letak la phone tu, bersosial la sikit," Adli merungut.
"Ye la, kacau la kau ni."
"Kiri kanan kelapa sawit bukit sana bukit sini, ada ke line telefon, amende entah kau ni. Nah, bukak kotak ni, cari kaset best, bosan aku dengan kau ni. Aku bawak Kombi, kau layan la aku. Borak ke apa ke. Ni asyik main phone je dari tadi. Sengal," Adli mengomel.
Lagu dari kumpulan Ash - Girl From Mars berkumandang dalam kereta.
"Eleena, roger Nami Cob Nobbler jap, kita dah sampai Kluang dah ni, rumah dia kat mana?" tanya Adli.
Eleena terus dial nombor Nami Cob Nobbler.
"Hello, Eleena ni. Kami dari Mersing. Rumah awak kat mana? Taman Permai? Boleh share location? Baik. Awak jangan bimbang, butterscotch cookies ada untuk awak. Baik, terima kasih ya!"
Nizam terjaga.
"Lapar doh."
"Lapar, lapar. Kau pun membosankan kalau travel. Dari datang Jasin, sampai Tioman, sampai nak balik, memanjang tido dalam kereta!" kata Adli, mengomel perangai Nizam yang suka tidur bila berjalan jauh begini.
"Kejap lagi kita sampai rumah mak Nami Cob Nobbler ya?" kata Eleena sambil membelai rambut Nizam yang serabai baru bangun tidur.
"Kata nak pergi gerai ayah dia?"
"Kau tau ke?" tanya Adli.
"Tak."
"Dah tu, kita pergi je lah rumah dia. Entah-entah kat sana dia dah siap masak ke?" kata Adli.
YOU ARE READING
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...