Lepas settle siap IC, Adli bawa Kamelia menyiapkan kad bank ATMnya di Maybank Kajang. Dalam menunggu Kamelia menyiapkan kad ATM, Adli bermain Mobile Legends.
"Minion aku ni cepat la buat keje, gila. Minion si babi ni dah serang, kejap lagi hero dia datang," ngomel Adli seorang diri.
Kamelia sibuk mengisi borang untuk buat kad ATM baru.
"Baik Cik Kamelia, sila sign sini, sini dan sini," kata pegawai bank itu.
"Nanti boleh tukar pin number kat ATM ya?" pegawai bank itu tunjuk ke arah ATM.
"Terima kasih, ya?"
"Sama-sama."
Kamelia terus duduk sebelah Adli yang sedang leka main game.
"Dah settle. Aku kembali dah ada kad bank, dah ada IC, dah ada handphone. Terima kasih, Adli," Kamelia senyum depan Adli.
"Duit kau ada hilang tak? Cuba kau check."
Kamelia tukar pin nombor, dan check baki ATM. Syukur tak ada duit yang hilang.
"Kalau aku tak ada kau, apa jadi entah kat aku," Kamelia tiba-tiba peluk dan manja overdosed bila Adli turun tangga.
"Woi, woi! Adui patah pinggang aku kang."
Tiba-tiba Kamelia nak Adli dukung dia.
Adli start enjin kereta dan terus memandu melintasi Stadium Kajang.
"Weh, Ustazah Mardihah ajak kita makan kat Putrajaya. Dia nak belanja nasi beriani gam. Kau okay tak?" tanya Adli.
Kamelia tersenyum dengan penuh berselirat maksud.
"OK je."
Ini kali kedua Ustazah Mardihah dan Kamelia bersemuka selepas makan mi bandung di rumah Eleena.
"Assalamualaikum, Adli...Kam..." kata Ustazah Mardihah yang bersalaman dengan Kamelia. Kamelia pandang matanya tepat, dan senyum.
"Dah tunggu lama ke, ustazah?" tanya Adli.
"Tak adalah, baru 15 minit sampai. Teman Kam buat IC ke? Buat kat Putrajaya?" tanya Ustazah Mardihah.
"Kajang je," Kamelia senyum pura-pura mesra.
"Eh, order lah. Ustazah nak beriani kambing, minum nak sirap bandung Johor, Adli?"
Kamelia lihat menu, kemudian dia tersenyum nakal. Dia jeling Ustazah Mardihah yang sedang order makanan.
"Bandung Johor jugak lah, makan, beriani ayam merah," kata Adli.
"Kam?"
"Bandung Johor jugak, makan nak beriani rusa."
Adli jeling Kamelia, terkejut sebab Kamelia dengan muka yang tak bersalah mengorder makanan paling mahal.
Kamelia tenang dengan senyuman. Ustazah Mardihah memberi pandangan yang membawa maksud "Challenge Accepted".
"Ustazah, takpe ke?" tanya Adli.
"Takpe," Ustazah Mardihah senyum saja.
"Kau ni, agak-agak la Kam. Beriani rusa dah nak dekat RM30 tu. Tu macam bajet makan aku tiga hari kot."
"Ala, teringin lah. Lagipun Ustazah yang nak belanja, kan?" Kamelia pandang tepat ke mata Ustazah Mardihah dan naik kening.
"Ya, takpe. Niat ustazah memang nak belanja pun," Ustazah Mardihah lawan mata Kamelia balik.
"Siapa pulak call aku ni, nombor mana start +44 ni?" tanya Adli.
"UK! Eleena ke Nizam tu call?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Novela JuvenilKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
