33 - Drama Melayu Lagi!

1.7K 46 7
                                    

Adli bersiap-siap untuk menunggu Kamelia dari menjemputnya pulang ke rumah. Dia tahu kalau dia pulang petang, mesti Ustazah Mardihah yang nak hantar dia.

Entahlah, sejak kes makan nasi briyani hari tu dah macam tak berapa best dah nak lepak dengan Ustazah.

"Adli!"

"Nate bewok mu ni Kam! Gapo date gitu pulok," Adli terkejut bila Kamelia datang menyergah dia dari tepi.

"Sejak bila kau reti cakap Kelantan ni, Adli?"

"Jiran katil aku orang Kelantan. Kerap jugak la aku borak dengan dia. Lagipun aku kan pernah sekolah maahad tahfiz kat sana," kata Adli.

"Ooh yang kau cerita kau bakar asrama sekolah tu ke?"

"Yang tu ke? Entah, aku tak ingat. Banyak jugak sekolah aku bakar sebenarnya," Adli tergelak.

"Aku ada surprise untuk kau, tutup mata."

"Tutup la mata, jangan mengelat!" Kamelia bagi signal kat Eleena dan Nizam untuk datang ke katil.

Eleena beri scarf Liverpool pada Kamelia untuk Adli.

"Ha, bukak."

"Weh, scarf Liverpool! You'll never walk alone! Eh, Nizam, Eleena! Korang dah balik!" terus Adli bangun dari katil dan fistbump kedua-duanya.

"Jom la, gerak. Radhi tunggu kau kat studio jamming petang karang," kata Nizam.

Selepas menyelesaikan beberapa urusan hospital, Adli pulang ke rumah dengan Kombi.

"Minta maaf lah Adli sebab kami tak dapat lawat awak masa awak sakit," kata Eleena.

"Ala, korang kat Glastonbury. Amacam, best tak?" tanya Adli.

"Best la, aku melompat gila bila nampak Brandon Flowers, Thom Yorke, Dave Grohl. Ha, siap dapat autograf Dave Grohl lagi!" Nizam berlagak dengan CD Foo Fighters berautograf Dave Grohl di tangannya.

"Ha, berlagak. Tuhan murka baru kau tau Zam!" kata Adli.

Mereka semua tiba di studio jamming Wak Ramlan dengan Radhi awal-awal tersengih depan pintu.

"Peh, bau London la sial!" Radhi terus peluk Nizam.

"Weh, kau dah kenapa bau-bau aku ni?"

"Ambil berkat. Orang baru balik Glastonbury, ada lagi bau England ni," kata Radhi.

"Khurafat kau ni tak habis-habis," kata Nizam.

"Jap, nak ambik berkat Eleena la pulak," Radhi cuba nak peluk Eleena.

Nizam jeling.

"Kahkahkah, insecure la kau, Zam. Tau la aku akan kacak dengan jaket Stone Island Liam, mana, mana!" kata Radhi sambil menjerit.

"Sabar lah. Hah! Liam panggil aku cunt kat Twitter sebab ni tau. Kau jaga elok-elok sikit, mahal ni. Aku tak sure ada bau peluh Liam Gallagher ke tak, tapi kau pakai je lah," Nizam hulur jaket Stone Island Liam yang dicuri di bilik hotel bekas penyanyi Oasis tu.

"Apa lagi, jom la jamming!" Nizam terus naik tangga mengetuai band.

"Wah, orang England dah balik," kata Wak Ramlan sambil bersalaman dengan Nizam.

"Apa khabar, Wak Ramlan?" tanya Eleena, salam cium tangan.

"Tak berapa sihat. Rindu dengan kari kepala ikan nyonya Eleena ni," kata Wak Ramlan bergurau.

"Bayam takde garam Kam tak rindu pulak ke? Anak sendiri tu, pakcik," tiba-tiba Adli menyahut dari tangga. Kamelia piat lengan Adli.

"Biadap ye kau dengan aku, biadap!" Kamelia cubit kuat-kuat.

Gadis Dari Sedna Where stories live. Discover now