12 - "Sila Nikmati"

2K 45 16
                                        

Hari ini Eleena masak mi bandung - seperti yang dijanjikan olehnya kepada Nizam. Agak lama juga, tapi dia tunaikan selepas sekian lama.

Nizam tiba di rumah, dan membantu Eleena sikit-sikit dalam memasak.

"Awak dah beritahu Kam saya jemput Suria?" tanya Eleena.

"Kat sekolah tadi. Tadi kat sekolah, Kam mengamuk dalam kelas. Tiba-tiba dia lempar kerusi. Nasib baik tak kena kepala saya," kata Nizam, bercerita tentang kejadian pagi tadi.

"Kenapa dia jadi macam tu?"

"Adli. Adli macam tak nak cakap dengan dia, lepas tu dia depressed, dia mengamuk."

Eleena menggaul kuah bandung itu sambil tekun mendengar cerita Nizam.

"Awak ada ajak Adli?"

"Ada, tapi dia kata dia datang lambat sikit. Telefon dia rosak, dia nak cari telefon baru," Nizam susun pinggan di meja.

"Awak, passport awak hidup lagi kan?" tanya Eleena.

"Hidup. Alah, saya baru renew tahun lepas. Kenapa ya?" tanya Nizam.

"Pejam mata."

Nizam pejam mata. Eleena buka telefonnya, kemudian menunjukkan pembelian tiket ke festival konsert Glastonbury yang dibelinya.

"Sekarang bukak mata awak."

"Hah? Awak beli tiga tiket ke Glastonbury?"

"Ya, awak, saya, Kam. Kita berlepas ke UK petang Jumaat ni. Tiket penerbangan, tiket konsert, hotel, semua saya dah selesaikan. Tapi Kam ni tak confirm pulak dengan saya."

"Kalau dia tak nak pergi, kita bagi la tiket tu kat Encik Osman!"

Encik Osman yang sedang duduk di sofa ketawa.

"Haha, betul tu!" sambut hilaian ketawa dari Encik Osman.

"Sebab tu saya nak Kam confirm hari ni, sebab kalau dia tak jadi, sempat saya tukar nama pada tiket kapal terbang," Eleena cedok kuah bandung.

Loceng pintu rumah Eleena berbunyi.

"Cinta, buka pintu," kata Eleena.

Nizam pergi ke pintu. Dia nampak Kamelia dan Suria berada di depan pintu.

"Wah, bau sedap ni," kata Kamelia tersenyum.

Nizam elak diri dari memandang mata Suria sejak kejadian tempoh hari. Suria curi-curi pandang Nizam.

"Kam, Suria! Masuklah, saya baru siapkan makanan ni. Encik Osman, dah boleh makan dah."

Suria melihat rumah Eleena dengan penuh minat. Tapi dia merenung lama pada Gundam di atas piano.

"Suria, makan dulu. Kalau minat nak main piano, nanti saya tunjukkan."

"Cinta, tolong telefon Adli. Tanya dia jadi datang tak, kalau jadi, kita tunggu dia sampai, baru kita makan."

Suria terus melihat persekitaran ruang tamu di rumah Eleena. Tapi dia lebih tertarik dengan gambar-gambar bintang dan planet-planet di ruang tepi tingkap berhampiran teleskop.

Dia ternampak gambar planetnya.

"Suria, awak minat astronomi?" tanya Eleena.

Suria mengangguk. Tapi dia melihat gambar planetnya dengan perasaan yang sayu. Peperangan di planetnya sudah bertahun-tahun, bagaimana nasib keluarganya, kawan-kawannya.

"Ini planet Sedna, imej ni bukan saya ambil, tapi NASA," kata Eleena.

"Boleh tengok planet ni dari sini?" tanya Suria.

Gadis Dari Sedna Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang