KYTG-4

93 9 1
                                    

Addin mengemas beberapa helai bajunya di dalam beg. Alah, dua minggu aje bukan lama pun. Tak sabar nak hirup udara segar kat kampung. Begnya dizip kemas lalu diletakkan di sudut biliknya. Nasib baik mamanya izinkan dia balik ke kampung Fina. Kalau tak mereputss la aku kat sini dua minggu.

Dia merebahkan badannya di atas katil lalu menghidupkan handphonenya, whatsApp ditekan lalu dia mula menaip..

Addin : aku dah siap kemas. Esok pukul berapa nak aku ambik ?

*Fina online, typing...

Fina : pukul 8. Kau nak bawak kereta kau ke? Mama kau bagi?

Addin : ha'aa aku bawak keretalah senang nak jalan-jalan nanti. Hehe. Mama aku bagi lagipun duk rumah mereput jugak kan.

Fina : okay cun. Jumpa kau esok pukul 8.. Nighty besty..😘

Addin  mematikan handphonenya lalu disambungkan pada USB dan diletakkan di atas meja. Alarm sudah diset. Now, beta nak beradu. Night readers. (Eh, hahahaha)

Nabil POV

Rokok disedut lalu dihembus ke langit. Irhal hanya memerhati. Sesekali dia membalas pertanyaan kawannya di meja sebelah.

"Wey , nak tanya" Irhal mula berbicara setelah lama memerhatikan Nabil.

Nabil melempar rokoknya lalu airnya disedut. Kening kirinya dijongket naik. "Apa?"

"Kau ada masalah ke ni?" Soal Irhal.

**Intro Irhal..**

Irhal Asdan. Kawan rapat Nabil. Afif ? Musuh utama! Sudah lama dia mencari lelaki itu untuk membalas dendam. Sejak dia kalah race dua tahun lepas dan aweknya dirampas oleh lelaki itu. Dendamnya semakin lama semakin kuat. Dia akan buat apa sahaja asalkan dendamnya terbalas! Kalau dia tahu Naim kalah race dengan Afif. Author tak tahulah macam mana nanti. Haa bacalah sendiri!

*done intro*

Continue... Hehehe..

Nabil mendengus geram. "Malam tu kau tahukan aku kalah race. Aku tak puas hati lah! 5ribu aku lenyap"

"Kau race dengan siapa?" Soal Irhal ingin tahu.

"Errr.. A... Afif " Jawab Nabil tergagap. Alamak mati lah..

Irhal membuntangkan matanya. Terkejut! Afif ! AFIF HAIRUL ! wah, dah lama aku cari kau Fif. Dia tersenyum puas. Nabil hanya menjeling.

"Kau jumpa dia kat mana?" Soal Irhal tersengih.

"Last aku race dengan dia dekat Damansara. Yang kau tersengih ni pehal? Gila?" Tanya Nabil tak puas hati.

"Afif ni lah yang aku cari selama ni. Dia ada hutang dengan aku." Jawab Irhal. Kening Nabil terjongket ke atas.

" ada plan? " Tanya Nabil. Irhal hanya diam memikirkan sesuatu.

"Not now, ada masanya nanti." Nabil hanya mengangguk setuju. Hahaha Ada Geng!

8:45 PAGI...

Rasa rinduku melayang-layang mengingatkan engkau seorang menyemai kasih di dahan cinta harusakah aku terus menangis.

Mengapa rindumu padaku tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku tak bisa seluas lautan.

Lagu Mencintai Mu nyanyian Siti Nordiana bergema di corong radio Ford Fiesta milik Addin. Rayban disarungkan pada muka, tali pinggang keledar diklik kemas. Rambutnya diikat rapi. Now, jom jemput Fina.

Rumah Fina ..

'Ponn ponn poooonn' sengaja dia menekan hon berkali-kali hingga Fina membuka pintu. Dia tergelak sendiri.

Dia menurunkan cermin tingkap lalu memekik "Cepatlah minah!"

Fina berlari anak ke pintu pagar lalu membuka dan melangkah keluar dari perkarangan rumah sewanya. Dikunci kembali. Dia meluru ke arah kereta Addin dan meloloskan dirinya ke dalam kereta. Tali pinggang keledar diklik.

"Dah sarapan?" Tanya Addin. Fina hanya menggeleng.

"Ok jom makan dulu." Addin terus memulakan pemanduanya. Fina mencapai kacamata hitamnya dari dalam beg dan menyarungkan ke muka. Rambut depannya diselak naik.

