Kamelia memeluk tubuh di sofa, tidak mahu memandang muka Adli. Kamelia seakan-akan bengang kerana Adli dilihat seperti mahu memihak pada Ustazah Mardihah dalam perkelahian ni.
"Cinta, lepas ni tolong saya masak, ya?" kata Eleena sambil membasuh pinggan. Nizam buang sampah. Radhi pulak sedang menonton filem 24 Hours Party People, filem tentang scene muzik di Manchester.
Radhi yang sememangnya peminat Oasis dan Stone Roses, peminat Manchester United dan meminati segala-gala yang Manchester, teruja gila menonton filem ni.
Kamelia dan Adli masih berdrama bisu.
"Eleena, ini dagingnya dan ni barang-barang yang Eleena pesan," kata Encik Osman yang baru pulang dari Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn.
"Terima kasih, Encik Osman. Cinta, tolong lumurkan garam kat daging ni. Hari ni saya nak masak steak untuk semua orang," kata Eleena.
"Fuyoo! Makan steak!" jerit Radhi dari tepi.
"Macam mana nak masak steak ni?" tanya Nizam.
"Alah, awak ni. Bukak la video Tasty. Saya yang tak ada socmed ni pun tau," Eleena buka video Tasty di Youtube.
"Saya nak rebus kentang ni, lepas rebus, awak tolong korek kentang ni, letak parmesan dan Monterrey Jack ni, lepas tu saya nak masak pasta."
Eleena nak masak grilled steak bersama cheese stuffed potato jacket dan pasta olio serta salad dengan dressing olive oil.
"Cinta, awak tengok Adelia," kata Nizam."Kam tengah marah Adli tu, awak jangan kacau. Karang saya pun merajuk, terkial-kial juga awak nak pujuk. Cepat, jangan banyak main. Dah panaskan grill?"
"Dah."
"Belum cukup panas, nanti dah panas, awak letak daging ni. Awak buat rare je, lepas tu saya nak sautée steak ni dengan rosemary, thyme dan bawang putih. Lepas tu, ha, kita banyak kerja ni, sebab ada ramai nak makan, kejap lagi ustazah sampai," kata Eleena.
"Patutnya kita masak popcorn je la, cinta."
"Cinta..." Eleena tunjuk satu beg popcorn besar.
"Lepas makan, kita tengok drama Melayu," Eleena gelak.
"Okay, dah boleh grill. Sekarang, saya keluarkan kentang ni. Awak korek macam ni. Lepas tu, ambik cheese ni, letak dalam kentang tu. Dah nak siap, beritahu saya, saya nak panaskan oven," Eleena mula rebus pasta.
"Awak ni pandai semua benda lah, cinta. Apa je awak tak pandai?"
"Saya tak pandai bertukang, saya tak pandai repair komputer, saya tak pandai bancuh simen. Awak, setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan. Awak pandai main muzik, tapi bab kemas barang awak fail," Eleena senyum.
"Ha, yang tu memang!"
"Dah, sambil korek kentang tu, awak tengok-tengok daging tu. Karang hangus pulak karang."
"Peh, bau daging menyusuk kalbu! Sedap doh!" Radhi datang masuk dapur.
"Keluar! Danger zone!" Eleena jerit.
"Garang gila awek kau doh bila dalam dapur," kata Radhi pada Nizam.
"Baru kau tau," Nizam sibuk mengorek kentang.
Adli dan Kamelia masih berdrama di sofa.
"Kau nak merajuk ni sampai bila?" tanya Adli.
"Sampai bila-bila lah. Apahal kau nak sibuk?"
"Kau cakap dengan aku, apa yang kau tak suka dengan Ustazah Mardihah tu?" Adli cuba mahu mendapat kepastian.
"Aku belum pernah jumpa perempuan yang gedik macam tu."
YOU ARE READING
Gadis Dari Sedna
Novela JuvenilKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...