Kamelia lihat Suria lemah lesu, terbaring di atas lantai seperti tiada daya. Mungkin sakit itu terlalu dalam menyebabkan dia lambat untuk recover. Atau mungkin itu cara alien di planet Sedna mati - dengan mengorbankan diri demi orang lain.
Tanpa kematian, dunia ini terlalu penuh dan sempit untuk laluan orang lain.
"Suria, Suria! Bangun Suria," Kamelia memeluk tubuh badan Suria yang dah yang tiada bermaya lagi. Kamelia angkat Suria dan letakkan dia di atas sofa ruang tamu rumah Adli.
"Tadi dia recover kejap je, Li?" tanya Kamelia.
"Sebab aku luka je, mak aku kanser," kata Adli.
"Nak bawak dia pergi hospital ke?" tanya Nizam.
"Saya cadangkan jangan. Dia bukan macam kita, cinta," Eleena ingatkan Nizam bahawa Suria adalah seorang makhluk asing.
"Suria, janganlah pergi. Suria kuat, kan?" Kamelia memeluk erat tubuh Suria.
"Kita hantar dia balik rumah kau, Kam?" tanya Adli.
Adli capai kunci Kombi. Nizam, Eleena dan Kamelia mengangkat Suria dan letakkan dia terbaring di kerusi Kombi.
Kalau masa Adli tu, dia boleh cakap lagi, yang ni dia terus tak sedarkan diri.
"Entah-entah ubat dia xiangzang kot? Mana nak korek benda tu kat planet ni?" tanya Adli.
Kamelia terus bimbang. Dia cuba fikir macam mana nak selamatkan Suria. Tanya doktor pun tak guna sebab mana ada doktor yang rawat alien lagi.
Google pun tak boleh nak respond kalau macam ni.
Eleena belai rambut Suria. Nizam pula kalut memikirkan ubat tradisional apa yang boleh diberi memandangkan perubatan moden pun tak dapat merungkai masalah ini.
Nizam cuba memikirkan ikhtiar.
"Cinta, tolong capai beg saya kejap," kata Nizam pada Eleena.
Eleena ambil beg Nizam. Nizam kais-kais begnya dan dia ambil satu botol kecil.
"Anda, apa tu?" tanya Kamelia.
"Minyak belacak," kata Nizam dengan wajah selamba.
"Kepala hotak kau! Aku pukul kau karang Nizam!" Adli menjerit dalam kereta.
Eleena facepalm sambil menyumpah diri, 'kenapalah aku ada boyfriend yang macam ni?'
"Kita try je dulu. Minyak ni ada protein. Mungkin boleh ke. Kita try la dulu," kata Nizam.
"Anda jangan nak eksperimen bukan-bukan," kata Kamelia.
Nizam titiskan beberapa titikminyak belacak pada bibir Suria.
"Hah? Tak jadi apa pun?" kata Kamelia.
Tiba-tiba dengar Suria meracau dalam bahasa suku dia.
"Xiongzongla karangla mabutao xinlao fuchisia lalamana tongla wan timooooonnnn!"
"Hah? Dia nak timun ke?" tanya Eleena.
"Pelik-pelik la kau ni, Suria!" Adli yang tengah drive tak boleh nak fokus.
Suria buka mata tapi badan dia masih tak bermaya.
"Kam, sakit."
"Tau, ni kita nak balik rumah ni, lepas ni kau rehat kat bilik aku ya?" kata Kamelia.
Mereka bertiga papah Suria sampai bilik Kamelia, dan baringkan Suria atas katil Kamelia.
"Anda, terima kasih sebab selamatkan Suria. Tak tau macam mana nak cakap lagi," kata Kamelia.

YOU ARE READING
Gadis Dari Sedna
أدب المراهقينKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...