5 - Makan Steak

1.6K 50 8
                                        

"Peliklah, selalu Kam tak perangai macam ni," kata Eleena sambil tengok phone, menanti Kamelia untuk reply message Whatsapp.

"Entahlah, Adli, kau ada jumpa dia?" tanya Nizam. Adli sedang sibuk goreng char kuey teow.

"Ada. Entah dia macam bad mood je. Sikit-sikit cari gaduh dengan aku," Adli pecah telur, sambil menggaul-gaul char kuey teow.

"Dia ada masalah ke? Sejak semalam lagi dia macam ni. Hari tu dia ok je," Eleena rasa pelik. Telefon tak nak angkat. Whatsapp tak nak reply.

"Macam tak sedap hati je. Cinta, kita datang rumah dia, nak?" tanya Eleena.

"Weh, weh, weh! Jangan weh! Mengamuk karang dia tu nanti," Adli tiba-tiba tak kasi Eleena dan Nizam melawat.

"Apasal weh?" tanya Nizam.

"Aku serba salah nak cakap ni sebenarnya."

"Kam ada masalah ke?" tanya Eleena.

"Dia sakit ke?" tanya Nizam.

"Aiyaarrrkkkk!" Adli padam api, kemudian cedok char kuey teow ke pinggan. Dia tabur daun kucai pada dua pinggan char kuey teow untuk Nizam dan Eleena.

"Aku tak tau la aku patut cakap ke tak."

"Apa dia?"

"Nanti la, habis kerja ni, aku datang studio jamming. Kita makan steak sama-sama. Aku dah janji nak belanja dia," kata Adli.

"Amboi, sesuatuuu. Awak, bila awak nak belanja saya?" tanya Eleena pada Nizam.
"Hari ni saya belanja awak, ok?"

"OK, hari ni awak belanja saya. Kita nak makan kat mana ni?" tanya Eleena.

"Rendezvous Steak, kat Kampung Pandan."

"Hari ni saya nak jadi karnivor, awwrr!" Eleena buat gaya dinasour depan Nizam. Eleena buat gaya apa pun dia tetap comel.

"Kau memang bukan karnivor ke, Eleena? Yang hari tu kau gigit telinga Nizam tu apa?" tanya Adli.

Eleena hanya tersenyum malu.

"Nizam, kerja sekolah hari tu dah siap?" tanya Adli.

"Kerja yang mana doh?"

"Cikgu Affan. Sejarah Malaysia."

"Kerja sekolah apa, presentation. Benda group discussion. Aku, kau, Kam, Radhi. Present pasal Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Aku buat Negeri Sembilan. Siap dah pun. Radhi buat Perak. Aku mesej dia kat Whatsapp group jap. Kau buat Pahang kan?" tanya Nizam.

"Mampos, satu benda aku tak tahu pasal Pahang," Adli tepuk dahi.

"Nak saya tolong?" Eleena menawarkan diri.

"Ish, cikgu nak Isnin ni. Sempat ke?" tanya Adli.

"Macam ni. Awak belanja kami semua makan, saya tolong awak siapkan assignment Pahang awak," Eleena senyum maut.

Nizam: radhi, kau dah siap perak ke belum?

Radhi: aku baru buat perjanjian pangkor. ni nanti aku siapkan ghee hin hai san. kau dah siap n9?

Nizam: dah. aku dah siapkan.

Radhi: weh, msg kam weh. discuss doh seblm bukak sekolah ni. minggu ni kita present doh.

Nizam pandang Eleena dan Adli.

"Kita memang kena jumpa Kam hari ni. Banyak benda kena discuss ni."

"Entah-entah dia sibuk kot nak siapkan assignment ni," kata Eleena.

"Tapi ni kerja kumpulan, cinta. Dia kenalah contact kitorang dah siap sampai mana. Sebab PowerPoint semua dia juga yang offer nak buat," kata Nizam sambil minum nescafe ais.

Gadis Dari Sedna Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang