Kamelia pergi sekolah pagi keesokan je, tiba-tiba ada perhimpunan.
"Butoh apa perhimpunan hari Rabu?" tanya Kamelia semasa dia melangkah masuk dalam perkarangan sekolah.
Kamelia nampak Ziel-O tengah kunci basikal pinknya.
"Weh, pelik. Apahal ada perhimpunan hari Rabu ni? Random gila?" tanya Kamelia pada Ziel-O.
"Haah ek, kenapa doh?"
Tiba-tiba Alim berlari ke arah Kamelia dan Ziel-O.
"Weh, korang. Ustazah Mardihah nak buat spotcheck siapa tak pakai tudung, kena denda sebab tak tutup aurat," Alim lari termengah-mengah.
"Tadi aku lalu bilik guru, aku dengar dia dengan Ustaz Hanafi nak denda perempuan yang tak pakai tudung," kata Alim.
"Aku nak lawan Ustazah Mardihah depan orang ramai!" Kamelia cekak pinggang.
"Kak, bertindak dengan bijak, bukan perasaan. Akak pukul ustazah kat sekolah, akak yang rosak masa depan akak. Belajar prinsip-prinsip Adli untuk jadi ahli The Jackalls yang baik. Jom, ikut saya," kata Alim.
Alim bersama Kamelia dan Ziel-O menyorok belakang asrama SMK SAAS, atau port orang merokok.
"Selama ni takde spotcheck macam ni pun," kata Ziel-O.
"Ni dia bukan nak suruh orang tutup aurat, ini dia nak malukan aku depan orang ramai. Mentang-mentang aku tak pakai tudung," kata Kamelia, sambil selongkar beg cari rokok. Kamelia hisap rokok untuk menenangkan diri sebentar.
"Alim, kau usha tepi tu kot-kot ada guru disiplin meronda," kata Kamelia.
"Jangan risau, kebanyakan cikgu kenal saya sebagai anak buah Adli Margera. Dia kalau nak makan tahi, ha, sila la!" kata Alim.
Tiba-tiba Kamelia tersenyum dan terdetik satu idea. Dia teringat yang Adli pernah buat kek julap untuk dajal Ustaz Hanafi masa kat sekolah Cheras Perdana dulu.
"Tapi, aku tak nak buat kek. Ustazah ni hijabster, aku kena buat sesuatu yang kelihatan comel. Ziel-O, rumah kau line clear tak?" tanya Kamelia.
"Rumah aku takde orang, mak ayah aku kerja," kata Ziel-O.
"Rumah kau ada oven?"
"Ish, tiap-tiap tahun mak aku niaga biskut raya, takkanlah takde. Kenapa?"
Kamelia senyum semacam. Dia ingin membuktikan, tanpa Adli, dia masih boleh bermargera.
"Jom, pergi rumah kau!"
Dia terus menyelinap keluar sekolah dari longkang, kemudian dia berjalan menuju ke jalan besar. Dia nampak ramai budak-budak perempuan yang tak bertudung kena denda.
Kamelia nampak Ustazah Mardihah membebel pasal aurat.
(Kalau Kam tau Ustazah buka tudung dan segala-gala depan Adli, dah lama dah cerita ni tamat. Tapi lek dulu)
Kamelia terus tengok waktu jam di UK.
"Aiseh, dah pukul 1 pagi kat sana. Eleena mesti dah tido," kata Kamelia.
"Kau nak buat apa ni?"
"Ada lah," Kamelia tersenyum penuh tersirat.
"Kau nak pakai dapur oven mak aku, lepas tu kau cakap ada lah, ish! Karang mak aku marah kang?"
"Ziel-O, kau reti buat cupcake?" tanya Kamelia.
"Apa pulak tak reti? Malu la dengan mak aku kalau aku tak reti," kata Ziel-O.
"Okay, sekarang, area rumah kau ada farmasi tak?" tanya Kamelia.
"Tu kena pergi pekan Kajang la."
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Novela JuvenilKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
