Kamelia menaiki bas 450 dari Balakong menuju ke Kuala Lumpur. Hatinya berdebar-debar. Dah la pagi tadi dia nak bersiap-siap memakan masa dua jam. Terkial-kial dia pakai make up selepas menonton tutorial make up dari Mina Rosli di Youtube.
Tapi hari itu bas buat perangai macam biasa di hujung minggu - lembab. Sudah la berpeluh, dia yang tadi wangi-wangi dah tak ada bau wangi lagi.
Dia melihat jam Casio di tangannya sudah sejam lebih terpacak di stesen bas.
Selepas mengamuk dan beberapa siri makian terhadap bas sehingga pucuk pimpinan kerajaan kerana sistem pengangkutan awam yang barai, bas pun tiba. Penuh dengan orang. Bau ketiak sana sini kerana aircond bas tidak berfungsi.Rasa macam nak mendidih hati Kamelia. Sudahlah dia pakai lawa-lawa kini dia sudah dah macam bau ketiak, cuaca pada hari itu panas melenting. Kamelia sakit kepala. Dia tak tahan, dia turun di LRT Maluri dan naik LRT.
LRT pulak rosak di Pudu dan dia perlu tunggu selama dua puluh minit untuk LRT berjalan semula.
Dia melihat di jam, dia rasa berkemungkinan dia akan lewat bertemu Ray.
Dia turun di LRT Masjid Jamek dan berlari menuju ke terowong, tapi kakinya terpelecok ketika berlari di tangga. Tambah malang, dia tergelincir dan jatuh. Semua orang di eskelator memandangnya. Dia dah rasa malu dan bebal gila.
Dalam terhencut-hencut dia cuba berlari menuju ke stesen LRT.
Dia berhenti di stesen LRT Asia Jaya, dan menaiki teksi untuk menuju ke One Utama, tempat dia akan bertemu dengan Ray. Dalam hati dia mencarut, kenapa MRT tak siap lagi. Kalau siap, dah lama dia rilek dan tenang-tenang naik MRT dari Bandar Tun Hussein Onn ke Bandar Utama dengan perasaan ceria.
Turun teksi, dia dah lupa mana tempat yang dia selalu lepak dengan Ray dulu. Dia email Ray, di mana?
Ray balas dia sedang di Sushi Zenmai.
Terkial-kial Kamelia mencari Sushi Zenmai, tapi dia tak jumpa. Dia ingat dia masih lagi budak Petaling Jaya. Dia lupa dia sekarang orang Cheras.
Dia tanya receptionist, dan akhirnya, selepas beberapa kali tawaf One Utama yang besar gedabak itu, akhirnya dia jumpa Sushi Zenmai.
Dia nampak Ray sedang berpelukan dengan Sarah.
"Of all people, why her?" bisik hati dia. Dia terus keluar tanpa mesej Ray.
Dia terus berlari (dalam keadaan terhencut-hencut) menuju ke tangga kecemasan.
Dia menangis sepenuh hati. Habis semua make up yang dia pakai tadi.
Kamelia kemudian keluar dari One Utama, dan menunggu bas. Hari hujan. Bateri kong, powerbank kosong. Dalam kebasahan, dia naik teksi untuk pulang ke Bandar Tun Hussein Onn.
"Tak pergilah dik, jauh sangat Cheras tu. Jem pulak," kata pemandu teksi tu. Menyumpah Kamelia dibuatnya.
"Kau bila Grab dengan Uber wujud, tau pulak komplen rezeki kena caras! Tapi bila suruh hantar, malas! Ah pergi mampos lah kau!"
Dia tunggu bas dan kesejukan. Dia hisap rokok sekejap. Ketenangan sementara dari nikotin. Dia terus mengelap air mata yang bercampur dengan air hujan dan maskara yang melekit di matanya.
Dia rasa dirinya bodoh. Dia boleh berada di Glastonbury hari ini bersama Paddle Pop Pelangi. Satu apa pun tak ada pada akhirnya.
Dia naik bas menuju ke Asia Jaya. Naik LRT menuju ke Masjid Jamek.
Sampai Masjid Jamek, handbagnya diragut dan apabila dia mengejar peragut itu, dia terpelecok dan jatuh di tangga.
Satu kerja pulak nak pergi ke balai polis buat aduan.
YOU ARE READING
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...