29 - Suria Binti Ramlan

1.8K 53 38
                                    

Kamelia tarik kerusi dan duduk depan Suria.

"Kau duduk depan aku, Suria," suara Kamelia agak tegas. Muka Suria macam ketakutan kerana merasakan Kamelia sedang marah dia.

"Kau ni, aku tak marah kau. Aku nak tanya kau. Kau ni memang plan nak duduk kat Bumi sampai mati ke?" tanya Kamelia.

Suria hanya tunduk.

"Cakap lah, kau ni tak membantu aku la!"

Tiba-tiba Suria menangis.

"Alalalala, menangis pulak. Aku tak marah kau. Kejap," Kamelia keluarkan dompet barunya, dan keluarkan kad pengenalannya.

"Kau tau, apa benda ni? Ni namanya kad pengenalan. Orang panggil IC. Benda ni, semua warganegara Malaysia kena ada. Kau tau ni negara apa?"

"Negara tu apa?" tanya Suria.

"Negara tu, macam satu kawasan pentadbiran paling luas. Macam Nizam dengan Eleena, sekarang dia dekat negara United Kingdom.."

"Adli kata England," kata Suria.

"Ish, aku nak terangkan macam mana ni. Panjang pulak aku nak cerita. England tu dalam United Kingdom la. Untuk kau pergi sana, dari sini, mesti kena ada pasport," Kamelia selongkar almarinya dan tunjuk buku passportnya yang dah mati.

"Aku ni bukan main la buat passport dulu, tak kemana jugak aku ni. Ha, jadi, kau tau, kalau kau takde kad biru ni, kau kena ada pasport dari negara lain. Kalau kau kat negara lain, kau kena ada buku merah ni. Kalau kau takde buku merah ni, kau tak boleh masuk negara orang. Kau takde kad biru ni, kau bukan warganegara. Sekarang, kau dua-dua takde, macam mana aku nak setelkan problem kau?" tanya Kamelia selepas menerangkan sistem pengenalan negara.
Suria hanya tunduk sahaja, merasakan dia adalah beban untuk Kamelia.

"Suria, aku faham, kat planet kau tak ada konsep negara. Yang ada, apa yang aku dengar, suku kaum. Zargon..."

"Zorgon..."

"Ha, macam kau, Matilda. Eh, kalau kat sini, tu nama orang. Sama juga kat planet ni. Cuma bezanya, untuk kau ke negara orang, kau perlu ada kebenaran. Dan buku merah ni, kalau dah dicop, baru ada kebenaran nak masuk. Tapi kalau kau kat negara ni, kau kena ada kad biru ni. Adli pernah tanya aku soalan ni, jadi besok, kau nak ikut aku pergi balai polis tak? Aku cakap kau hilang IC, aku reka nama bapak kau, lepas tu, kau jangan bersuara sikit pun. Biar aku buat semua. Lepas dah siap, jadilah kau warganegara Malaysia. Kau faham?"

"Faham."

"Betul jugak cakap Adli hari tu. Haih, pening gak aku bila ada alien dalam rumah aku ni," Kamelia baring atas katil. Suria masih tunduk depan Kamelia.

"Dah kau berdiri macam tugu kesedihan ni dah kenapa?" tanya Kamelia.

"Maaf sebab saya susahkan Kam."

"Sini, baring sini," Kamelia peluk Suria.

"Kau jangan la cakap macam tu. Bukan kau mintak pun planet kau berperang. Dah kira ok la kau mendarat kat sini dengan selamat. Kau mendarat depan rumah Rafi, mahu masak kau jadi hamba seks dia. Ish, takdelah sampai macam tu tapi dia creepy doh!" kata Kamelia.

Suria terus menangis.

"Dah kenapa?" tanya Kamelia.

Tiba-tiba Suria bangun dan tarik tangan Kamelia menuju ke TV. Dia buka channel Al Jazeera. Berita tentang Perang Syria. Dia nampak kanak-kanak dengan muka penuh habuk dan luka akibat cedera perang.

Suria kemudiannya peluk Kamelia.

Lagu Imagine dari John Lennon berkumandang dalam radio imaginasi Kamelia.

Gadis Dari Sedna Where stories live. Discover now