Krrriinggggggggg!
Loceng sekolah pulang hari Jumaat berbunyi. Untuk kebanyakan pelajar sekolah, ia bunyi yang amat menggembirakan. Ia adalah bunyi kemerdekaan dari penjajahan sistem sekolah selama dua hari sebelum kembali ke sekolah.
Tetapi, loceng sekolah hari itu adalah loceng yang paling ditunggu-tunggu oleh Nizam.
"Zam, aku nak ikut kau pergi KLIA, nak ambik berkat!" kata Radhi sambil ikut Nizam dari belakang.
"Woi, aku pergi Glastonbury la, bukan pergi haji," kata Nizam.
"Bagi music lovers macam kita ni, Glastonbury ni macam pergi haji la!" kata Radhi.
Nizam hanya fistbump dan senyum.
"Pukul berapa kau punya flight?"
"Malam, pukul 10. Tapi sampai awal lah, sebab takut jem kat highway belah MEX tu," kata Nizam.
"Jangan lupa ambik gambar dengan Liam Gallagher woi, idola aku tu!" kata Radhi yang kalau nyanyi mesti tangan ke belakang meniru frontman Oasis tu.
"Tu pun kalau jumpa."
Adli tepuk bahu Nizam.
"Jom la, naik kereta aku. Kau naik la sekali, woi Kam, kau tak nak ikut ke?" tanya Adli.
Kamelia hanya mengangguk. Dia rasa agak down sebab tak sempat nak renew passport dan dia tak dapat nak pergi. Dia serba salah nak pergi Glastonbury atau nak jumpa Ray hari minggu ni.
Dalam kereta, Kamelia hanya diam. Topik Glastonbury berterusan dibualkan oleh Adli, Nizam dan Radhi.
"Nizam, kau belikan jersi Liverpool untuk aku boleh tak?" tanya Adli yang merupakan fan hardcore The Reds.
"Apa barang Liverpool, glory glory Man United!" kata Radhi.
"Oasis bukan fan Man City ke, kau nak kena pelangkung dengan Liam ke?" kata Adli.
"Aku bosan gila bola ni," Nizam kata selamba. Nizam memang tak minat bola.
Sampai rumah Eleena, Eleena dah bersiap-siap untuk ke KLIA. Hari ni dia malas nak masak, dia order Domino's Pizza je.
"Pukul berapa nak gerak ni?" tanya Adli selaku driver.
"Sebelum pukul 5 la, takut jem lah," kata Encik Osman.
"Selalu Encik Osman kan jadi driver? Hari ni biar saya jadi driver Encik Osman pulak," kata Adli, senyum.
"Hang goreng char kuey teow je lah, Adli!" kata Encik Osman.
"Encik Osman tengok-tengokkan si Nizam ni. Mamat ni blur, karang kat Glastonbury sesat pulak," Adli sekeh kepala Nizam. Nizam semak.
"Cinta, saya pegang passport awak ya? Lepas tu, sampai sana, kita akan jumpa dengan Kayley Shipway, kawan sahabat pena saya. Dia tinggal di Islington North, London. Kita naik kereta dengan dia kat sana," Eleena menerangkan sedikit sebanyak tentatif di bila tiba di Lapangan Terbang Heathrow nanti.
"Dari London ke Glastonbury berapa jam?" tanya Nizam.
"Dalam tiga jam. Tapi satu saya nak pesan, sekarang musim panas. Banyak minum air mineral. Ini cash, £100 untuk awak pegang. Mana tahu kat sana awak nak makan ke apa. Oh ya, makan awak jangan risau, Kayley akan tunjuk tempat makan yang okay di sana."
Nizam pegang kepingan kertas gambar Ratu Elizabeth yang diberi Eleena.
"First time aku pegang duit pound ni."
Kamelia terus diam, melihat Eleena dan Nizam sedang sibuk angkat beg ke Kombi.
"Kam, sayang awak tak dapat pergi. Tapi saya janji, satu hari nanti, kita akan pergi, ya?" kata Eleena sambil peluk Kamelia dan memujuk sahabat dunia akhiratnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
