Sesi Watak-Watak Bertanya Pembaca

1.8K 61 171
                                        

Nizam: Hello, nama saya Nizam, dan saya bersama dengan cinta hati saya, Eleena dan Kamelia, bersama kawan baik saya, Adli, serta semua watak-watak yang ada dalam kesemua siri Cheras Perdana...

Dam Ganjaran: Aku pun ada ni haaa!

Nizam: Eh, kau diam lah Dam. Ya, semua ada di sini, kecuali arwah Lam yang agaknya sedang bersama Cobain dan Cornell agaknya. Baik, dalam dua buku sebelum ni, kami ditemuramah oleh Daud Suratman dan Sulaiman Kolbert, tapi kali ni, selepas berbincang dengan Nami Cob Nobbler, kami rasa elok kami interview pembaca pulak.

Eleena: Jangan bimbang dengan soalan kami, soalan kami semua santai-santai je.

Kamelia: Yang paling penting kami nak tahu apa yang korang suka dan apa yang korang tak suka...

Adli: Dorang paling suka mestilah aku, Kam!

Kamelia: Diamlah, natang!

Eleena: Kami beri soalan, kalian hanya perlu jawab berdasarkan pada komen pada soalan-soalan kami berikan.

Adli: Ala, macam selama ni korang komen dalam Wattpad ni.

Nizam: Sebab kami nak tahu sejauh mana cerita kami ni diterima masyarakat, jadi apa kata kita mulakan temuramah ni, kita mulakan dengan Adli, kau soal dulu?

Adli: Soalan aku pada korang ialah, korang rasa dalam semua Margera yang pernah aku buat, Margera mana yang korang rasa paling epik?

Ustaz Hanafi: Hmm, saya rasa Margera paling epik kamu pernah buat ialah kamu kahwin dengan Ustazah Mardihah...sial, rupanya kau game aku!

Adli: Dah Ustaz pakai seluar atas pinggang, makwe mana nak layan ustaz? Ha, apa lagi korang, jawablah kat komen! Soalan seterusnya, Kam.

Kamelia: Korang rasa apa yang korang nak tahu lagi pasal aku? Pasal aku dengan Ray ke, atau skizofrenia aku ke, kenapa aku tak kahwin dengan mangkuk hayun sekor ni ke...

Adli: Mangkuk hayun pun kau emo gak dengar lagu Tenda Biru masa aku kahwin dulu!

Cikgu Aiman Daniel: Kami pun! (peluk tengkuk Ustaz Hanafi)

Nizam: Cinta?

Kamelia: Oh, panggil Eleena je cinta ya? Saya anda tak cinta la?

Adli: Hahaha perang madu!

Nizam: Next time kalau Nami Cob Nobbler tulis pasal Melur, atau Bam, atau Sheena, saya suruh dia tulis nama awak, Kasih pulak, amacam?

Rafi: Anak aku takde ke? Dah la aku dipinggirkan, anak aku pun ke...

Kamelia: Nama anak kau panjang sangat, kitorang tak ingat. Panggil Roselle je la!

Adli: Macam jus minuman la pulak nama anak kau ni.

Alim: Korang rasa patut tak Nami Cob Nobbler tulis pasal The Jackalls pulak? Maksud aku, fokus kat kitorang je?

Adli: Bagus soalan kau tu Alim, tak sia-sia aku mendidik kau menjadi seorang Margeraist yang berjaya.

Radhi: Atau kau rasa patut tak kau buat cerita Liam Gallagher cari jaket Stone Island dia sampai Malaysia dia cari aku?

Nizam: Haha, dia cari aku dulu kot!

Eleena: Bukan tadi giliran saya ke nak tanya?

Adli: Entah, kau ni Alim, Radhi, respect la tuan rumah sikit. Dah la kat Twitter rumah Eleena dipilih sebagai rumah paling best untuk lepak. Takkan nak lepak rumah Nizam, rumah Nizam pishang doh!

Nizam: Siapa lah 7% yang undi rumah aku tu. Aku sendiri tak lepak rumah aku.
Khairul: Memang patut bilik kau tu disewakan kat Airbnb...

Nizam: Dah dah dah, cinta, sila tanya.

Gadis Dari Sedna Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang