Nizam: Hai, sekali lagi, kami bersama lagi. Kami semua membaca komen-komen dari tajuk "Watak-Watak Bertanya Pembaca", dan kami terharu dengan sokongan semua. Dan terdapat soalan-soalan dari pembaca yang kami rasa kena jawab ni.
Eleena: Baiklah, soalan pertama yang kami akan baca ialah dari syiachia dengan soalannya ialah, "adakah watak Azlam adalah watak yang sebenar"? Saya rasa elok Nami Cob Nobbler menjawab soalan ini.
Nami Cob Nobbler: Berkenaan dengan watak Azlam, ia berdasarkan kisah seorang member sejamming saya masa Tingkatan Empat dulu, dan dia meninggal sebab accident kena langgar lori. Pun begitu, ada tambah-tambah ubah-ubah sikit untuk memastikan takdelah sebijik macam dia, sekadar macam tribute untuk member seband saya.
Nizam: Seterusnya, kami rasa tertarik dengan respond dari mrszhou tentang Margera terbaik Adli. Menurut dia, Margera paling geli ialah hot dog tahi, paling jahat ialah kereta ayah aku didajalkan, puaka betul! Dan paling bijak ialah mengenakan Ustaz Hanafi dan Cikgu Aiman Daniel. Respon kau, Adli?
Adli: Sebenarnya aku ni cuma watak sampingan je masa vol 1, bila watak aku sepatutnya dihilangkan masa akhir vol 1 dan patut diceritakan aku pindah sekolah ke Maahad, tapi jalan cerita diubah kerana semua mengesan bahawa watak aku menjadi kegemaran ramai orang dalam scene dajal peminat New Boyz. Dan sejak itu, Nami memberikan kepercayaan pada aku untuk menunjukkan bakat semulajadi aku yang menjadi kegemaran semua orang. Ya, hot dog tahi yang menaikkan aku sebagai seorang Margera yang berjaya, dan dajal kereta bapak Nizam adalah sesuatu yang genius, tapi aku takkan lupa saat populariti aku mula meningkat dan aku mula menjadi watak utama dalam siri ini selepas mendajal peminat New Boyz dengan membaling air busuk dan mop ke arah peminat mereka. Dan baru-baru ni ada orang cuba baling mop pada Aiman Tino, cuma tak kena, dan kena tangkap. Takpe bro, my heart is be with you. Teruskan lagi usaha! Aku bangga dengan usaha kau, kipidap!
Nizam: Babi, aku jugak kena basuh kereta abah aku tu. Barai kau tau tak, barai! Seterusnya, dari AhmadZaibidin dengan berkata, dajal Ustaz adalah benda paling best. Aku tak tahulah, kenapa kau suka sangat dajal Ustaz Hanafi ni, Adli?
Adli: Setiap hero memerlukan villain agar gandingan ia menjadi mantap. Dan aku perlukan Ustaz Hanafi untuk memantapkan lagi kewibawaan aku selaku Margeraist yang berjaya. Tapi dalam novel yang telah diedit Nami, dan harapnya akan dicetak oleh penerbit, ada watak ketua pengawas yang bernama Sufian Suhaimi, seorang ketua pengawas yang skema tapi player suka mempermainkan hati para Puteri Islam. Dan selain Ustaz Hanafi, Sufian Suhaimi pun jadi nemesis untuk Adli Margera, yang akan ditonjolkan dalam Operasi Bocor, rasanya lah kan Nami?
Nami Cob Nobbler: Lek lu jangan bocor cerita dulu apa lu dajal semua, nanti tak surprise.
Adli: Cantik!
Eleena: Baik, soalan seterusnya dari SahiraOnn, dan 6mir6h6 pada sahabat dunia akhirat saya ni, Kam, kenapa awak tak kahwin dengan Adli? Kenapa Adli kahwin dengan Ustazah Mardihah yang sememangnya tak popular. Dorang rasa, Adelia adalah pasangan paling ideal.
Kamelia: Kau nak jawab ke, Adli?
Adli: Kau la jawab.
Kamelia: Okay, sebenarnya ramai juga di Cheras Perdana bertanya soalan yang sama. Kenapa aku tak kahwin dengan Adli, kenapa Adli kahwin dengan Ustazah Mardihah. Sebabnya ialah mak Adli nak menimang cucu sangat-sangat dan aku pulak tak boleh beranak. Jadi, Adli ni walaupun seorang budak punk, tapi pasal soal restu ibu dia tak buat main-main. Lagipun, masa kat hospital aku nampak Ustazah Mardihah memang natural sukakan kanak-kanak. Dia takdelah jahat pun sebenarnya, cuma dia suka Adli, dan ya aku admit dia memang gedik...
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
