9 - Kamelia Ramlan

1.7K 54 17
                                        

"Hey Kam, just want to ask, are you free this weekend? We should hang out some time," kata Ray sebelum keluar dari rumah.

"We'll see. Call me," Kamelia senyum. Menahan segala perasaan di jiwa.

"Balik dulu ya," kata ayah Ray sambil menanti kereta Uber untuk tiba di depan rumah Kamelia, menuju ke rumah saudara mereka di PJ.

Kamelia berdebar-debar. Mahu saja dia cakap ya saja, tapi dia tak nak lah dilihat macam telaga cari timba.

Kamelia kemudian duduk di depan rumah, termenung.

"Kenapalah kau duduk California, Ray? Kau tau kan dari dulu aku crush dengan kau?" Kamelia mengelamun seorang diri.
"Apa lagi, buatlah projek terlarang Sabtu ni, Kam!"

Arnab ni lagi.

"Kau diamlah Miko."

"Bukan main seronok kau hari ni ya?"

"Seronok tu memang seronok, cuma aku tak faham kenapa Adli nak marah aku sampai macam tu sekali. Macam la dulu dia siapkan kerja cikgu Affan pun. Dia tu asyik memanjang je ponteng. Aku baru hari ni ponteng sekolah. Takkan tak boleh nak consider? Ye lah aku salah, tapi tak perlulah blah macam tu kan?" Kamelia kuis-kuis pasir dengan jari.

Dia rasa bersalah pada kumpulan, tapi dia tak faham kenapa Adli nak marah dia sampai macam tu sekali. Adakah Adli marah sebab assignment Cikgu Affan, atau sebab dia nampak Ray?

"Kenapa lelaki je ek boleh poligami, kenapa perempuan tak boleh? Kalau lelaki poligami, sunnah. Tapi kalau perempuan poligami, orang kata bitch. Tak adilnya dunia ni untuk perempuan."

Suria sedang meneliti pokok-pokok halaman rumahnya.

"Kau tengok apa tu, Suria?"

"Kalau daun ni menjalankan fotosintesis, nak tanya, apakah dia memerlukan karbon dioksida untuk hidup? Kalau begitu, yang mana datang dulu dalam hidupan Bumi ni, haiwan atau tumbuhan dulu? Sebab tumbuhan mengeluarkan oksigen, haiwan menghirup oksigen."

"Kau ni tanya soalan yang tak kena gaya la time macam ni, Suria. Otak aku tak boleh proses. Kalau kau tanya Eleena, mungkin dia boleh jawab."

Suria duduk sebelah Kamelia.

"Kalau Eleena kat planet saya, dia dah cantik tahap tuan puteri," kata Suria.

"Wah, sampai macam tu," terbeliak mata Kamelia.

"Mereka macam merpati sejoli kan?"

"Mana kau tau perkataan macam ni? Baru semalam kau makan plastik."

"Tengok alat kotak drama rumah awak tu."

"TV?" tanya Kamelia.

"Namanya TV?"

"Televisyen. Tapi orang panggil TV je. One of the greatest and influential creation in 20th century, lepas tu jadi bangang di abad seterusnya. I miss those days, tengok TV semua rasa best. Ada Kami The Series, Dunia Baru, Gol dan Gincu..."

Suria dah tak peduli Kamelia mengelamun.

"Kenapa bila kita meningkat dewasa, kita rasa apa di zaman kita muda dulu semua best belaka, tapi sekarang macam tak best?" Kamelia terus berfikir seorang diri.

"Suria, ceritalah pasal planet kau. Asyik kau je tanya," kata Kamelia.

"Planet saya mengelilingi Arwarikultus juga macam planet awak, cuma ia jauh dari sini."

"Eh, kalau dah dia kat belakang, mestilah dia sejuk beku. Apa benda nak hidup? Planet kau kat mana? Pluto? Bapaklah."

Kamelia pun malas nak fikir macam-macam. Entah macam mana rupa planet tu dia tak boleh nak bayangkan.

Gadis Dari Sedna Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang