15 - Cuti Hujung Minggu part I

1.7K 43 19
                                    

Ah, hari Sabtu. Hari kemerdekaan seluruh warga yang bergelar pelajar. Tiada yang lebih nikmat selain hari Sabtu. Hari Sabtu lah nak tengok cerita Dragonball, hari Sabtu lah nak lepak shopping complex, hari Sabtu la nak pergi gig.

Adli bukak lagu Nirvana "Come As You Are" sambil berdiri atas katil, dan menjatuhkan rambutnya ke bawah sampai dagu. Dengan seluar jeans koyak-koyak dan baju bundle Sonic Youth warna putih, dia pun perasan diri dia macam Kurt Cobain.

And I swear that I don't have a gun
No I don't have a gun
No I don't have a gun!

Dia rasa dia dah grunge habis dah, pakai seluar koyak-koyak.

"Adli, kau kecikkan radio tu ha! Bising la pagi-pagi ni!" kata mak Adli yang sedang bersihkan dapur.

Adli tak dengar. Dia kalau dah dengar lagu grunge, lagu punk, dia bukan peduli apa pun.

Mak Adli terus capai penyapu dan terus meluru berjalan menuju ke bilik Adli. Terus dia buka pintu dan sesah kaki Adli.
"Mak suruh kau kecikkan radio, kau tak dengar ke?" terus dia tutup radio.

"Adui, mak ni pun. Ingat ada Doraemon ke boleh kecikkan radio?" Adli sarkastik dengan mak dia. Bahasa orang lama je suruh kecikkan radio ni.

"Suara tu, perlahankan! Aku dari tadi bingit je. Bilik kau ni dah macam sarang penagih dadah dah! Dengan gambar setan apa kau tampal kat dinding ni. Tampal la kalimah Allah ke 99 nama Allah ke, kan molek!"

Adli terus down je bila mak dia kata macam tu. Terus dia capai novel Bau Semangat Anak Muda.

"Cibai la Nami Cob Nobbler, apahal dia tulis pasal Nizam je? Tulis la pasal aku. Fuck la."

"Padahal aku lagi grunge dari Nizam. Nizam mende layan lagu Weezer ye la," ngomel dirinya seorang diri.

Billie Joe masuk biliknya.

"Woi, Billie Joe!" dia capai kucingnya. Kucingnya pada asalnya diberi nama "Oren" oleh maknya, tapi dia rasa tak cool langsung sejajar dengan perwatakan kucingnya. Last-last dia panggil kucing dia sempena nama penyanyi Green Day.

Dia gomol-gomol kucing tu sehingga dia nampak luka pada konek kucing tu.

"Kau main dengan betina mana pulak ni sampai kena STD ni, setan! Ke kau gaduh sampai main gigit telo?"

Dia gomol-gomol kucingnya dan peluk.

Tiba-tiba Ustazah Mardihah videocall dia.

"Aiseh, main video call la pulak."

"Assalamualaikum Adli. Hari ni jadi tak main bowling?" tanya Ustazah Mardihah.

"Kita main memanah, nak? Baru sunnah!"

"Ustazah tak pandai la memanah," suara Ustazah Mardihah yang comel itu ditambah dengan nada gedik manja macam makwe-makwe. Sejak peristiwa hari tu, nada gedik manja Ustazah Mardihah dengan Adli makin menjadi-jadi.

"Saya ajar la ustazah. Saya ni dulu ahli kelab memanah sekolah," kata Adli.

"Tu kucing Adli ke?" tanya Ustazah Mardihah.

"Haah, nama dia Billie Joe. Mak bagi nama Oren, tapi tak best langsung."

"Nak tengok kucing ustazah?"

Adli cuba detect apakah ini sebenarnya perkataan double meaning memandangkan Ustazah Mardihah naik kening bila sebut perkataan 'kucing'. Macam ada maksud tersirat.

"Ustazah, Adli mandi dulu, lepas tu kita gerak, okay?" Adli terus capai tuala.

"Baik Adli, Ustazah tunggu Adli kat depan KFC macam biasa ya?"

Gadis Dari Sedna Where stories live. Discover now