Suria terbatuk-batuk selepas kuasa dari tangannya mengalir ke tubuh Adli. Suria terus terduduk keletihan.
"Kau buat apa kat Adli?" tanya Kamelia.
"Suria sedut kesakitan Adli," Suria hampir-hampir rebah. Tangannya longlai tak bermaya.
Kamelia pandang kaki Adli mulai bergerak.
"Adli, bangun Adli! Aku ada kat sebelah kau ni!"
Kamelia mengejutkan Adli. Adli bukak mata, kemudian tersenyum.
"Aku ingatkan aku dalam syurga punk, nampak bidadari punk girl. Sekali kau, cheh."
Kamelia lepuk lengan Adli.
"Bodoh la kau ni, Adli!" Kamelia mula rasa nak tergelak.
"Kau nangis ek?" tanya Adli.
"Mana ada la, bodoh!"
"Kau nangis sebab aku kan? Macam la aku tak tau. Lelaki kacak macam aku ni mestilah ditangisi para gadis," kata Adli.
"Dah nak mati pun boleh melawak lagi," Kamelia tuang air dan beri pada Adli.
"Weh, apasal Suria weh?"
"Macam mana ek aku nak explain?" kata Kamelia sambil tengok Suria yang terduduk kepenatan.
"Apa jadi?"
"Kau pernah tengok cerita The Green Mile? Filem yang lelaki sedut kesakitan tu?" tanya Kamelia.
"Yang Tom Hanks sakit konek tu?"
"Ha, Suria sedut kesakitan kau."
Adli terus pandang perutnya. Perutnya tak ada luka langsung.
"Weh, aku ingat lagi aku kena tikam dengan Acha beb. Serius."
"Ya, Alif Zakwan budak kelas aku tu yang cakap, dia hantar kau."
"Suria, kau ok tak?" tanya Adli.
Suria mengangguk.
"Macam tak je."
"Aku rasa dia tengah reload lah, Adli," Kamelia pandang Suria.
"Sementara dia tengah reload tu, aku nak cerita apa aku nampak masa aku blackout tadi," Adli membetulkan bantalnya.
"Apa dia?"
"Aku mimpi aku bertemu dengan seorang sheikh. Dia dressing macam orang Arab. Jambang serban jubah apa semua lah. Nama dia Sheikh al Maulana al Habsi wal Ikram," Adli tuang air untuk dia minum.
"Punya panjang nama dia, kau boleh ingat."
"Haah. Lepas tu dia cakap aku dah kat pintu sempadan antara hidup dan mati. Dia tanya aku, kalau aku lambat diselamatkan, roh aku akan melangkah ke pintu kematian."
Kamelia mendengar cerita Adli dengan muka yang penuh serius.
"Lepas tu apa?" tanya Kamelia.
"Dia cakap, kalau aku patah balik ni, orang pertama yang aku nampak, mesti kena bukak selimut aku. Kalau dia tak buat, dia next."
"Next apa?"
"Yang melangkah ke pintu kematian," kata Adli dengan muka yang tenang.
"Kau jangan tunjuk bukan-bukan, Adli. Kang kau tak keluar ICU ni," kata Kamelia.
"Bukak je."
Kamelia buka selimut Adli.
Punggung Adli dihalakan ke muka Kamelia, dan Adli melepaskan kentut yang amat epik.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dari Sedna
Teen FictionKamelia sedang termenung di tepi tingkap sambil berbual dengan arnab imaginarinya, Miko. Tiba-tiba ada sebuah letupan kuat berlaku di depan rumahnya. Apabila Kamelia keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat, ada seorang gadis...