Afif POV

Jam dikereta dilihat sudah nak masuk pukul 9:00 pagi. Mana pulak Si Arfan ni. Lamanya! Dari pukul 8:45 lagi aku tunggu ni. Aku whatsApp tak reply takkan tidur lagi kut. Semalam dah janji pukul 9:00 tepat. Hish.. Hon kereta ditekan berkali-kali akhirnya Arfan keluar dari rumah itu. Keluar pun ! Dia menutup cermin tingkap keretanya. Iphone7nya disambungkan di USB lalu butang 'on' pada radio ditekan. Arfan melangkah masuk ke dalam kereta. Buat muka tak bersalah. Afif mencebik geram.

"Lambat 15minit.. Kau kena drive nanti" Afif bersuara. Arfan hanya tersengih.

"Ok" Tali pinggang keledar ditarik lalu diklik kemas pada tubuhnya. Afif memulakan pemanduannya.

Bila malam,  bila rindu tiap kali ku cuba melupakanmu ada saja mu kata padaku aku dihidupmu
Bukan aku mahu jauh bukan juga ku benci pada dirimu.
Bukan niatku lukai kamu bukanya diriku.

Benar ku hanya sayang padamu
Bukannya takdirku untuk bersamamu
jika setiap langkahku ini terhenti disini untuk selamanya
izinkn ku pergi

Lagu Aiman Tino - Ku hanya Sayang Padamu membuatkan Afif teringat pada seorang wanita yang sangat disayanginya dulu. Pantas radio itu ditutup. Arfan hanya diam.  Ok baran dia dah datang.

#Throwback kat Kedah
4years ago...

Suara. Dengarkanlah aku. Apa khabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya masih berharap di dalam hatinya.

Iphone7 Afif berlagu bising menyedarkannya dari lena. (Aduh ayat. Hahaha) pantas dia mengangkat panggilan tersebut. "Hello"

"Ya , dah bangun. Kejap lagi abiy sampai. Tunggu tau. Ya, kejap aje." Dia mematikan panggilannya lalu bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air. Ngantuknya!!

Dia keluar dari bilik air lalu mencapai kemejanya dalam almari pantas disarungkan sambil menguap (Allah, buruknya muka!)  usai bersiap. Time for rambut! Pergh rambut. Benda paling utama. Kalau diberi pilihan antara awek dengan rambut, rambut duk tempat pertama, awek tempat kesepuluh! Gel rambut Dashing ditekan pada tapak tangan kemudian diratakan pada rambut. Gaya apa ek harini? Wak Doyok? Not my type. (Sorry wak doyok. #janganSentap) okay gaya yang sekarang ni. Alah style rambut si anak orang puteh tu apa nama dia ? Zayn Malik ? Haa ye la tu.. (Author merapu)

Kunci kereta yang tergantung di sebalik pintu digapai. "Nenek, Airul keluar kejap! Irma! Jaga nenek aku keluar kejap. Ada hal" pekik Afif dari pintu sambil memakai kasutnya. Smart!

((  Afif : memang aku hensem pun. Author tak perlu puji.

Author : nak muntah. Dah pergi la keluar!

Afif : nak keluar lah ni. Pergi la sambung tulis kisah aku.  ))

Continue...

Jom keluar! Dia menghidupkan iphonenya lalu nama 'sayang' didail.

"Hello, kat mana? Abiy lambat sikit. Ada hal kejap." Panggilan dimatikan. Dia menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari situ.

2jam kemudian...
Tempat dating..

Enjin kereta dimatikan. Bunga yang dibelinya tadi dihidu wangi! Mesti dia suka! Cermin mata disarung lalu dia melangkah ke taman dengan hati yang berbunga-bunga. ( maklumlah tengah bahagia )

Tiba di taman langkahnya terhenti bunga yang dari tadi dipegang terjatuh mencium lantai taman. Air matanya jatuh hatinya hancur! "How dare you Irzaa" Dia pantas beredar dari situ. Sakit hatinya melihat orang yang dia sayang sedang bermesra dengan lelaki lain. "Nabil" segaris nama itu disebut. Dia menuju ke kereta lalu pergi dari situ. Sakit hatinya tak dapat ditahan lagi.

Izinkan ku pergi...

Tbc. .

Haa , jumpa lagi. Alaaa chapter ni bosan sikit kan ? Enjoy je k. Hahaha teruskan baca ok..  Author nk study jap.. Spm menunggu.. Huhuhu... Vote and enjoy..

Kau Yang Tiada Ganti [WILL UPDATE SOON]Where stories live. Discover now