8 - Adli Romeo

2.2K 47 25
                                        

Adli tiba di rumah Kamelia, kerana bingung dengan ketidakhadiran Kamelia ke sekolah hari ini. Dia masuk ke rumah Kamelia, dan kedengaran meriah macam orang berbual.

"Assalamualaikum, Kam!" Adli panggil dari luar rumah.

"Oh, Adli. Jemputlah masuk," kata Wak Ramlan.

Dia nampak ada dua orang lelaki, seorang tua dan seorang muda. Dia nampak Kamelia pandang lelaki muda macam penuh berharap.

Lelaki muda tu macam kacak dengan jersi Golden State Warriors, nampak macam baru pulang dari oversea.

"Ha, Adli, lama dah kau sampai?" Kamelia baru perasan Adli terpacak depan pintu.

"Agak lama jugak la aku jadi tiang bendera depan pintu kau ni, Kam."

"Weh, sorry lah aku tak datang sekolah hari ni. Aku kena jemput Ray dengan ayah dia. Dorang ni dulu jiran aku kat PJ, sekarang duduk kat California...."

"Yada yada yada. Kau tau tak kau musibat? Kau tau tak, kau dah menyusahkan aku, Nizam dengan Radhi?" Adli mencekak pinggang.

"Alamak, sorry lah."

"At least beritahu la dulu kau ada hal. Bagi file presentation tu ke. Ke kau tak buat lagi?" tanya Adli.

"Aku belum buatlah."

"Ha, elok. Lepas ni kitorang semua dapat markah kosong sebab kau syok dengan mamat ni. Eh, blah la Kam," Adli terus blah dari rumah Kamelia.

"Adli! Adli! Alamak..."

Menggelabah Kamelia pakai selipar sambil kejar Adli.

"Adli, aku minta maaf la sebab ni. Aku janji aku buat malam ni."

"Aku nak tanya kau, kenapa kau off handphone kau tadi? Kau tau tak, tadi Cikgu Affan maki kitorang? At least kalau kau beritahu awal-awal, siapkan file presentation awal-awal, takdelah kitorang menggelabah macam pagi tadi."

"Alamak Adli, kau garang sangat dengan aku ni," Kamelia cuba memujuk.

"Aku tahu, esok kau siapkan file presentation, dan esok, kau explain dengan Radhi, Nizam. Nizam tu mungkin senang la, Radhi mengamuk kot pagi tadi," Adli buka pintu kereta.

"Adli, kau marah dengan aku ke?"

"Kam, aku rasa, aku dengan kau memang tak boleh bersama lah. Kita lain perangai, lain spesis. Kau dengan angan-angan kau, aku ada misi beb. Kalau aku fail STPM tahun ni, aku tak boleh pergi mana-mana lagi. Jadi, aku harap, kau lupakan la apa aku cakap masa kat Tioman hari tu. Dari aku tengok kau pandang mamat tu, macam kau syok je dengan dia."

"Adli, dengar dulu apa aku nak cakap ni. Adli, Adli!"

Adli buat tak peduli. Dia terus start kereta dan blah.

"Awak, kenapa dengan Adli?" tanya Suria.

"Saya rasa dia cemburu dengan Ray."

--

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adli terus memandu sampai ke Taman Mesra, bertemu dengan Ziel-O dan Alim.

Gadis Dari Sedna Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang